Cabaran Memandu Lowered Car | Mendung kelabu berarak di sekitar Kuala Lumpur, mula risau dah hati ku ini.. satu je aku runsing bila hujan ni, iaitu banjir kilat... tahu-tahu ajelah belah KL ni, hujan tak sampai setengah jam, air boleh naik paras pinggang kot...
Apa yang aku runsingkan, nak g kerja tengah hari nanti... risaukan nak memandu je.. Aku bukan bawa 4 x 4 punya kereta, tapi Viva Sporty yang dimodified oleh en.somi aku lah... makin rendah sudah... Lepas Tragedi di Malam Raya minggu lepas, mula en.somi mencari skirting baru sebab yang lama dah patah dan tercabut terus dah...
Design terbaru... rendahkan... |
Hujung minggu sabtu ahad baru ni, dia buat design baru... tu yang pun semangat nak renovate blog tu.. hehe.. dah minatnya gitu, aku tak menghalang, aku plak minat pada blog.. so fair n square... hehe.. Ok, sesaja aku nak kongsi apa kelebihan dan kekurangan bawa kereta lowerd dan yang direndahkan ni...
Kelebihannya Lowered Car
1. Kereta susah nak terbalik
Kalau kereta ringan macam kereta kompak dengan cc yang rendah, mmg satu kelebihan lah bila direndahkan... susah nak terbalik.. masa eksiden malam raya, terbaik atas divider yang tinggi paras betis, tapi kereta tak terbalik, sebab rendah, kalau tinggi pasti kereta boleh terbalik dan bergolek-golek sebab body yang ringan...2. Boleh laju dari biasa.
Walaupun cc 660 je.. tapi boleh pandu laju, sebab kurang rintangan angin.. memang boleh drift laju.. aku tak pernah lah bawa lelaju, tapi en.somi aku pernah speed laju... dan dia sendiri bagitau beza masa kete standard dan lepas direndahkan... kelajuannya lain walaupun tak modified dan tak upgrade enjin.3. Nampak smart dan sporty..
kereta kompak yang direndahkan nampak lebih smart dan sporty... ni yang aku suka, sebab comel je.. heheKekurangan atau cabaran
1. Bonggol.
Ni salah satu kekurangan bagi kereta yang direndahkan... memang terpksa sengetkan kereta atau slow sangat2 bila jumpe bonggol... KL ni blh tahan gak banyak bonggol tambah-tambah kat kawasan perumahan.. memang melemahkan bila jumpe bonggol... dan orang yang bawa kereta pasti sabar dan begitu juga orang belakang yang mengekori kereta yang lowerd... heheSticker untuk orang-orang yang sabar dijalan raya... hehe |
2. Lopak.
Yang ni memang kena hati-hati. Memang kena elak bertemu dengan lopak.. setakat kecik2 ok, tapi kalau besar memang masalah...3. Banjir.
Masalah ni aku sendiri pernah harungi.. memang fobia... tapi sebab suami aku pesan, jika jumpe lopak air atau banjir yang tak dalam sangat harung je, tapi jangan berhenti tekan pedal minyak sebab kalau berhenti tekan minyak nanti air boleh masuk ekzos dan mati enjin.. tu bukan petua bg lowerd car je, tapi untuk semua jenis kereta lah.. kecuali kereta pacuan 4 roda memang xde msalah nak harung air kan..
Cukuplah... itu je aku rasa cabaran dan kelebihan bawa kereta rendah ni... tapi aku suka... nampak sprty.. tapi memang kena ada juga sedikit kepakaran bawa kereta rendah ni... kalau tak jahanam lah... disebabkan sporty car ni aku digelar "ustazah rock" hehe...
semuanya ada kelebihan dan kelemahan nya ,kan...
BalasPadamhati2 memandu...^_^
BalasPadamHehee.. berhati2 memandu ye :)
BalasPadamhappy driving maria..part banjir tu memang suspen kan..kita pun selalu risau kalau hujan lebat...
BalasPadamkereta sy saga pun suami suke modified....kalo bwk keta lalu kat bonggol kne senget..tp keta yg lowered nih memg best drive laju2..best..hahaha
BalasPadamwow bestnya pandai bawa kereta lowered :)
BalasPadamJom semua join segmen ni.... http://buatwanita.blogspot.com/2013/10/segmen-jom-komen-tinggalkan-jejak.html
keta hb yumida jenis lowered
BalasPadamdek kerana syg ngan keta dah hampir 6 kali spray keta, even sikit je crash, kengkdg rasa membazir je, spray bukannya murah, ribuan ringgit
pastu bila nak pakai feri x boleh, pasal rendah, takut tersangkut
tp tu la kan dah hobi dia, syg sgt kat keta
bg yumida sendiri lg simple lg bez..haha..jimat!
yumida isi tabung Nuffnang sini - churp2 - selamat menabung :)
yg jenis ni la yg biasa kene sumpah seranah dgn org belakang time dkt bonggol....
BalasPadam