13 Ogos 2017

13 Ogos Hari Tangan Kidal Sedunia

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


13 Ogos Hari Tangan Kidal Sedunia | Rupanya hari ni hari tangan kidal sedunia... Baru tahu... Istimewanya orang tangan kidal yek... ada hari khas memperingati tangan kidal..

Kidal ni istimewa, sebab bilangannya tak ramai... Tapi bukan bermakna cacat... Disebabkan keistimewaan ini, mesti mereka yang kidal juga ada keistimewaan tertentu yang tiada pada orang yang tidak kidal.. 


10 Fakta Orang Tangan Kidal

1. Menurut statistik dari sebuah populasi, Lebih ramai lelaki kidal berbanding wanita.

2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

3. Jika kedua ibu bapa adalah kidal, dalam 50% berkemungkinan mereka akan mendapat keturunan kidal. Manakala jika kedua ibu bapa tidak kidal, kemungkinan akan jatuh pada 2% saja.

4.  Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

5. 4 dari 5 orang designer komuter Mac dilaporkan kidal.

6. Orang kidal dikatakan lebih pada bersukan,dan berfikiran lebih cepat.

7. Orang tangan kidal lebih kreatif dan dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah serta memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.

8.  Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

9.  Orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.

10. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).

Sumber : sinaf fm

Kidal atau tidak keduanya adalah anugerah Allah... Setiap orang ada keistimewaan tersendiri... Bersyukur dengan apa yang dikurniakan... Jika sedih kita kidal, jangan anggap itu kekurangan... Kerana sekurang-kurangnya kita punyai tangan kan... 
Previous Post
Next Post
Related Posts

1 ulasan:

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^