
1. Tukar posisi tidur
Apabila anda tidur melentang, lidah dan lelangit anda rapat pada dinding belakang tekak anda sehingga menyebabkan satu bunyi bergetar semasa tidur. Tidur mengiring boleh membantu anda mengatasi dengkur.
2.Kurangkan berat badan
Jika sebelum ini, anda jarang berdengkur tetapi sudah mula berdengkur setelah berat meningkat berkemungkinan berat badan menjadi salah satu punca. Apabila berat anda bertambah terutama sekitar leher, ia memberi tekanan pada kerongkong dan menyebabkan dengkuran.
3. Amal rehat mencukupi
Kualiti tidur yang kurang baik seperti bekerja lebih masa dan tubuh badan yang letih boleh menjadi penyebab anda berdengkur. Hal ini kerana otot menjadi lembik dan cipta bunyi dengkur.
4. Elak hidung sumbat
Apabila hidung anda tersumbat akibat cuaca atau masalah selesema, amalkan mandi air panas sebelum anda tidur untuk membuka ruang-ruang di dalam hidung anda. Petua membasuh hidung dengan air garam juga boleh diamalkan. Anda juga boleh menggunakan pelekat hidung tersumbat untuk elak masalah ini.
5. Tukar bantal
Debu di dalam bilik tidur dan pada bantal anda juga boleh menjadi penyebab anda berdengkur. Bilakah kali terakhir anda membersihkan kipas siling dan menukar bantal anda? Hama debu yang terkumpul di dalam bantal boleh menyebabkan alahan yang boleh menjurus kepada masalah dengkur.
6.Kekal hidrasi
Pastikan badan anda sentiasa hidrasi. Jika anda kurang air, rembesan di dalam hidung dan lelangit lembut akan 'mengering' dan menjadi punca dengkur dengan mudah. Menurut Institute of Medicine, wanita sihat memerlukan 11 cawan air manakala lelaki sihat memerlukan 16 cawan termasuk dari sumber makanan.
Masalah dengkur yang berterusan boleh meningkatkan risiko kesukaran bernafas dan masalah hati.Jangan ambil mudah masalah dengkur kerana boleh jadi ia menjadi punca kepada masalah rumahtangga anda kelak. Jangan kerana dengkur, pasangan anda beralih arah!
sumber: Majalah Midi
such some good tips for those who had the snoring issue :)
BalasPadamrasanya yang no 2 & 3 tu yang saya kena buat
BalasPadamMasalah hati? Menyeramkan tu MF....
BalasPadamaiza tidur sekarang ni berdengkur juga kot.. boleh cuba tips ni..
BalasPadamGood tips maria..susah jugakan kalau berdengkur ni..tak elok untuk kesihatan pun..
BalasPadamAlhamdulillah, setakat ni belum ada komplen ttg berdengkur ni buat saya.. :D
BalasPadamboleh juga sblum tidur tumbuk badam pastu campur dalam susu suam.minum.in shaaAllah.
BalasPadam