GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Review Drama: Takbur Mama

Sempena hari ibu, dah tentu TV menyediakan rancangan yg best2 dan mendidik utk memberi peringatan supaya kita menghargai ibu... 


Aku baru lepas tgk cerekarama TV3.. berkurun tak buka TV3, tapi bila tgk sinopsis kat Info Astro, macam best, tak lepas peluang aku mengadap..

Dan terus terang, drama ni mmg mendidik.. aku tak nak ulas panjang, kan panjang berjela air mata aku.. memang aku menangis bila dah smpai ending citer ni... tambah2 masa pengkebumian anak dalam kandungan Thaqifah tu.. hhu.. sayu dan menyentap naluri keibuanku... buatkan aku terinagtkan si adik.. huhu.. 

Pengajaran utama, ialah Jangan Takbur dan bangga dengan apa yg ada sebab segalanya milik Allah.. Allah boleh ambil balik bila Dia nak.. Dan sedihnya citer ni, bila mak dan adik Azman tak sempat bertaubat, dan Abg Long plak, tak sempat minta ampun.. 

Dan sebenarnya, inilah dugaan bgi org beriman, iaitu Dugaan untuk watak lakonan Fizz Fairus... dia baru je berubah, dan terus Allah uji dia dgn dugaan yg besar macm tu.. Kalau aku pun terduduk agaknya... 

Memang mantap drama ni.. ringkas dan banyak pengajaran... Jangan takbur, jangan hina org, jangan bangga... kerana semuanya hanya sementara dan milik Allah... 

Tahniah buat pengarah dan para pelakon yg menjayakannya... Drama ni mmg berkesan pada hati aku.. 



Nota Ungu: Peringatan untuk aku yg bergelar Ummi... :'(

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ