Aku nak jelaskan, bagaimana dua kata ni pendek ni boleh menyentap hati orang lain???

Dari hukum tatabahasa bahasa Melayu, La tiada maksud, tapi perkataan "Lah" merupakan kata penegas.. Jika kita nak tegur orang atau melarang sesuatu kata dengan tegas kita akan gunakan perkataan ni... 

Contohnya "Janganlah", "Buatlah", "Silalah"

Kata "la" lebih lembut je dari "lah"... tapi dua-dua ni bermaksud penegasan. Jadi jika nak tegur orang atau komen entry orang lain jika ada kesilapan, elakkan guna perkataan ni, sebab khuatir akan mengguriskan hati si penulis... "La" juga kadang-kadang boleh juga ditafsirkan sebagai sindiran... 

Macam mana etika nak tegur dengan berhemah???
Caranya mudah je... cuba timbulkan persoalan... atau buat ayat "macam tak kena je tajuk ni"... atau pun tegurlah dengan lemah lembut dan berhemah ea... elakkan guna perkataan "la" dan "lah"... Bagi aku agak sensitif guna penegasa yang tak kena pada tempatnya... Maaf jika ada yang terasa... tapi sebelum nak komen gunakan bahasa yang lembut dan tak mengguriskan hati orang lain ea.. 

Sebenarnya dalam penulisan tak sama dengan kata-kata lisan secara realiti... sebab penulisan yang sama, boleh ditafsirkan berbeza oleh orang lain... Jadi, tetap kena hati-hati dalam penggunaan perkataan dan ayat dalam penulisan entry... peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya... kdang asyik menulis, tak sedar tulisan tu mengguriskan hati orang lain, walaupun niat kita bukan begitu kan... 

12 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. thanks for sharing kak. in case fae ade buat mcm tu sorry ye :D lumrah human kdg2 x sedar what they said, what they did..

    BalasPadam
  2. oooo yumida kengkdg x formal sllu pakai la...
    nk practice kan pkai lah la..ooops ade lg la

    BalasPadam
    Balasan
    1. La tu kdg2 dh jadi penmbhn yg biasa dlm ayat tak formal...

      Padam
  3. walaupun perkataan yang mudah , jika tidak di gunakan dengan betul akan di salah ertikan

    BalasPadam
  4. setuju, kkdg ada gk yg komen camtu tp mls nak pikir yg bebukan so pikir positif je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Tu lah.. Kdg2 kita plak la kna sedapkn diri sendiri...

      Padam
  5. Really tak perasan pulak ada penekanan disitu...sama-sama belajar k coz rasanya ramai yang tak perasan pun Maria..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah... Bahasa Melayu skrg skdr bhsa pertuturan biasa...tpi tak dikuasai dgn baik pun oleh penuturya...

      Padam
  6. Perkongsian utk peringatan bersama.. t kasih.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama