Makanan Sihat untuk Jantung | Penyakit yang digelarkan sebagai penyakit nombor satu dunia, penyakit jantung merupakan antara yang digeruni oleh semua.
Jantung merupakan organ terpenting yang mampu membuatkan kita terus hidup bernafas dan ia berfungsi mengepam serta mengedarkan darah ke seluruh badan.
Disebabkan itu, wajiblah jaga kesihatan jantung.
Jom baca, 10 makanan yang sihat untuk jantung.
1. Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.
2. Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu.
Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus. “Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.
3. Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.
4. Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu. Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
5. Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond.
6. Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan. Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
7. Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.
8. Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
9. Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.
1Makanan untuk jantung sihat
10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana rendah lemak.
Sumber: Majalah Rapi
Dah berusia ni, sakit dada sikit rasa berdebar dah.. So, dah kena insaf dan mula menjaga kesihatan jantung. Tolong insaf ye Maria..<pesanan kepada diri sendiri>
nice sharing
BalasPadamPemakanan yg baik utk kesihatan jantung... t kasih diatas perkongsian..
BalasPadamSekarang ni ramai yang muda-muda lagi dak kena serangan jantung. Bahayakan..really silent killer..memang kena jaga jantung kita..
BalasPadamperkongsian yang baik.. kena jaga pemakanan untuk jantung yang sihat..
BalasPadam