GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Migrain oh Migrain

Migrain oh Migrain | Bila si suami mengerang sakit kepala, tahu dah migrain dia datang. Suamiku dah lama hidap migrain...cuma sekrang ni makin teruk.. sampai dah jumpe pakar kepala dan buat CT Scan semua... Tapi yang pasti punca dia migrain sebab tekanan kerja, panas terik dan juga kepenatan yang melampau dan tidak cukup rehat dan tido... itu buat migrain dia menyerang.. Tapi disebabkan aku dah biasa, biasanya bila dia kena migrain, suruh dia tido aje lah.. lepas bangun tido nanti, pasti reda sikit migrainnya.. 

Info pasal migrain
Migrain oh Migrain

APA ITU MIGRAIN ?

Migrain berasal daripada perkataan Greek hemikrania yang bermaksud sebelah tengkorak atau di kenali sebagai vescular headache. Ia merupakan sejenis penyakit kepala yang kronik dan pesakit biasanya tidak tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah sesetengahnya ada yang tidak makan, minum dan hanya terbaring lemah. Apabila berlakunya migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Menurut kajian, golongan wanita kebanyakan lebih kerap menghidapi penyakit migrain terutamanya ketika didatangi haid.

TANDA-TANDA LAIN

-          Kesakitan kepala yang amat sangat dan berdenyut.
-          Rasa sakit pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung serta sakit mata.
-          Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan serta kaki akan menjadi sejuk.
-          Sensitive pada sebarang bunyi dan suara (fonofobia)
-          Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap
-          Persekitaran terasa bergerak-gerak seperti menaiki bot dan mabuk laut.
-          Kemerahan-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.
-          Badan berpeluh.

CARA MENGELAK MIGRAIN

  • Cuba mengawal tekanan dan emosi
  • Elak daripada persekitaran yang berbau busuk, bunyi bising dan asap rokok kerana ia boleh menganggu emosi penghidap migrain.
  • Jika perut kamu kosong, cepat dapatkan makanan untuk alas perut kamu yang kosong itu.
  • Dapatkan waktu tidur yang lebih teratur
  • Elakan daripada makan makanan yang mengandungi Thyramine seperti coklat serta makanan tenusu seperti keju dan susu.
  • Elak daripada mengambil makanan yang mengandungi monosodium Glutamate (MSG) serta bahan yang mempunyai bahan pengawet.
  • Hindari daripada minum minuman yang mengandungi kafein berlebihan seperti kopi, Nescafe atau alcohol.


RAWATAN PENYAKIT MIGRAIN


Rawatan migrain di bahagiakan kepada dua kaedah iaitu :
  1. Rawatan serangan – Pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka akan di beri ubat tahan sakit dan radang bukan steroid (NSAID). Sekiranya masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun di telan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukan yang sering muntah, mereka di berikan ubat Ergotamine yang perlu di makan sama ada di telan, di masukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan
  2. Pencegahan menerusi beberapa ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor untuk mencegah migrain.



3) Doa Migrain dan Sakit Kepala

Sumber: google images

14Ulasan

  1. bahaya juga kalau makan ubat tu.. mcam ada seorang kawan aiza kena migrain teruk juga.. sampai sekarang dia bergantung kepada pain killer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. suami sy mkn ubt migrain..kdg sgt mkn pain killer...sbb dh thu punca mmg elakkn dr kna..

      Padam
  2. mama selalu kena, tapi bila agak-agak migrain nak sampai, mama akan tidur dalam keadaan gelap..

    BalasPadam
  3. nice sharing doa ni sis
    moga hb sis sentiasa sihat n terhindar dri migrain
    yumida x ske minuman berkafein, mudah sakit kepala

    BalasPadam
    Balasan
    1. insha Allah...ameen... suami sy pun jrg minum kopi atau teh..

      Padam
  4. T kasih diatas perkongsian.. semoga terhindar drp migrain.. amin.

    BalasPadam
  5. CP pun confius , CP pernah ker kena migrain tapi migrain nih bahaya jugak ek ... member CP mase sekolah dlu , masa CP masih lagi tingkatan 4 , ada salah seorang kawan CP nih kerap mengalami sakit kepala yang teruk , migrain la kirenya kan ?? bile dah terlalu kerap sakit kepala, akhirnya dia pengsan, cikgu hantar ker hospital, dengar2 dye ade simptom untuk dapat kanser otak ...

    so kalaw ade sesapa saket kepala yang teruk , jangan lengah2 , buat pemeriksaan yang kerap :)

    sekian ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..suami sy pnh buat ct scan..mmg migrain je xde sakit lain...

      Padam
  6. semoga cepat sembuh.. deno pun migrain.. tapi sejak pakai cermin mata anti cahaya, migrain dah berkurang... tapi kalau cuaca panas sgt, kena jugak

    BalasPadam
  7. saya dulu sebab stress dan tekanan, tu yg datangnya migrain. tapi alhamdulillah setakat ni baik, kena handle stress dgn baik. bahaya ni kak kalau selalu sgt kena dan bergantung pada pain killer ni

    BalasPadam
  8. kesian pada mereka2 yang kena migrain..bnyk2 kan bersabar..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ