GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ciri-ciri Ibu Bapa Derhaka

Biasa kita dengar anak derhaka je kan.. Tapi kita jarang di dedahkan dengan ibu bapa yg derhaka.. Sebenarnya memang wujud ibu bapa yg derhaka zaman sekarang pun ada. Jangan ingat status kita sebagai ibu bapa yg Allah muliakan buatkan kita sewenang-wenang boleh gunakan 'kuasa' tu. Hati2 kadang2 kita sebagai ibu bapa boleh jadi derhaka gak.. 

Sebagai ibu bapa, apa hak anak yang WAJIB kita penuhi???

1. KEPERLUAN FIZIKAL 
* Makan, mimum, dan tempat tinggal
* Keperluan kesihatan

2. KEPERLUAN AKAL 
* Ilmu mengenal Allah iaitu ilmu agama
* Ilmu duniawi untuk kemajuan dan perkembangan di dunia.

3. KEPERLUAN EMOSI 
Tip-tip untuk pengisian emosi ini:
* Mengucup anak-anak dengan penuh kasihsayang
* Bermain dan bergurau
* Memberi hadiah dan kata-kata pujian
* Membelai kepala anak-anak
* Sering Bertanya Khabar dan berbual-mesra
* Mendahulukan anak perempuan berbanding lelaki dalam belaian kasih sayang.

4. KEPERLUAN ROHANI 
* Pendidikan Tauhid –beriman kepada Allah dengan cinta, takut dan rasa diawasinya.
* Penyuburan cinta kepada Rasullalah dan keluarganya.
* Pengajaran al-Quraan dan hadis-hadis

Ada 4 hak anak yg wajib ibu bapa penuhi, dan jika kita sebagai ibu bapa tak penuhi semua tu, kita boleh dikategori ibu bapa yg derhaka pada anaknya.. 

Ibu bapa juga boleh dikatakan derhaka terhadap anaknya jika:
1. Pilih kasih
Pilih kasih antara anak-anak yg lain. Membezakan anak-anak sama ada dari segi pendidikan ataupun kecerdikan akal fikiran. 

2. Tidak jodohkan anak perempuannya
Bila sampai umur anak perempuan berkahwin, maka wajib ibu bapa carikan jodoh yang baik utk anak gadisnya. Tetapi jika ibu bapa tidak mengahwinkan anaknya boleh dikategorikan anak derhaka. Walaupun begitu, ibu bapa tidak berhak untuk memaksa anak gadisnya berkhwin. Perbincangan dan persetujuan anak gadis perlu diambil kira.

3. Tidak melaksanakan hak-hak anak.
Ibu bapa yg tak melaksanakan hak-hak anak, boleh dikatakan ibu bapa derhaka. 

Bukan senang jadi ibu bapa, perlukan kesediaan dan pengorbanan. Allah memang memuliakan status ibu bapa tetapi tidak meminggirkan status anak. Masing2 kena tunaikan hak2 yg diperuntukan. 

Moga ini sebagai panduan kita ibu bapa dalam mendidik dan mencorakan anak2 kita.. Moga kita tak tergolong dalam ibu bapa yang derhaka. 

Moga bermanfaat. :)


Sumber rujukan : SINI

14Ulasan

  1. tkasih atas tips dikk
    kadang2 alpa dgn semua nie huhu

    BalasPadam
  2. dulu kakak pernah terdengar jugak dari ceramah satu ustaz kata pasal ibu bapa derhaka pada anak2... thanks for sharing maria...

    BalasPadam
  3. very gd sharing ni tq yer

    BalasPadam
  4. thanks for sharing..banyak tips yang boleh saya dapat dari blog nie..salam perkenalan

    BalasPadam
  5. moga kita x jd ibu bapa yg derhaka..

    BalasPadam
  6. ya Allah...takutnya jd ibu bapa derhaka ni..moga kita semua terhindar drp perkara ni yek...moga kita jd ibu bapa yg terbaik kpd anak kita..aminnn...

    BalasPadam
  7. Masa kecik-kecik dulu kalau marah-marah mak akan pangggil saya dengan nama binatang saja, babi, anjing, setan, kurang ajar, anak haram & haramjadah. Bayangkan apalah sangat dosa saya yang masih budak tu dipanggil dengan perkataan kesat macam tu, memang sedih, sampai sekarang pun boleh terngiang-ngiang lagi kat telinga jeritan mak saya tu. Masa kecik kalau saya menangis mak tak pernah nak pujuk.. Lagi dia maki ada le, bayangkan saya cuma budak-budak masa tu, bukan kata nak pi pujuk ke, memang jangan harap le.Maki hamun , sumpah seranah, berleter dah memang biasa sangat bagi saya ni, sampai ke remaja umur belasan tahun pun masih kena maki lagi. Masa saya kecik dulu kalau saya terpecah kan cawan ke pinggan ke, memang hahaslah.. Teruk kena pukul punya, dahlah kena pukul teruk bagai nak gila, kena maki lagi. Kadang-kadang kalau pegi sekolah saya rasa tak nak balik rumah sebab rasa tertekan sangat dengan perangai mak saya. Penah masa remaja saya rasa kalau dalam islam boleh bunuh diri saya memang dah tak mau hidup lagi, tak tahan dengan mulut mak saya, nasib baik masa tu saya cuma pikir kalau mati bunuh diri masuk neraka. Sebab tak tahan sangat dengan mulut mak saya yang hari-hari berleter saya penah terfikir dalam kepala otak, saya tak mintak dilahirkan kedunia ni, sebab apa dia lahirkan saya ke dunia ni. Masa kecik mak saya penah pukul saya dengan tali pinggang sampai berdarah. Masa tu saya ingat lagi tok saya masih ada. Saya lari keliling pinggang tok saya untuk lindung diri saya dari kena tali pinggang, tapi mak saya tak peduli dia tetap pukul saya, sampai dengan tok saya sekali kena libas. Sedih sangat saya masa tu…: Sampai skang pun mak saya suka buruk sangka kat saya sbb saya tak banyak duit berbanding adik beradik sy yang lain dan dia akan melaga-lagakan kami adik beradik hanya disebabkan duit.. awak kira bertuah la fizo sbb tak dapat mak macam saya.. sbb tu awak boleh kata jgn abaikan ibu dan lupakan ibu.. Ibu sy tk pernah peluk saya dari kecil hingga sy besar.. Adakah ibu saya boleh dikategorikan sebagai IBU DERHAKA..??!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedihkan kalau kisah hidup kita orang xambil pduli n msh ttp meletakkan martabat ibu bapa je yg btol seolah2 ank2 dlahirkan tanpa prsan or ank2 jgn ada n zahirkan prsan sbb anak..apapun syurga kau ttp bwah tapak kaki..saya pun kesal dgn sglintir ibu bapa yg bersikap ego n sgt brpegang pda syurga ank bwah tapak kakinya shgga dia merasakan dia berhak memilih syurga tu utk mmberi kpda mana2 ank yg hendak diberi..

      Padam
  8. kadang2 org tua ni x terima kasih apa yg ank dh buat kat dia...org tua ni kadang2 mendengar kata2 ank2 yang lain...apa yg kita buat ni serba x kena...kita dh buat yg terbaik tp x terima kasih dah lupa apa yg kita buat baik terhadap dia...sindiran mulut ttp panas d telinga...apa yg harus aku lakukan

    BalasPadam
  9. adakah aku ni d golongan org yg derhaka kpd kedua ibu bapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar ye dik..akak pun sm je..mak ayah suka bnding2 kn dgn anak lain..dah tu akak ni wat kebaikkn xpernah pndang tp bila akak wat salah suma tuduh akak ni bawak sial..

      Padam
  10. Umur sya skrg 29 tahun.sya rasa pling last skali mak sya syg sya umur 9 tahun.sya anak luar nikah.bapa sya dlu jarang2 pegi jumps sya.lpas umo 9 tahun sya xpnah rasa kasih sayang seorang IBU.sya rasa berjauhan dari keluarga lebih baik skrg ni dripada tggal sekali.sya bukan lah nak kata derhaka.gaji skrg ni pun ckup makan pakai,ada duit kirim la skit buat diorang blanja2.xbanyak.sya nak crita smpai besok pun xhabis.sya pnah tpikir kenapa xhantar je sya pegi rumah anak yatim dulu?atau bagi kat org lain yg mampu jaga sya sebagai IBU Dan ayah.sya kadang2 malu dgan org sekeliling Dan saudara sya sndiri.kdg2 tgok diorang anak beranak mesra sya iri hati juga.penah sya menangis sndiri pikir zaman kanak2 sya smpai skrg.mmg sedih.byangkan hidup jauh dri kluarga lagi rasa selesa dripada tggal skali.kdg rasa mnyesal ada kluarga macam ni..kenapa xbagi sya kat org lain Dan kenapa xanta sya ke rumah anak2 yatim dulu.sya rasa sedih sangat...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ