GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Mengapa Mengantuk Lepas Makan???

Lepas sarapan tadi, ya Allah mengantuk sungguh-sungguh... berpuluh kali menguap aje... sama gak kes kalau lepas makan tengah hari... memang mengantuk.. lemau rasa badan... Kenapa rasa mengantuk lepas makan??

Sumber: google images

Proses Penghadaman

Jangan bimbang, ini adalah fenomena yang biasa dimana makanan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bekerja. Takkanlah anda sahaja nak bekerja? Anggota badan pun perlu bekerja juga ya. Dua organ dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus adalah otak dan usus(intestines). Bila anda makan, otak anda akan merangsang signal untuk menukarkan tenaga yang di’consume’ kepada pencernaan, lalu sel-sel darah merah akan membantu untuk mencerna makanan dan membawa nutrient nutrient makanan itu kepada seluruh tubuh!

Oleh itu, bila sel sel darah dikerah untuk membantu usus bekerja, sebahagian anggota tubuh badan anda yang akan ‘mencuri’ masa ini untuk slow down dan relaks sikit.
…pada bulan puasa fenomena ini diganda pulak kerana proses penghadaman “terkejut” dengan jumlah makanan yang banyak dan cepat…

Lalu, waktu inilah anda akan rasa penat mengantuk dan sebagainya kerana sel darah di otak anda tidak dapat membantu pada waktu ‘genting’ ini! – Bila anda makan dalam jumlah yang banyak, jadi tenaga yang diperlukan juga banyak untuk proses pencernaan tersebut hasilnya anda lebih kurang tumpuan.

Insulin dan serotonin

Apa yang anda makan juga mempengaruhi. Ada sesetengah makan yang tinggi kandungan karbohidrat, seperti roti,pasta atau nasi ditukarkan menjadi glucose bila dicerna. Bila anda makan banyak glucose, ‘insulin’ akan dilepaskan untuk balance balik kandungan tersebut. Insulin akan bertindak balas dengan protein di otak yang dipanggil ‘trytophan’ untuk menghasilkan serotonin. Bila kesemua bahan kimia dalam tubuh ini bertindak balas dan ketikanya melepaskan lebihan serotonin, maka anda perlu cari ‘port’ yang terbaik untuk take five atau tidur seketika(nap).

…serotonin adalah bahan kimia badan yang mengawal kitaran tidur/jaga…

Dah jumpe dah puncanya... Jadi, kena tanamkan konsep yang Rasulullah ajar... makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang... dan pegang pada prinsip... makan untuk hidup bukan hidup untuk makan... Banyakkan minum air kosong... elakkan minum ais selepas makan...dan banyakkan makan buah-buah.. Pesanan ni untuk tuan yang menulis gak lerr... sebab makan tak hingat je sejak dah memboyot ni.. hehe... 

4Ulasan

  1. ooooo gitu yeh MF...Tulah pasal yg tukang komen ni pun makan tak sedar diri... semuanya sodap hehe

    BalasPadam
  2. Lepas lunch balik ofis & kena semburan air con.. puuhh sure terlentok.. berat je kelopak mata.. :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ