GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Orang Lain Mengandung, Orang Lain Alah

Orang Lain Mengandung, Orang Lain Alah | Gempak je tajuk.. hehe.. Tu bukan tanda aku mengandung ok.. saja je nak share pengalaman masa mengandung.. mengimbau kenangan indah di awal kehamilan.. Macam mana korang tahu korang mengandung??? sebenarnya banyak tanda seseorang tu mengandung dan berbeza mengikut orang plak.. 


Pengalaman aku yang pernah dua kali berisi, dan yg pertama menjadi Faiqah, tapi kedua xde rezeki.. Tapi tanda aku mengandung sama je.. Iaitu orang lain mengandung orang lain yg alah.. Sapa lagi alah kalau bukan suami aku kan... hehe.. 

Kalau org lain, tengok period ataupun mabuk2 dan perangai lain macam, dah blh agak la kan.. mmg prgnant.. Tapi aku, tengok suami aku.. dia yg akan alami macam tu.. Masa mula2 mengandungkan Faiqah.. memang tak syak aku menagndung.. cuma rasa x sedap tekak tu je lah.. tapi xde lah mabuk dan pening2 ke.. Tapi suamiku.. mabuk.. dan pening.. 

Masa Faiqah ok lagi... sikit2 je.. Tapi masa mengandung anak kedua.. yg xde rezeki tu.. mabuknya seminggu... mula2 demam.. pastu dia mual2 dan pening biasa.. Aku tak syak pun prgnant sebabnya belum cycle seterusnya kan kalau nak test pn.. tapi bila dia kata bau yg wangi itu busuk.. hah! mula la aku mencari UPT Kit utk pastikan.. dan keputussannya... pastilah positif.. hihi..

Tu lah pengalaman aku nak tahu aku menagndung ke tak.. Tengok en.somi aku lain macam.. maka.. jeng3... hehe.. kena la standby UPT Kit kan.. Tapi lepas sah positif, hilang lah alah dia tu.. dan mula la melayan aku mengidam plak lepas tu hihi...

Pelbagai resam dan ragam ibu menagndung kan.. mmg kenangan terindah... tu yang buatkan nak mnegndung lagi tu.. harap2 ada lah rezeki utk aku dan suami dapat anak 2014 nanti.. Insha Allah.. ameen... 


Sekarang baca 10 tanda awal kehamilan... Ni berdasarkan kekerapan dan kebiasaan majoriti wanita alami:

10 tanda awal kehamilan

1)Kelewatan haid

Kelewatan haid merupakan salah satu tanda awal kehamilan yang paling umum. Jika kitar haid anda teratur, haid yang lambat lebih dari seminggu mungkin adalah satu tanda awal kehamilan.Oleh itu, anda harus melakukan ujian kencing kehamilan. Jika kitar haid anda tidak teratur, kemungkinan besar haid anda lewat akibat tekanan stress, cara pemakanan ataupun keletihan.

2)Loya dan muntah

Loya dan muntah juga dikenali sebagai morning sickness dimana ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Gejala ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam darah terutama hormon hCG boleh menyebabkan rasa mual. Keloyaan biasanya terjadi pada trimester pertama kehamilan dan mula akan berhenti apabila anda masuk trimester kedua kehamilan. 

3)Sakit dan tegang buah dada

perubahan fizikal ialah perubahan pada payudara anda. Anda boleh berasa sakit dan tegang pada payudara yang semakin membesar dan berat. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesterone. Payudara anda akan menjadi sensitif dan akan berasa sakit dan tegang apabila payuda dipegang.

4)Berasa letih dan mengantuk

Berasa letih dan mengantuk untuk ibu hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Ia juga akibat dari  kerja beberapa organ penting seperti buah pinggang, jantung, dan paru-paru yang semakin bertambah untuk ibu dan perkembangan bayi yang pesat dalam awal kandungan.

5)Sakit belakang

Peningkatan hormon progesterone dalam tubuh badan ibu hamil dan jangkitan saluran kencing selama kehamilan boleh menyebabkan sakit belakang di kalangan ibu hamil.

6)Sakit kepala yang kerap dan muram

Gangguan sakit kepala yang sering berlaku di kalangan ibu hamil disebabkan oleh rasa lelah, loya, muntah lapar dan tekanan darah rendah. Perubahan hormon di tubuh badan ibu hamil menyebabkan emosi ibu terganggu dan berasa muram.

7)Rasa kelaparan yang berpanjangan

Sesetengah ibu hamil rasa mual apabila mencium bau makanan tertentu. Akan tetapi, sesetengah ibu hamil sangat ingin makan makanan khusus tertentu dan berasa kelaparan yang berpanjangan. Ini disebabkan perubahan hormon dalam tubuh ibu hamil.

8)Perubahan warna pada sekeliling payudara

Puting susu anda akan semakin membesar dan warna pada sekeliling payudara akan semakin gelap. Kadang-kadang ia juga terasa gatal. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon estrogen dan progesterone.

9)Kekerapan kencing

Perubahan hormon dalam darah menyebabkan sistem sirkulasi pendarahan dalam tubuh meningkat untuk perkembangan bayi yang pesat dalam kandungan. Oleh itu, buah pinggang anda bekerja lebih keras dan menghasilkan air kencing yang lebih banyak.

10)Ujian air kencing yang positif

Akhirnya, anda boleh menggunakan alat ujian kencing kehamilan (UPT) untuk mengesan kehamilan. Jika ia menunjukkan positif, jangan anda berasa gembira dahulu sebelum anda menjumpai doktor anda untuk menjalani ultrasound scan. Ini adalah memastikan kehamilan bukan kehamilan luar rahim ataupun kehamilan molar (anggur). Walaubagaimanapun, keputusan positif menunjukkan peluang kehamilan anda adalah sangat tinggi!




Nota Ungu: Sehati sejiwa cuma tak sejawa.. (^_^)

0Ulasan