TAMPIN – Seorang peniaga di Gerai Majlis Daerah Tampin (MDT) Taman Gunung Mas Repah terkejut apabila mendapati terdapat telur kecil di dalam telur yang dipecahkannya pada malam Isnin lalu.
Peniaga berkenaan, Masnora Saad, 42, berkata, ketika itu, dia ingin memasak pesanan nasi goreng kampung yang diterima dan mula berasa pelik apabila terdapat telur sebesar saiz sudu teh kecil di dalam telur yang dipecahkan.
“Akak tak pernah lihat keunikan seperti ini. Kalau kuning telur kembar tu akak dah biasa jumpa tapi kalau telur dalam telur inilah yang pertama kali. Pada masa itu, akak fikir ada kulit telur tetapi selepas diteliti ianya merupakan telur bersaiz kecil dengan kulit yang agak lembik.
"Apabila telur berkenaan dipecahkan ia tetap mempunyai kuning telur walaupun agak kecil,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Nota Ungu: Tiada yang mustahil bagi Allah.... Allah Maha Berkuasa dan Berkehendak atas tiap-tiap sesuatu... Apa yang Allah ciptakan adalah untuk orang-orang yang berfikir...
mcm mne lak cmtu ..
BalasPadamsubhanallah!
tiada yg xmungkin :)
subhanallah !
BalasPadamSubhanallah..
BalasPadamSubhanallah....biasa pcl jumpa telur yg kuning tu kembar je..
BalasPadamsubhanallah.. hebatnya.. :D
BalasPadamluar biasa ni.
BalasPadamTiada yang mustahilkan Maria.semuanya atas ketentuan Allah..Dia Maha Hebat!!!
BalasPadamSubhanallah
BalasPadam