Jom tengok petua tradisional untuk kecantikan rambut. Rambut yang cantik dapat meningkatkan keyakinan diri dan memikat si suami juga..
Petua Tradisional Untuk Kecantikan Rambut
Petua untuk cantikkan rambut
Ambil beberapa helai daun limau purut dan bunga raya. Kemudian ramas sehingga hancur dengan sedikit air. Apabila sudah hancur, tapis airnya dan lumurkan pada rambut. Hasilnya, rambut akan menjadi semakin cantik dan berbau harum.
Menghilangkan kelumumur
Ambil tiga batang serai dan dua biji limau nipis, kisar hingga lumat. Kemudian tapis dan amibil patinya. Sapukan pada keseluruhan rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Meluruskan rambut
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan keseluruhan rambut. Tutup kepala dengan tuala selama 1 jam. Selepas itu, barulah bilas dengan air sehingga bersih. Lakukan 3 kali seminggu.
Rambut berkilat
Bersihkan biji betik dan jemur hingga kering. Kemudian, gorengkan tanpa minyak sampai hangus. Selepas itu, tumbuk atau giling hingga lumat. Pindahkan ke dalam piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya, bersihkan rambut terlebih dahulu. Sapukan bahan tadi pada rambut. Hasilnya rambut akan berkilat dan lebih hitam.
Atasi keguguran rambut
Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih, Kemudian, tapis. Tambahkan sedikit serbuk inai dan putih telur dari sebiji telur ke dalam air teh tadi. Kacau hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkannya 2 minggu sekali.
p/s: Jangan tak bertudung sebab nak tunjuk rambut yang cantik pula ea..
Sumber Artikel: Majalah Pa&Ma (Sept 2011)
Sumber Gambar: Google Images
mmg la bagus, tp petua tradisional ni leceh skit laa nak buat. tmbah plak ada anak kecik. dapat mandi pun dh mujur...
BalasPadambyk petuanya, ndak tak ndak je kan..
BalasPadam