Monday, 12 February 2018

[Review] Ayam KFC Golden Egg Crunch

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

[Review] Ayam KFC Golden Egg Crunch | Menu makan malam sedap sikit... Saja je suami beli sebab nak rasa.

Sebelum ni dah rasa Ayam Epik Marrybrown, ni nak rasa promo KFC yang baru ni... KFC Golden Egg Crunch, ayam goreng disalut dengan rempah bersama telur asin.

Jadi, suami beli lagi 1 set untuk buat rasa... Lepas dah makan.. hmmm... Masih tak boleh lawan Ayam Epik Marrybrown. Sebabnya ayam Marrybrown tu rasa rempahnya sampai ke tulang. Ayam KFC rasa diluar sahaja.

[Review] Ayam KFC Golden Egg Crunch


Tapi rasanya, lain dari yang lain dari sebelum ni.. tak masin sangat lah boleh tahan sedap juga. Memang crunch dan rangup di luar, cuma ayam tu tak rasa apa biasa sahaja isinya.

Tapi nak tau, kena rasa sendiri sebab selera setiap orang tak sama kan... Sejak tak makan McD, KFC dan Marrybrown je lah tempat untuk menikmati ayam goreng di restoran makanan segera.

Satu lagi, kalau kat KL, MF sekeluarga suka makan di Restoran Heaven Park. Boleh baca REVIEW MF >>>DI SINI<<<

1 comment:

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^