Tidak puas lagi bersama-sama suami tercinta, menyulam kasih di destinasi indah, kini perlu memulakan tugas seperti biasa semula. Arghh bosannya. Rasa seperti tidak mahu bekerja, akan tetapi tanggungjawab harus dilaksanakan. Di dalam fikiran terbayang-bayang saat berdua bersama nya tanpa gangguan dari sesiapa. Begitulah yang sering di alami oleh pasangan pangantin baru. Mereka diibaratkan seperti belangkas, mahu kemana pasti berdua ibarat tidak boleh dipisahkan. ‘Monday blues’ yang anda lalui zaman bujang pasti sangat berlainan sekali bila anda sudah mendirikan rumahtangga. Jom ikuti beberapa tips, atasi sindrom ‘Monday blues’ bagi anda yang baru mendirikan rumahtangga.

Terhadkan masa berdua
Pada hujung minggu pasti anda tidak mahu diganggu oleh sesiapa bukan? Jadi terhadkan masa untuk anda berdua sahaja supaya anda benar-benar mencapai kepuasan maksimum bersama. Elakkan melakukan temu janji pada hari minggu kerana ia boleh menganggu masa bersama anda berdua. Lagi bagus sekiranya anda dan pasangan keluar bersama untuk membeli belah barang-barang keperluan harian. Memandangkan anda baru berkahwin, pasti banyak benda yang belum di beli untuk mengisi ruang di rumah baru anda.

Bercuti
Sekali sekala, keluarlah  bercuti kemana-mana destinasi pilihan anda dan pasangan. Dengan kesibukan kerja, pasti anda inginkan sesuatu yang boleh menghilangkan stres dan membuatkan anda dan pasangan lebih santai dan romantis. Tidak perlu memilih destinasi yang jauh memandangkan limit masa anda berdua untuk bercuti hanya pada hari minggu sahaja. Cukup hanya sekadar pemilihan destinasi yang dekat. Contohnya jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh bercuti ke Port Dickson bersama pasangan anda. Itu sudah cukup menghangatkan hubungan anda berdua.

Tonton wayang bersama
Hari minggu pasti tidak seronok kalau dibiarkan begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa. Jadi apa kata anda dan pasangan keluar menonton wayang menyaksikan filem-filem romantis. Sekiranya anda tidak mahu di ganggu sesiapa, anda boleh juga membeli VCD dan menonton bersama pasangan anda di rumah. Menikmati lakonan romantis dari pelakon terkenal sambil memeluk pasangan di atas sofa pasti membangkitkan suasana yang menghangatkan.

Kemas rumah bersama
Tentu tidak selesa bila melihat keadaan rumah yang berselerak dengan perabot yang belum tersusun. Jangan biarkan suami anda sahaja untuk mengangkat perabot-perabot tersebut. Ringankan tulang anda untuk membantunya. Sekiranya anda tidak larat, barulah minta bantuan jiran atau saudara-mara.

Sediakan sarapan
Cuba bangun seawal mungkin pada pagi isnin untuk menyediakan sarapan untuk pasangan anda. Anda boleh juga menyediakan bekal makanan kepada suami anda untuk ketempat kerja. Sebagai contoh, roti bersama sosej. Anda juga boleh menulis I love u di atas sosej tersebut menggunakan sos atau mayonis. Pasti suami anda teruja!

Ciuman hangat
Sebelum melangkah ke tempat kerja, pastikan anda mencium tangan suami anda terlebih dahulu dan hadiahkan satu kucupan mesra ke pipi nya. Peluk erat-erat suami anda menunjukkan padanya anda tidak boleh berpisah dengan nya walau ke tempat kerja. Pasti suami anda tidak sabar-sabar untuk pulang berjumpa anda nanti.

Kejutan
Sebelum suami anda melangkah ke tempat kerja, apakata anda selitkan gambar anda yang palingsweet dan seksi ke dalam briefcasenya. Anda juga boleh mengirimkan bunga segar ke pejabat suami anda. Pasti suami anda gembira dengan pemberian tersebut.

SMS/WHATAPP/ FACEBOOK
Semasa berada di tempat kerja, kirimkan SMS, Whatapp atau ke facebook suami anda kata-kata cinta. Contohnya, “I miss u sayang, jumpa malam nanti okay” pasti suami anda tersenyum riang membacanya.

Sumber: HERE

Pasangan pengantin lama pun boleh buat juga... hehe... 

10 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. tak kira baru berkahwin ke atau tidak, biasanya kalau spend masa berdua memang tak mo orang lain kacau...memang kitaorang akan peruntukkan just the two of us jer...he he he...

    BalasPadam
  2. hehehe, gd sharing ni !

    BalasPadam
  3. nanti hana amalkan.. rasa sweet je kan.. hehe

    BalasPadam
  4. oh tips bakal utk saya..haha..

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama