GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Apa yang ada dalam coklat?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Apa yang ada dalam coklat? | Siapa yang suka makan coklat? 😋. Dalam keluarga MF, suami MF penggemar coklat tegar. Mungkin sebab dia biasa makan coklat masa dia jadi askar, tu buatkan dia suka makan coklat terutama coklat bar.

Jenis-jenis coklat

Untuk makluman, terdapat tiga jenis utama coklat iaitu :

1. Coklat gelap ( Dark chocolate )
2. Coklat susu ( Milk chocolate )
3. Coklat putih ( White chocolate )

Ada apa dalam coklat?

Coklat ini merupakan produk semulajadi yang diperbuat daripada bahan-bahan berikut:

Chocolate Liquor/ Cocoa Liquor : 

Biji koko dengan kulit yang telah dibuang & telah ditapai ( proses fermentasi ) dan dipanggang sehingga cair. Cecair ini terdiri daripada mentega koko ( Cocoa Butter)  dan koko pepejal ( Cocoa Solids ) ; kedua-duanya hadir secara semulajadi dalam biji koko.

Mentega koko ( Cocoa Butter ) : 

Lemak semulajadi daripada biji koko; mentega koko tambahan meningkatkan rasa dalam mulut ( mouthfeel ) coklat.

Gula

Lecithin : 

Sejenis pengemulsi, selalunya diperbuat daripada soya, yang dicampur bersama-sama dengan ramuan yang lain.

Vanilla atau vanillin dan perisa lain.


Coklat boleh juga mengandungi:

Susu: 

Bagi coklat susu.

Buah-buahan, kacang dan bahan ramuan tambahan yang lain ( other Add-ins ) : 

Untuk coklat yang khusus ( specialty chocolate ).

Apa yang ada dalam coklat?


INFO UMUM BAHAN RAMUAN KRITIKAL DALAM PRODUK COKLAT

Bahan ramuan kritikal dalam produk coklat lazimnya adalah daripada bahan yang ditambah ke dalam produk coklat seperti pengemulsi  dan perisa.

Bahan ramuan tambahan ini menjadi kritikal dalam penentuan status halal kerana ia boleh diperolehi daripada sumber haiwan termasuk haiwan yang tidak halal. Antaranya seperti:

1. Gelatin :

~ Sumber gelatin diambil dari kulit, tendon, ligamen, dan / atau tulang diperolehi daripada lembu ( kebiasaanya ) atau babi.

~ Selalu digunakan sebagai  penstabil (stabilizer) dan memberi tekstur kenyal  (gelling and thickening agent).

2. Lecithin:

~ Lecithin biasanya phospholipid yang paling banyak didapati di kedua-dua tumbuhan dan sel haiwan.

~ Lecithin digunakan sebagai bahan tambahan makanan, berfungsi sebagai pengemulsi , pemekat, penstabil, dan pengawet pelembap ringan. Untuk mengelakkan penghabluran serta bertindak sebagai pengemulsi, lecithin ditambah kepada coklat dan karamel.

~ Sumber utama lecithin adalah dari minyak soya, namun ia juga boleh bersumberkan haiwan.

3. Gliserin/ Gliserol:

~ Gliserin (e) atau Gliserol ( dilabel E422 dalam makanan ) boleh diperolehi sama ada secara sintetik, atau diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan ( biasanya kacang soya ) atau haiwan ( biasanya lemak ). Ia juga boleh menjadi campuran kedua-dua haiwan dan sayur-sayuran.

~ Gliserin juga boleh berfungsi sebagai pelembap, pelarut dan pemanis.

4. Glycerides ( mono / di / dan tri ) :

~ Lazim digunakan sebagai pengemulsi dan cenderung diperolehi daripada lemak haiwan. Kerap digunakan oleh industri makanan.

5. Perisa ( flavour ) :

~ Perisa yang kritikal dalam penentuan status halal adalah perisa yang tidak halal seperti perisa dari arak ( contoh : rum / wine flavored chocolate ) dan perisa khinzir  ( contoh : bacon-flavoured chocolate ).


TAHUKAH ANDA?

Produk yang tidak mempunyai Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang tidak diiktiraf oleh JAKIM, bukan beerti produk tersebut TIDAK HALAL.

Sesuatu produk tidak boleh sewenang-wenangnya dianggap TIDAK HALAL melainkan jelas bukti HARAM nya. Sekiranya timbul keraguan, meninggalkannya adalah lebih baik.

Manakala produk yang mempunyai Logo/Pengesahan Halal Malaysia atau Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM bukan sahaja di jamin halal malahan ianya Toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut standard dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Jadilah pengguna yang bijak dengan meneliti bahan-bahan ramuan yang digunakan pada label bungkusan produk dan utamakanlah produk yang mempunyai Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
Sumber: telegram.me @MyJakim 

MF apa makanan memang tengok logo halal...  sebab mencari yang halal itu satu kefardhuan bagi kita.. 

3Ulasan

  1. good info ^^

    singgah sini
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ