GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Semakan Wang Tak Dituntut (WTD)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) | Memula tak tau pasal viral ni, sehinggalah lalu di wall kisah pasal orang berbaris semata-mata untuk buat semakan wang tak dituntut.. 

Apakah Itu Wang Tidak Dituntut?

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun. 

Contoh dibawah kategori ini ialah:
  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang; cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai. 

Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit. 

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun. 

Contoh dibawah kategori ini ialah:
  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik). 


3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun. 
- akaun pemiutang dagangan
- akaun penghutang dagangan berbaki kredit 

Berdasarkan maklumat di atas, jadi bolehlah kita menuntut kembali baki wang yang ada dalam akaun, dengan syarat mengikut apa yang telah ditetapkan. 


Lokasi Untuk Buat Semakan Wang Tak Dituntut

Dibawah ini adalah lokasi setiap negeri bagi menyemak wang tak dituntut. Anda boleh lihat senarai di bawah.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Negeri Sembilan
Tingkat. 10,Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Razak
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430
Website: www.anm.gov.my

Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Aras 1-8, Kompleks Kementerian
Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62594 Putrajaya,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia

Lobi Kementerian
Sumber Asli dan
Alam Sekitar
Putrajaya
Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Sabah
Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat, 88594 Kota Kinabalu,
Sabah, 88400 Kota Kinabalu

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar,
Perlis, Taman Pekeliling,
01000 Kangar, Perlis

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Labuan
Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan, Jalan Bukit Timbalai, 87016 Labuan,
Sabah, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Johor
Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80720 Johor Bahru,
Johor

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kelantan
Tingkat 1-2, Blok A, Bangunan Persekutuan,
Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu,
Kelantan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perak.
Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Terengganu.
Tingkat 11, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu, Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kedah
Tingkat 4, Zon C, Wisma Persekutuan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan Sultanah, 06550 Alor Setar, Kedah,
Kampung Anak Bukit, 06550 Alor Setar,
Kedah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Pulau Pinang
Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang

Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Sri Aman.
Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Polis, 95000 Sri Aman,
Sarawak, 95000 Sri Aman, Sarawak
Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN, Jalan Bank,
25000 Kuantan,
Pahang.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Selangor
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor

Cara dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara

1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, Sila klik Alamat Pejabat Jabatan Akautan Negara setiap Negeri.

2. Bawa Kad pengenalan diri atau IC. Pegawai bank akan semak baki yang ada disemua akaun bank terdahulu.

3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil persijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).

Senarai semak dokumen diperlukan untuk isi Borang Permohonan Bayaran Balik WTD:Cara Semak Wang Tak Dituntut

5. Wajib pergi ke bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan telah diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.

6. Lepas dokumen dan borang lengkap diisi telah dihantar ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Duit akan dimasukkan secara Bank In Terus ke akaun dalam masa 30 hari sahaja.

Contoh Borang Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (WTD)

Selepas pegawai buat semakan, akan tertera jumlah wang tidak dituntut dalam sistem. Selepas itu borang permohonan bayaran balik WTD harus diisi oleh pemohon beserta dokumen sokongan. Selesai hantar semula borang tersebut ke Pejabat Jabatan Akauntan, duit baki tuntutan akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 30 hari sahaja.

Wang Tak Dituntut (WTD) Tiada Tarikh Luput

WTD tidak mempunyai tarikh luput.

Pengarah Bahagian WTD, Datuk Zamimi Awang dalam satu laporan Utusan Online bertarikh 4 Julai 2017 berkata semakan boleh dibuat bila-bila masa kerana WTD tidak mempunyai tarikh luput.

“Oleh itu, mana-mana individu boleh membuat semakan sama ada mereka mempunyai WTD dengan pihak Pendaftar pada bila-bila masa tanpa ada tarikh luput.

Malah, pewaris juga boleh membuat tuntutan bagi pemilik WTD yang telah meninggal dunia.

“Walaupun telah meninggal dunia, kerajaan tidak menafikan hak mereka. Pewaris boleh membuat tuntutan dengan sokongan dokumen-dokumen berkaitan,” katanya.

Hari ini, JANM sekali lagi berkata bahawa WTD tidak mempunyai tarikh luput dan jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlu membuat semakan secara serentak.

Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Atas Talian (Online)

JANM berkata pihaknya sedang membangun sistem atas talian bagi membolehkan orang ramai menyemak dan memohon WTD secara atas talian. Langkah bijak oleh JANM itu dijangka akan siap tahun hadapan. 

Jadi, tak payah nak kalut sangat sebab takde tarikh luput... Tunggu tahun depan kita semak... Kot kalau ada ribu riban syiok juga kan... hehe...

Sumber rujukan:
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Harian Metro 
Utusan Online
Telegram Pendidik2u

3Ulasan

  1. tengok berbaris panjang untuk menuntut WTD
    tunggu clear sikit baru nak g semak - kot ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Mau tak berbaris panjang ada sampai dapat RM14k huhu

      Padam
  2. Memang iformasi dan teliti. tapi x ada online ke?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ