Sumber: google images |
Kami tidak mahu melabelkan setiap lelaki yang sudah berkahwin pasti berperut boroi walaupun hampir 92% golongan ini akan boroi selepas dua tahun ke atas sepanjang tempoh perkahwinan. Mari fikir positif akan suami berperut boroi ini.
Hampir kesemua lelaki bujang mempunyai berat sekitar 50 hingga 60 kilogram. Lelaki bujang biasanya mempunyai lebih banyak melakukan aktiviti bersama teman-teman di pusat gim atau pusat senaman yang lain. Malah, mereka cenderung hidup lebih aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Bagi yang jauh daripada ahli keluarga, corak pemakanan juga menjadi tidak teratur.
Berbanding lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga, sudah pasti secara tidak langsung corak pemakanan para suami lebih terjaga. Ia menjadi lebih teratur lebih-lebih lagi mendapat isteri yang gemar memasak. Ini tidak termasuk lagi isteri yang gemar melihat nafsu makan suami yang berselera setiap kali makan masakannya. Takkan mahu menolak nasi dan lauk yang ditambah isteri tersayang, bukan? Itu hakikat yang sebenar.
Apabila sudah mempunyai anak, aktiviti luar semakin terbatas. Kebanyakan masa banyak dihabiskan bersama isteri dan anak-anak di rumah. Jika berpeluh sekalipun, ia hanya berlaku ketika aktiviti seks bersama isteri. Lama kelamaan, lemak banyak terkumpul di perut dan menjadikan golongan suami berdepan dengan situasi perut boroi.
Oh ya, jangan terkejut apabila kes perceraian banyak berlaku pada suami yang berperut rata. Suami boroi yang bercerai hanya berjumlah 19% berbanding jumlah suami perut rata iaitu lebih dari 80%! Itulah hakikatnya dan jika anda salah seorang suami yang berperut boroi, bersyukurlah kerana anda tergolong dalam suami yang penyayang dan pandai menguruskan rumah tangga.
Alasan-alasan ini bukan bermakna anda perlu mengabaikan kesihatan. Apabila anda seorang suami yang penyayang dan setia tetapi mempunyai tubuh badan persis Aaron Aziz, ia satu bonus paling baik. Secara tidak langsung, ia menjadi pendorong untuk isteri turut menjaga penampilan. Hasilnya, anda dan isteri bersama-sama tampil sebagai pasangan suami isteri 'hot'!
Tersenyum baca artikel ni... hehe... faham-faham aje lah ea... hehehe.. (^_^)
Tapi boroi ni mcm mimpi ngeri je utk org laki tau..Huhu
BalasPadamThanks for the info..
BalasPadamSalam hujung minggu
Sy belum boroi lagi hihii.. x kisahlah.. jnji bahagia.. :)
BalasPadamboroi tu satu anugerah juga.. cua kena kawal juga pemakanan supaya badan kekal sihat..
BalasPadam