GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

ADAB WANITA KELUAR RUMAH


1. Seseorang wanita boleh keluar rumah sekiranya ia mempunyai sesuatu hajat yang amat perlu yang diharuskan oleh syarak.
Contohnya: 
- Menuntut ilmu fardhu ain sekiranya ibu bapa atau suami atau penjaganya tidak berkesempatan atau tidak berkemampuan mengajarnya. 
- Menziarahi kaum kerabat, saudara-mara, jiran ataupun sahabat. 
- Keluar mencari nafkah yang halal disebabkan wanita itu sebatang kara atau keadaannya miskin atau penjaganya sakit atau cacat. 
- Untuk menjadi saksi. 

2. Keluar dengan berdoa meminta perlindungan dari fitnah dan gangguan manusia serta syaitan. 

3. Apabila tempat tujuan kurang dari dua marhalah (48 batu) wanita boleh ditemani oleh kanak-kanak.Apabila perjalanan lebih jauh dari itu, hendaklah wanita itu ditemani oleh mahramnya. 

4. Hendaklah menutup aurat supaya: 
- Mudah dikenali bahawa dia adalah wanita beriman 
- Tidak ada gangguan 
- Mendapat keampunan Allah 

5. Elakkan berjalan di jalan besar yang sesak dengan orang ramai. Hendaklah berjalan di laluan tepi yang bukan laluan umum. 

6. Jangan menampakkan perhiasan diri (seperti rantai, gelang dan sebagainya) atau menghentakkan kaki untuk membunyikan perhiasan (seperti gelang kaki atau kasut berladam). 

7. Berjalanlah dengan sopan. Elakkan daripada banyak bergurau senda di jalanan. 

8. Jangan memakai bau-bauan kerana ia memberangsangkan nafsu lelaki. Jika memakainya, jangan terlalu banyak, cukuplah sekadar tidak berbau busuk. 

9. Tundukkan pandangan dan kekalkan sifat malu. Jangan sekali-kali bertegur sapa atau melayan lelaki yang bukan muhram. 

10. Meminta keampunan kepada Allah di sepanjang perjalanan. 

p/s: semoga aku juga dapat menjaga dan istiqamah menjaga adab2 ini...

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ