GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Restoran Tandas Kegilaan Pelancong

Makan dalam mangkuk tandas? Biar betul!
Tetapi itulah kegilaan sesetengah pelancong dunia. Mencari yang unik dan pelik, sebagai tanda ingatan restoran dan tempat yang dikunjungi. Jika anda juga berminat dengan perkara sebegini, kami paparkan enam restoran pelik dunia yang harus anda singgah. Meskipun anda mungkin tak lalu nak makan.

TOILET RESTAURANT, TAIWAN
Dikenali sebagai Marton Theme Restaurants yang terletak di Kaohsing, Taiwan mungkin hanya ditujukan buat pengunjung yang berjiwa 'kental'. Mana tidaknya, restoran ini mempunyai suasana bilik air di mana meja diperbuat daripada tab mandi manakala kerusi pula daripada mangkuk tandas. Makanan juga dihidangkan di dalam pinggan dan mangkuk yang berbentuk mangkuk tandas. Masih mahu berselera?

CANNIBALISTIC RESTAURANT, JEPUN
Nyotaimori yang bermaksud pinggan badan wanita ini merupakan satu nama restoran yang menyediakan sushi dan sashimi di Jepun. Makanan-makanan ini diletakkan di dalam badan manusia dan dihidangkan di atas meja bedah seperti yang biasa dilihat di hospital. Pelanggan boleh membedah bahagian badan untuk memakan makanan di dalamnya.

DINNER IN THE SKY RESTAURANT, BELGIUM
Terletak di Brussels, restoran ini menyediakan temapt makan untuk 22 orang dengan ketinggian 150 kaki. Tempat makan ini direka dengan diangkat menggunakan kren. Bagi anda yang tidak gayat, anda bebas menentukan ketinggian dan bayaran boleh tahan mahal.

DARK RESTAURANT, CHINA
Gemar makan dalam keadaan gelap? Restoran kegelapan ada terletak di Beijing, China. Jangan risau jika takut terlanggar perabot atau pengunjung lain. Setibanya anda di restoren ini, pelayan akan memimpin anda kerana mereka dilengkapi teropong malam ‘night vision’. Cuma anda merasa tercabar ketika mahu menyuap makanan. Oh ya, telefon bimbit dan alat elektronik lain tidak dibenarkan bawa jika berkunjung ke restoran ini.

MEDICAL RESTAURANT, TAIPEI
Mempunyai dekorasi bertemakan pusat perubatan, jangan terkejut kerana hidangan anda akan diambil oleh 'jururawat'. Makanan dan minuman pula akan dihidangkan di dalam botol yang disalurkan dari kantung drip seperti pesakit. Inilah keunikan D.S Music Restaurant di Taipei, Taiwan.

JAIL RESTAURANT, ITALY
Restoran ini terletak di dalam sebuah penjara di Itali yang berusia 500 tahun. Anda akan dilayan oleh pekerja yang dikawal ketat oleh warden penjara kerana mereka terdiri dari banduan penjara itu sendiri. Siapa sangka, restoran ini cukup terkenal sehingga anda perlu membuat tempahan meja seminggu awal.

Selain restoran pelik yang ada kami paparkan, terdapat banyak lagi restoran  pelik seperti restoran perkuburan yang terdapat di India, restoran bawah laut di Maldives, restoran kucing di Jepun, restoran kondom di Thailand dan banyak lagi. Apa lagi... Tepuk dada dan tanyalah selera!


yang pelik-pelik gak manusia suka... 

7Ulasan

  1. mcm2 yer...tak sanggup le nak mkn kat tempat mcm ni..

    BalasPadam
  2. restoran tandas tu kat malaysia pun ada, di queensbay mall, penang.

    BalasPadam
  3. x sanggup nak makan dekat restoran2 yang pelik dan grafik2 yang sangat euwww itu... biarlah restoran biasa tapi masakan sedap... ^_^

    BalasPadam
  4. pelik2 sungguh... paling tak lalu yg mkn dlm toilet bowl ngn bedah2 tuh...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ