Peristiwa Hari Ni Menggamit Kenangan 10 Tahun Yang Lepas


Seperti hari2 lain.. drive sendiri ke sekolah... elok masuk parking... wah.. ramainya kat sekolah... pelajar2 a.k.a calon2 SPM 2012 sedang menunggu amik result masing2... Ada yang ditemani mak ayah.. ada yang datang dengan kengkwan, ada yang sendiri saja... 

Peristiwa ni menggamit kenangan ku 10 tahun lepas amik result SPM... Aku belajar di SAR (Sekolah Agama Rakyat).. Masa SPM memang aku main-main. Tak de feel org cakap nak pekse.. Main jawab je.. Dan result aku segitu je lah... Aku dapat 3A, 3B, 2C, 1D... Result cukup makan je kan... Lepas dapat tu nak kata kecewa pun tak, nak kata berjaya pun tak.. Tapi yang pasti aku tak rasa nak sambung belajar lepas dapat SPM, pikir nak keje je sebab mana ada duit nak sambung belajar. Bila share dengan kengkwan, diorang semua nak sambung belajar, tapi aku cakap, aku nak cari duit dulu, ada duit baru nak smbung belajar.. sbab bapa aku penoreh je.. mana nak cekau duit nak belajar tinggi2 kan.. 

Akhirnya, bapaku pujuk aku, sambung amik tingkatan 6. ikut jejak abang dan kakakku yg juga pernah amik STPM. Kakakku berjaya masuk U dengan STPM.. Aku ikut je kata bapa... Bapaku tolong uruskan semuanya... dan aku masuk lambat dari pelajar2 6 rendah yang lain. 2 hari aku masuk 4 hari aku tak g sekolah sebab demam dan asma. Lepas msuk sekolah 1 minggu periksa pertengahan tahun. haha.. lawaknya.. apa aku nak jawab nih??? Last2 jawab je apa yg tahu... Bila keputusan peperiksaan keluar, aku ranking ke-6 dalam kelas.. semua org terkejut.. aku lagi terkejut.. tak sangka.. tapi syukur Alhamdulillah.. 

Bila naik tingkatan 6, barulah aku buka mata.. dan sedar yg mak bapa ku nak tgk aku berjaya.. nak tgk aku jadi cikgu. Dari situ aku berusaha dan berusaha.. tebus salah dan kegagalan dalam SPM... Aku nak happykan mak bapa aku.. Aku kuburkan saja impian aku nak jadi nurse masa tu sebab aku mmg minat bidang perubatan. So, berusaha dan berdoa. Allah uji aku masa amik exam STPM, aku demam dan asma teruk. Aku ingat lagi, masa kertas Sejarah STPM, aku demam, hampir2 mak suruh amik kat hospital je.. aku gagahkan juga.. xpe lah amik kat sekolah je.. tangan menggigil menulis jawapan.. Kertas sejarah STPM selama 3 Jam dan 8 soalan esei... menggigil2 jawab... seterusnya mmg tawakal sbb aku tak tahu apa aku jawab... 

Bila keputusan.. aku rasa nak nangis... aku tercalon 10 terbaik STPM di sekolah tahun tu... result 3A 1B dgn CGPA 3.75... satu kebanggaan.. Aku menangis masa bapa ku naik pentas amik saguhati kepada 10 calon terbaik STPM masa hari anugerah cemerlang... SUngguh tak sangka. Alhamdulillah.. aku berjaya tebus kegagalan lalu. 

Kini, aku sudah pun tunaikan impian keluarga.. aku bergelar guru seperti yang mak bapa aku cita-cita dan impikan.. Aku tahu mereka gembira.. Aku tak pernah lupa jasa mereka, serta adik beradikku yg banyak berkorban utk ku.. smp hujung nyawa aku tak lupa... Walaupun jauh, aku sentiasa doakan moga Allah pelihara dan lindungi ahli keluargaku di sana... 

Buat adik2 yg amik SPM hari ni... kegagalanmu hari ni, bukan bererti hidupmu berakhir.. Banyak lagi lorong-lorong kejayaan yang menanti mu.. terokailah... insya Allah, kejayaan akan datang kepadamu... 

Tahniah buat yg berjaya dengan cemerlang SPM 2012...

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. nice entry maria... ^_^

    kenangan seumur hidup yang x mungkin dilupakan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama