GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Islam Hanya Pada IC

Alhamdulillah... hari ni dapat juga aku lalui hari pertama bagi penggal kedua persekolahan tahun 2013... Walaupun semput dan tengah mabuk angin kepayang ni, dengan semangat mendidik di jiwa, gagahkan kaki mendidik anak bangsa, ilmu akhirat yg utama.. 

Aku harapkan anak didikku makin berubah dan matang dah masuk penggal kedua ni, tapi hampa.. sama saja.. 

Sedih tau, aku ajar pendidikan Islam, ilmu akhirat untuk anak bangsa, terasa berat dibahu nak kongsi ilmu ni.. Salah kongsi berdosa aku... Tapi apa yg paling sedih bila lihat anak didikku kini, Islam hanya pada IC (kad pengenalan).. sebab apa aku katakan begitu... Sebab segala yg asas dalam ISlam ditanya tak boleh jawab... sedih kan... 


Sebab tu, aku coret entry ni, aku nak kita sama-sama fikirkan, bagi ibu bapa yg ada anak-anak adakah pelajaran asas kita terapkan pada anak2 setiap hari.. 

Apa pelajaran asas agama.. Paling basic la aku sebutkan ea.. Yang wajib orang Islam tahu:

Ilmu Tauhid atau ilmu aqidah:
1. Rukun Islam ada berapa??? Sebutkan satu persatu.
2. Rukun Iman ada berapa??? Sebutkan satu persatu.
3. Sifat Wajib bagi Allah ada berapa??? Sebutkan, kalau tak ingat nasyidkan.

Setiap rukun iman dan Islam perlukan perincian... wajib tahu nama Allah, Rasul, Malaikat, pasal kiamat dan qada dan qadar. Wajib tahu jika anda ISLAM.. ini bukan ilmu seorang ustaz atau ustazah tapi perkara asas wajib ada pada jiwa dan ilmu setiap org ISLAM!!! 
Kata sayang Allah dan Rasul, tapi tak kenal, camne citer tu???

Ilmu Feqah:
1. Wuduk. Apa itu wuduk, kenapa kena wuduk, rukun wuduk, syarat wuduk,  sunat wuduk, batal wuduk.
2. Solat. Apa itu solat, knp kena solat, rukun solat, syarat wajib solat, syarat sah solat, sunat dalam solat, batal solat.
3. Bersuci. Bab bersugi, najis, mandi, tayammum, istinjak, samak.. semua tu wajib tahu, anak2 kita wajib tahu!!!.. 

Semua amal ibadat, wajib ada ilmu tidak boleh diikut-ikut... tak sah amal ibadat yg diikut-ikut.. Korang sedih tak jika aku katakan, pelajar2 sekolah menengah, masih solat main2... macam upin ipin solat terawih... Adakah kita nak anak kita zuriat keturunan kita jadi macam tu??? 

Ilmu Adab:
1. Adab kepada ibu bapa
2. Adab kepada orang lain.
3. Semua jenis adab yg tak menyalahi etika dan norma masyarakat.

Ilmu agama, WAJIB dikuasai dan diamalkan sampai mati. Ilmu agama tak kan habis belajar sampai tingakatn 5 je. Wajib teruskan mencari ilmu agama hingga ke liang lahad. Apa yg aku kongsikan ialah realiti yg aku hadapi. Sebagai seorang yg menyampaikan ilmu agama kepada pelajar sekolah menengah memang aku sedih bila ada pelajar umur 14 tahun tak reti dan tak tahu mengucap dua kalimah syahadah. Ya Allah apa perasaan ea jika itu anak kita ea. 

Kita sangat pentingkan ilmu duniawi.. Marahkan anak jika tak lulus sains matematik, tapi tak pernah kata apa2 bila anak tak lulus pendidikan ISlam. Ya Allah padahal, ilmu pendidikan Islam tu lah yang nak dibawa hingga ke mati. 

Maaf, aku bukan nak tunjukkan aku pandai agama, tapi secara asasnya aku tahu pasal agama seperti yg aku senaraikan di atas. Jangan mengaku ISLAM jika kamu tak tahu pasal asas-asas ISLAM. Novel berpuluh ringgit mampu kita beli, buku asas ISLAM berbelas ringgit tak kan nak berkira. 

Maaf sekali lagi andai ada yg terasa. Aku memang sedih melihat dunia akhir zaman. Sedih mengenangkan zaman anak dan zuriat keturunan kita. Jika zaman sekarang, Islam di TAPAK KAKI je, apatah lagi zaman anak cucu kita nanti.. 

Aku nak kita sebagai ibu bapa, renung2kan... Ada anak, nak beranak memang mudah. Tapi mampukah kita sebagai ibu bapa jaga dan didik amanah Allah ni sebaiknya??? Jika kita tak mula didik diri sendiri sekrang, apa akan jadi dengan anak kita akan datang.. 

Oklah,  cukuplah aku melalut.. Aku cuma nk kita sama-sama muhasabah diri.... 

ADAKAH ISLAM KITA HANYA PADA IC???

2Ulasan

  1. moga2 kita jadi org islam yang sempurna...aamiin

    BalasPadam
  2. betul tu cikgu Maria..Ilmu Islam ni kita kena amalkan sampai mati..bukan setakat lepas exam je..nanti segala amalan kita tidak berpandukan islam, kita jugak yang susah..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ