GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Amalan Isteri Digantung Jika Mencela Suami


"KAK Yati, bukannya tak nak pakai tudung lagi, teringin juga nak bertudung, tapi suami tak benarkan, sebab tak nampak cantik dan bergaya."

Alasan itu kerap didengari bagi wanita berkahwin mengapa mereka tidak bertudung, menutup aurat. 
Isteri baik sememangnya perlu patuh dan mentaati suami. 

Bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Memakai tudung menutup aurat adalah perintah Allah. Isteri seharusnya mengutamakan perintah Allah sebelum mematuhi perintah suaminya. Firman Allah bermaksud: "Hendaklah mereka itu (kaum wanita) melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya." (Surah an-Nur, ayat 31)

Setiap wanita Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan belahan dada, termasuk leher supaya tempat yang boleh membawa fitnah itu tidak terbuka yang mungkin boleh dilihat oleh lelaki bukan mahram.

Sekiranya perkara yang diperintahkan oleh suami itu bertentangan dengan hukum Allah dan boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah atau tidak mematuhi arahan itu. Demikianlah dalam perkara memakai tudung, isteri tidak seharusnya mematuhi arahan suami yang melarangnya memakai tudung.

Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhakai Allah." (Hadis riwayat Ahmad) Ketaatan isteri terhadap suami ialah kepatuhan yang dituntut Islam. Suami, di samping bertanggungjawab memberikan nafkah lahir dan batin, bertanggungjawab membimbing isterinya ke jalan benar. Sekiranya tidak mampu untuk mengajarnya, hendaklah dibenarkan isteri keluar rumah untuk menuntut ilmu.

Oleh itu, isteri harus setia kepada suami yang soleh dan sedia mengikuti segala perintahnya. Firman Allah bermaksud: "Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka." (Surah an-Nisaa', ayat 34)

Isteri yang tidak patuh kepada nasihat suami, malah mencela dan tidak menghargai suaminya, di samping tidak mendapat keberkatan di dunia, akan menerima pembalasan di akhirat kelak.

Saidina Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Wanita yang berkata kepada suaminya bahawa dia tidak melihat kebaikan yang ada pada suaminya, maka Allah menggantungkan amalan baiknya selama tujuh puluh tahun, walaupun dia berpuasa sepanjang hari dan beribadah pada malam hari." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Nasa'i)

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Aku melihat dalam neraka, ramai antara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: Mengapa ya Rasulullah?

Rasulullah menjawab: Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

p/s: ada kesinambungan dari artikel ni.. smbungan di entry akan datang.. sama2 kita renungkan.. banyak kisah dan pengajaran boleh di ambil dari kisah "Hilangnya Doa Seorang Ibu"...yang tercalon dalam Anugerah Skrin 2012... Sama2 kita hayati dan muhasabah diri... :-)

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ