MAIN KUTU HALAL KE HARAM???

Maria Firdz
11
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


(entry lama yang dikemaskini)
HUKUM MAIN KUTU | Main kutu.. korang pernah main.. bukan kutu rambut... tu parasit.. ni main kutu.. kumpul wang ikut kepala dan dapat balik berdasar cabutan undi.. 


sebenarnya dah lama kan permainan ni.. masa sekolah MF pun pnh main.. tapi dh besar tak main dah.. sebenarnya pernah tak kita tinjau hukum main kutu ni??? ok jom MF kongsikan sedikit isi ringkas yang aku dapat dari Perunding Syariah Ustaz Zaharuddin...


Hukum main kutu, ada tertakluk bawah undang-undang malaysia iaitu. AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971.. boleh klik link tu utk tahu pasal akta ni.. 

Dari segi hukum Islam plak..

"Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus. ( Namun keharusan ini telah dibataskan oleh akta wang kutu di atas tadi)"

Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.

Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.

Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.

Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjahnya adalah seperti berikut :-

Pertama : Keharusan kaedah :-

Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.

Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.

Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.


Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran

Tepat sekali, permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas 'undian' atau disebut dalam bahasa 'Arab sebagai Qur'ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.


baca artikel penuh DISINI


Pendapat UAI:

Kuliah Ustaz Azhar Idrus menerangkan hukum sekiranya bermain duit kutu.
Soalan :
Apakah hukum main duit kutu?
HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.
Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :
"Saya berhutang kepada awak semua"
Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :
"Saya bayar hutang awak"
Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:
"Saya terima hutang awak semua kpd saya"
Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.
Kesimpulannya.. hukum main kutu harus selagi  TAK melanggar syarat dan syariat, cuma dalam akta dan undang MEMANG dilarang jika nak buat perniagaan main kutu.. tapi kita main kecik-kecik je kan.. sesama kengkawan sekerja...so, boleh la main kutu sebab hukumnya HARUS dengan syarat WAJIB BERTULIS DAN AKAD YANG DIPERSETUJUI SAMA MACAM KITA BERHUTANG, WAJIB ADA SAKSI DAN BERTULIS!



p/s: Entry ini diupdate sikit.. pernah diterbitkan pada 10/5/2013... 

Catat Ulasan

11Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. tgh main kutu ni..hehe...Alhamdulillah naseb x haram:)

    BalasPadam
  2. hehe.. sya main juga..tapi ikut situasi n dgn siapa main

    BalasPadam
  3. kalu di pikir2kan pun takde unsur2 yg menzalimi mcm riba ke apa kan, tkt main kutu kecik2 ngn membe opis kan... lainla yg main kutu sorang ribu2 tuh lain lah kot

    akak tiap thn ada main kutu, kire cam simpanan utk byr roadtax n insurance kte heheh

    BalasPadam
  4. yang sakitnya bila main kutu ni, bila ada pihak2 yang ngelat kan maria? hu hu hu....

    BalasPadam
  5. @norhidana miswan tu la kan.. sy pun terlepas lak thun ni nk main dgn kengkawan.. ingt tahun dpn nk main gak lerr..

    BalasPadam
  6. Main kutu ni kira macam clean saving..dan win win situation..hehe..dulu zaman sekolah pernah main kutu..dapat duit tolak untuk baki bulan seterusnya..kikiki..jadi bila kawan bayar PC dah lega..

    BalasPadam
  7. tengah main kutu juga. terima kasih ye atas perkongsian hehe

    BalasPadam
  8. Ada yang panggil hoi
    kena akad dulu time terima wang tu.. Tahun ni Hana main kutu. ngee

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !