Recents in Beach

Hukum Berkhatan Dalam Islam

Dalam Islam mementingkan kebersihan... memang penting.. Kalau buka mana-mana kitab Feqah, tajuk pertama ialah Taharah.. iaitu kebersihan... Salah satu aspek kebersihan yg dituntut dalam Islam ialah berkhatan... Jom baca, apa hukum berkhatan dalam Islam... Ini penjelasan tentang khatan menurut Ustaz Zaharuddin melalui laman web Ustaz... iaitu.. http://zaharuddin.net

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)


Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,   

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan  .

:Kelentit wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."

dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.

Kesimpulan:
Berkhatan memang diwajibkan bagi lelaki dan sunat bagi wanita untuk menjaga kebersihan dan juga menjaga tuntutan nafsu syahwat selepas berkahwin. Lihat, Islam tu syumul.. Zaman sekarang, ramai org bukan Islam pun berkhatan untuk kesihatan. Islam memang terbaik.. segala yang diperintah ada kebaikannya utk kita...
Moga bermanfaat. 

Rujukan:

Catat Ulasan

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^