GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nikmati Makanan Cina Muslim Terbaik di KL

Segmen tiada tajaan... Jalan-jalan Cari Makan versi Maria Firdz dan Keluarga... hehe

Aku dan suami suka makan... jika teringin, memang kami akan cari sampai dapat...
Semalam bercadang nak cuba makanan cina muslim pula... 
bila mak buyung teringin, memang kena la tunaikan...nanti keempunan pula kan.. hihi...

So, selepas kerja, memang plan nak g makan...
Pilihan kali ni ialah Restoran Cina Muslim Adam Lai yang terletak di Prima Sri Gombak...
Restoran ni adalah restoran rakan kongsi Ebby Yus dan pernah masuk dalam rancangan Ejen Halal TV alHijrah... Melihatkan rancangan ni, buatkan aku dan suami teringin nak cuba... 


Alhamdulillah, lepas singgah di Bt.Caves untuk solat maghrib, kami terus ke restoran tu.. tak jauh pun..
Memang dah agak ramai orang masa tu, kebetulan betul, elok je sampai Ebby Yus ada kat depan restoran tu... apa lagi, suamiku terus tegur dan lepas kami amik order, pegi la amik kesempatan bergambar dengan dia sebagai kenangan dengan Ebby Yus... peramah orangnya Ebby Yus ni... 


Memang terbaik restoran ni, order tak sampai 10 minit, hidangan dah sampai... memang cepat betul...
Dalam dok makan tu, memang tak putus-putus pelanggan datang... sampai tak cukup tempat... 





Aku order air jus oren tanpa ais, suami pula air teh O laici, makan kami pilih makan nasi... Suami order nasi goreng seafood dan aku pula order nasi goreng udang... dan kami tambah pula lauk sampingan iaitu Butter Prawn...

Memang terbaik restoran ni... memang sedap dan kuantiti makanan berpatutan dengan harga... memang tak rugi lah... servis cepat, sedap dan banyak... dok ingat nak kena bungkus dah, tapi makan juga pelan-pelan dan akhirnya dapat juga habiskan sepinggan penuh...

Udang dia memang fresh... rasa udang, memang macam udang galah... tapi udang biasa je rasanya.. 
Jadi tak rugi jika korang nak cuba, sesuai bawa keluarga...

Restoran ni ada tiga cawangan, satu di Shah Alam, di Prima Sri Gombak, dan satu lagi di Wangsa Melawati... dibuka setiap hari hingga jam 11 malam...

Maklumat lanjut boleh tengok di web ni : http://restoranadamlai.blogspot.com/

Satu lagi, restoran cina muslim terbaik di Kuala Lumpur yang pernah aku makan ialah Mee Tarik Warisan. Restoran ni terletak di Bandar Baru Sg. Besi. 

Sumber: google images
Restoran ni merupakan restoran cina muslim.. menu utama ialah mee tarik... sapa pernah tengok filem Jackie Chan yang buat mee tarik tu... haa.. gitulah rupanya.. korang boleh tengok sendiri proses diorg buat mee tarik ni... 

Banyak menunya, dan biasa aku makan kat sini ialah mee tarik lah... sebab lain dari yang lain... mee yang fresh dan insha Allah tiada bahan pengawet... 

Restoran ni pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan TV3 suatu ketika dulu... 
Siapa nak cuba.. boleh cuba ea.. memang puas hati dan tak rugi.. 

Ni alamatnya:
Lake Fields, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Sesiapa yang nak cuba jangan lepaskan peluang untuk sesekali mengubah selera... tiada masalah lagi jika teringin nak makan masakan cina kan... pasti Halal di sini... (^_^)

7Ulasan

  1. Ada kat shah alam? alamak, rugi belum try lagi... sy suka chinese food!

    BalasPadam
  2. Thanks sharing.. bolehlah saya singgah sekeluarga ke sana nanti..

    BalasPadam
  3. Nampka macam best aje..kena pergi ni..thanks Maria for info!!!

    BalasPadam
  4. CN pernah makan restoren cina muslim dekat damansara..rasa minyak bijan kuat sgt, terus takmau pegi dah ! ehhe

    BalasPadam
  5. kena crik la. paling dekat wangsa melawati.
    sy pernah gak jmpa ebby yus kat public bank area HKL .kecik orgnya. pastu senyum je.. :-)
    nak tegur saya segan. hihi

    thanks kak share tmpat makan ni..

    BalasPadam
  6. Waahh nampak menyelerakan.
    Tambahan pula saya belum lunch lagi ni.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ