Recents in Beach

Hargailah Telinga Anda!

Sumber: google images

Rasa ghairah ketika si suami membisikkan kata-kata sayang di telinga anda sewaktu bersama, meremang seluruh badan dan terpaku jiwa disaat itu bagai dilambung ombak di lautan.  Ahhh tiba-tiba teringat yang anda belum membersihkan telinga sewaktu ingin bersama tadi, risau juga ya.

Telinga juga perlu penjagaan rapi dari segi kebersihan luaran dan dalaman. Telinga yang bersih akan bebas daripada kuman dan memberi anda lebih keyakinan bila bersama dengan si dia untuk membisikkan kata-kata cinta. Telinga seperti yang kita ketahui mempunyai tiga bahagian penting iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Setiap satunya mempunyai peranan masing-masing sebagai medium pendengaran dan untuk keseimbangan badan. Untuk isu kali ini akan difokuskan kepada kesihatan telinga secara menyeluruh.

Bahaya Fon Telinga
Penggunaan fon telinga yang terlalu lama melebihi satu jam dan kerap adalah sangat berbahaya terutama dengan nada yang kuat. Ini kerana telinga anda hanya menumpukan kepada satu bunyi sahaja untuk difokuskan, salah satu sebab yang lain kerana fon telinga mempunyai beribu-ribu bakteria yang melekat padanya dari salah seorang pemakai. Cuba anda bayangkan jika anda berkongsi fon telinga itu dengan orang lain?

Elakkan Lagu/Muzik Yang Kuat
Kurangkan berada di kawasan yang mempunyai bunyi yang bising atau nyaring, pasti kan ketika majlis perkahwinan anda nanti pihak ‘deejay’ tidak memasang muzik yang terlalu kuat untuk diperdengarkan kepada tetamu. Kita boleh sama-sama menjaga kesihatan telinga tapi dalam masa yang sama boleh berhibur.   

Bersihkan Telinga Dengan Kerap
Selepas mandi bersihkan kawasan telinga dengan sempurna untuk memastikan tiada bakteria terlekat. Basahkan tuala dengan air suam kemudian bersihkan telinga serta kawasan sekelilingnya. Untuk mengeratkan lagi kasih sayang anda dan si dia, anda boleh membersihkan kawasan telinga si dia. Jadikan ia rutin bulanan atau mingguan.  Dengan cara ini akan lebih membuatkan si dia senang dan merasa dihargai.

Jangan Guna Benda Tajam
Jangan gunakan benda-benda yang tajam sebagai alat untuk mengorek telinga anda, sebaliknya gunakan kapas telinga yang boleh didapati dikedai serta berkualiti.  Tetapi jangan gunakan kapas telinga ini terlalu kerap kerana dikhuatiri akan menyebabkan tahi telinga anda terkumpul lebih banyak di kawasan itu dan pasti kan anda tidak memasukkan kapas telinga melebihi 1sm dari telinga luar ke telinga dalam. Sebelum menggunakan kapas telinga ini, pasti kan ia baru dan tidak terdedah tanpa penutup. Kapas telinga yang berkualiti tidak akan menanggalkan kapas di hujung atau mudah patah ketika digunakan. Tegur pasangan dan nasihati dia untuk menjaga kesihatan telinga dan jangan lupa untuk sediakan kapas telinga kepada dia sebagai amalan bersama.

Keluarkan Air Dengan Segera
Kadangkala jika anda mandi air akan memasuki lubang telinga, segera keluarkan air yang berada di dalam telinga anda itu untuk mengelakkan jangkitan bakteria dan juga kesan sampingan yang lain. Jika ada lelehan cecair yang tidak jernih atau berwarna, segera ke klinik berhampiran kerana mungkin ada jangkitan dalaman. Ini kerana telinga sangat berkait rapat dengan keseimbangan badan.

PENYAKIT TELINGA

Jerawat Dalam Telinga
Salah satu penyakit yang selalu terjadi ialah jerawat yang tumbuh di kawasan telinga kerana faktor kebersihan. Terjadinya jerawat di telinga juga berkemungkinan daripada masalah ginjal dan anda digalakkan meminum air kosong sebanyak 8 gelas sehari dan elakkan daripada minuman yang manis dan berkafein. Kulit di bahagian telinga adalah sama dengan kulit di bahagian muka dan leher jadi risiko untuk mendapat jerawat adalah sama.

Telinga Berdesing
Telinga berdesing sangat mengganggu dalam aktiviti harian kita kerana ia akan mengeluarkan bunyi seperti berdesing dan berdengung. Ini terjadi kerana pergerakan kotoran yang tersumbat dari dalam telinga dan berkait rapat dengan jangkitan pada gegendang telinga atau bahagian telinga tengah. Sebagai panduan untuk bakal-bakal pengantin, jika timbul masalah seperti ini disarankan segera ke klinik berhampiran untuk rawatan kerana apabila dibiarkan, ia akan menyebabkan masalah menjadi lebih teruk dan kemungkinan untuk pekak sangat tinggi.

Hilang Pendengaran
Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba juga sangat berbahaya kerana ia boleh menyerang secara mendadak terutama pada waktu pagi atau bila-bila masa selama beberapa jam. Anda tidak boleh mendengar tetapi ia akan pulih selepas itu secara sendiri, simptom ini amat berbahaya kerana ia berkaitan juga dengan jangkitan virus atau pernah mengalami kecederaan di kepala yang teruk atau kerana kanser otak. 

Jarang orang amik tahu pasal kesihatan telinga ni, padahal nilah organ yang penting... Andai satu hari takde telinga atau pekak... bagaimana hidup kita??? Hargailah telinga anda...

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. TQ sharing.. setuju...jaga lah telinga kita dgn baik.. :)

    BalasPadam
  2. kebanyakkan orang ambil ringan dan remeh tentang penjagaan telinga ni, tapi sebenarnya sangat penting dan perlu dititikberatkan...

    BalasPadam
  3. Telinga mmg sgt berharga. T kasih diatas perkongsian.. :)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^