GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Adakah Dagu dan Kaki termasuk Aurat Wanita???

Adakah Dagu dan Kaki termasuk Aurat Wanita???
Sumber: google images

Fenomena semasa yang aku perhatikan, tak pasti sama ada trend terkini bertudung begitu atau ikut mazhab tertentu. Iaitu fesyen shawl tutup dagu ataupun tudung lapik dagu... tapi masalahnya, tudung tu pendek tak lepasi dada pun... 

Dan satu lagi soalan yang pernah aku dapat, adakah kaki tu termasuk aurat wanita??? Sebab jika kita tengok, ada wanita pakai sarung kaki, ada yang tak.. jadi adakah fesyen atau syariat???

Adakah Dagu dan Kaki termasuk Aurat Wanita???

Sebenarnya, hukum bab aurat ni mudah jika kita faham konsep asas. Aurat bagi lelaki mudah, iaitu pusat hingga lutut. tetapi aurat bagi wanita berubah mengikut keadaan. 

  1. Aurat ketika solat: seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
  2. Aurat ketika bersama suami: tiada aurat
  3. Aurat ketika bersama wanita muslimah: pusat hingga lutut (namun tak bermakna boleh dedahkan yang atas dari pusat sebab maruah tetap kena pelihara)
  4. Aurat ketika bersama wanita bukan Islam: Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan
  5. Aurat ketika bersama mahram: pusat hingga lutut
  6. Aurat ketika bersama lelaki ajnabi (bukan mahram): Seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangn tangan.
  7. Aurat wanita tua (menopous): selruh tubuh badan yang ditutupi ringkas serta bertudung.
Jadi, jika kita lihat, aurat wanita: Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan dan Imam Nawawi mengatakan sampai pergelangan tangan..." tetapi ramai wanita tak pakai stokin pun... dan had muka tu termasuk dagu atau bawah dagu ke???

Sebenarnya, susah juga nak jawab tau... terpaksa kaji dan mencari ilmu ni... demi menjelaskan yang sebenar. Jika sesiapa yang tengok CInta Ilmu di TV al-Hijrah: Fiqh Wanita Ustazah Isfadiah menjelaskan terdapat khilaf ulama tentang aurat bawah dagu wanita. Ada ulama mengatakan bahawa bawah dagu itu termasuk muka, jadi ia bukan aurat. dan sesetengah ulama kata bawah dagu termasuk leher jadi dikira sebagai aurat. 

Sedikit penjelasan lain berkaitan aurat dagu:

Persoalan bawah dagu, aurat atau sebaliknya ? ... Jawapan dari mufti Perlis:

Dagu wanita tidak termasuk di dalam aurat. Barangkali yang dimaksudkan oleh saudara iaitulah bahagian bawah dagu wanita. Maka jawapannya, bahagian bawah dagu wanita adalah TERMASUK AURAT yang wajib ditutup. Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk dari batas-batas wajah yang boleh dibuka. al-Syirazi berkata:

والوجه ما بين منابت شعر الرأس إلى الذقن ومنتهى اللحيين طولاً، ومن الأذن إلى الأذن عرضاً

Maksudnya: “Dan wajah itu apa yang ada diantara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telingan satu lagi.”

Kata al-Nawawi di dalam al-Majmu’ ketika memberi komentar kepada perkataan al-Syirazi ini:

هذا الذي ذكره المصنف في حد الوجه هو الصواب الذي عليه الأصحاب ونص عليه الشافعي رحمه الله في الأم

Maksudnya: “Yang disebut oleh penulis (al-Syirazi) tentang batas wajah, ianya benar seperti pandangan al-Ashab, dan telah dinyatakan perkara ini oleh al-Syafie RH di dalam kitabnya al-Umm.” [Sumber: http://mufti.perlis.gov.my]


Jawapan bagi persoalan: Adakah kaki aurat wanita???

Dalam Al-Mufassal Dr Abb Karim Zaidan ada disebutkan satu bab khas mengenai kaki dengan tajuknya : “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa al-bait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah , Jilid 3 , masalah 2282 , ms.198)

Beliau mengatakan bahawa masalah menganggap kaki wanita sebagai aurat atau tidak adalah perkara yang menjadi khilaf dikalangan ulama mazhab. Ringkasnya :
  1. Mazhab Hanafi mengatakan kaki wanita adalah tidak termasuk dalam lingkungan aurat.
  2. Mazhab Maliki pula terbahagi kepada 2.Sebahagian ulamanya mengatakan tidak aurat dan sebahagian yang lain mengatakan aurat.Walaubagaimana pun pendapat yang muktamad dalam mazhab maliki ialah kaki bukan aurat.
  3. Mazhab Syafi’e pula mengatakan ianya sebagai aurat.
  4. Mazhab Hambali pula menghukumkan kaki wanita sebagai aurat.

Pendapat yang Rajih :

Pendapat yang dipilih oleh As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan dalam Ensiklopedianya tersebut ialah kaki wanita dikira sebagai aurat dan wajiblah bagi setiap wanita itu untuk menutupnya , kecuali jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya , maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.

Dalam hal , tetamu yang datang berkunjung ke rumah , adalah lebih baik jika dapat diusahakan untuk ditutup kaki tersebut dengan apa cara sekali pun , samada dengan memakai stokin atau pun melabuhkan pakaian / kain hingga menutupi kaki tersebut.Ini kerana pada pandangan kami , kami tidak nampak sebarang masyaqqah yang menjadi penghalang daripada menutup kaki tersebut , yang mana berbeza keadaannya dengan wanita yang menguruskan kerja-kerja dapur atau kenduri-kendara yang sememangnya mempunyai masyaqqah yang menyukarkan.
[Sumber: http://soaljawab.wordpress.com/2008/05/14/perempuan-tak-pakai-stokin-di-dalam-rumah/]

Kesimpulan: 

Jika kita berpegang kepada mazhab Syafie wajib menutup aurat bawah dagu dan memakai stokin sebab pendapat mazhab Syafie kedua-duanya adalah aurat wanita.

Namun begitu, jika kita renungkan... dan kita nak lihat sempurna atau tak kita menutup aurat kita... cuba renungkan, bagaimana kita menjaga aurat ketika solat, begitu jugalah aurat kita diluar waktu solat.

Faham bukan apa yang aku maksudkan. Namun begitu, berkaitan kedua aurat ni ada khilaf ulama, jadi jangan jangan jadikan satu isu yang besar untuk diperdebatkan kerana tiada yang betul atau salah.

Cuma renungkanlah aurat kita ketika solat, dari situ kita tahu dah tahap aurat kita di mana... Perbaiki dan terus perbaiki diri. 

p/s: Tips mudah untuk mulakan pkai stokin, iaitu biasakan diri memakai kasut sarung, sebab kita tak selesa jika berkasut tapi tak berstokin... insha Allah, lama kelamaan jadi biasa... Alah bisa tegal biasa... 

9Ulasan

  1. great piece of sharing and thanks for reminding yer maria...

    BalasPadam
  2. perkongsian yg menarik.
    betul tu, sy klau x pakai stoking skrg dh rasa janggal pulak. sbb dh terbiasa.sejak zaman sekolah,zaman keja pon pakai stokiNg. cma bila keluar jalan jalan je tak pakai.

    tapi skrg alhamdulillah.dh biasa.

    BalasPadam
  3. penerangan yang agak detail,harap lepas ni kaum Hawa dah tak confuse dan mula cover aurat dengan sempurna

    BalasPadam
  4. terbaik :)

    semoga bermanfaat untuk semua.

    BalasPadam
  5. nak shre kepada sahabat supaya mereka memutup aurat sempurna. Izinkan share ye

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ