بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Beza Sebatan Kesalahan Jenayah Syariah dan Sebatan Jenayah Sivil | Baru ni kecoh dan viral mengenai tindakan Mahkamah Syariah di Terengganu melaksanakan hukuman sebat kepada Lesbian.

Hukuman sebat yang dijalankan secara terangan di khalayak ramai dengan disaksikan lebih kurang 100 orang.

Alhamdulillah, satu ilmu baru bagi yang kurang arif bab hukum jenayah Islam...

Tapi ada yang pertikaikan...


Baik... hukuman dalam Islam adalah bertujuan mendidik dan memberi pengajaran kepada yang lain. Bukan hukuman semata-mata hukuman.

Bagi jenayah syariah yang dikenakan hukuman sebat ada kategori hudud dan ada kategori takzir.

Kalau ikut hudud memang dah tercatat dalam al-Quran dan hadis... seperti hukuman zina dah ada hukumannya 100 kali sebatan.

Bagi hukuman takzir, bergantung kepada keputusan hakim.

Macam kes lesbian atau dalam istilah jenayah Islam disebut musahaqah, tiada tercatat dalam al-Quran, tapi atas keputusan hakim pesalah dijatuhkan hukuman sebat atau denda atau penjara.

Ramai pertikai... ala... 6 kali je... , ala... slow nya...

itulah indahnya hukuman dalam Islam... bukan nak hukum atau balas bagi sakit... tapi sebagai pengajaran kepada pesalah dan juga bagi yang melihat... sebab tu buat secara terangan.

Ini sangatlah berbeza dengan hukuman sebatan jenayah sivil.

Beza Sebatan Kesalahan Jenayah Syariah dan Sebatan Jenayah Sivil


Syarat yang perlu dipenuhi sebelum hukuman sebat dikenakan:

1. Alat sebatan 

Alat sebatan tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

2. Tukang sebat

Tukang sebat yang ditugaskan untuk melaksanakan hukuman hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Sebatan boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.

3. Pesalah

Sebelum hukuman itu dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang Pegawai Perubatan Kerajaan untuk diperakui bahawa pesalah itu adalah dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman itu.

Jika pesalah itu sedang hamil, pelaksanaan itu hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas dia melahirkan anak atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak.

Pesalah dikenakan pakaian lengkap baju kurung dan tudung serba putih dan  duduk di bangku khas  tanpa penyandar ketika hukuman dijalankan.

Semua syarat-syarat ini perlu dipenuhi sebelum hukuman sebat dilaksanakan dan syarat-syarat ini telah termaktub di dalam Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001.

Tujuan hukuman sebat dalam Islam

Hukuman sebat ini adalah tujuan untuk mendidik masyarakat dan bukan sekadar menghukum pesalah dan  berpendapat undang-undang jenayah syariah tujuannya adalah untuk mentarbiyah (mendidik) pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Hukuman ini tidak zalim dan mencederakan pesalah sebagaimana sebatan kepada pesalah sivil.

Orang awam menyaksikan hukuman sebat ini, ini adalah sebagai mesej yang jelas dan pencegahan awal supaya jenayah lesbian ini tidak terus berulang.



Sebenarnya, bukan mudah nak laksanakan sesuatu hukuman dalam kesalahan jenayah Syariah... Perlu dapatkan bukti kukuh dan saksi yang benar untuk dijatuhkan sesuatu hukuman. 

Dalam kes ini, pesalah mengaku bersalah, kerana itu hukuman ini dijalankan. Kalau tak mengaku, ianya jadi lebih rumit kerana perlu dapatkan saksi dan bukti sebelum dibicarakan. 

Moga, bertambah ilmu kita semua... Insha Allah... 

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama