GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ada Apa Dalam Biskut???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Siapa kat sini suka makan biskut???  MF antara menggemar biskut... Antara biskut kegemaran MF sekeluarga ialah Cream O, biskut Jacob dan biskut keluaran Hup Seng... MF rasa semua orang tahu biskut ni sebab ini antara biskut yang popular kat Malaysia ni. 

Dalam membeli biskut aspek penting MF tengok ialah tanda halal sebab ada biskut tak halal juga dijual di negara kita... Ada juga biskut import tiada logo halal yang diiktiraf JAKIM... 

Jadi, MF nak kongsi, apa yang menyebabkan sesuatu biskut boleh jadi halal dan boleh jadi tak halal... Apa kandungan yang terdapat dalam biskut yang kita makan... Ini juga termasuklah dalam biskut bayi... 


INFO UMUM ANTARA BAHAN RAMUAN KRITIKAL HALAL DALAM PRODUK BISKUT

Biskut adalah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan.  

Ia adalah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung.

Dalam istilah bahasa Inggeris, biskut merupakan produk kecil yang dibakar keras dan turut dipanggil sama ada "cookie" atau "cracker".

Sebelum kita menjamah biskut sebagai snek untuk mengalas perut atau dicicah air kopi untuk minum petang, pernahkah kita terfikir apakah ramuan kritikal yang terkandung dalam biskut tersebut dan signifikan dalam penentuan status halal?

Semakin banyak bahan ramuan yang ditambah dalam suatu resipi untuk membuat biskut, maka penilaian penentuan halal menjadi semakin teliti berdasarkan kompleksiti pemprosesan produk tersebut.

Oleh itu, mari kita kenali antara bahan ramuan kritikal dalam biskut:👉

🌺MENTEGA:-

Mentega adalah sejenis produk tenusu asli (susu lembu) yang telah melalui pemprosesan moden bagi memisahkan lemak susu dan cecair.  

Lemak susu itu dijadikan pepejal dan dibungkus seperti produk yang ada hari ini dan biasanya disimpan di dalam peti sejuk kerana akan cair disuhu bilik.

Terdapat dua jenis mentega (atau juga dikenali sebagai butter) yang biasa terdapat di pasaran  iaitu  mentega tulen (pure butter atau pure creamy butter) dan mentega lepa susu (dairy spread butter).

Mentega tulen turut membangkitkan aroma,tekstur dan rasa biskut yang lebih enak berkrim (creamy), gebu dan wangi berbanding lepa susu kerana kandungan lemak susunya yang tinggi.

Mentega paling kerap dibuat daripada susu lembu, mentega juga boleh dibuat dari susu mamalia lain, seperti biri-biri, kambing, kerbau, unta dan yak. 

Bahan ramuan seperti bahan perisa, vitamin, zat pewarna  dan pengawet seperti  sodium benzoat kadangkala ditambah kepada mentega dan perlu dikenalpasti status halalnya.

Misalnya, jika ditambahkan pewarna karoten, pewarna ini biasanya berada dalam suatu carrier (pembawa/ penyalut), dan salah satu bahan yang boleh digunakan sebagai carrier adalah gelatin (boleh terhasil dari sumber babi.)

Selain itu, terdapat mentega yang melalui proses fermentasi  dengan kultur mikroorganisma tertentu seperti Streptococcus lactis, Str. Citrovorus dan Lactococcus lactis untuk memberi citarasa mentega yang spesifik. 

Status halal mentega ini perlu diperiksa dari segi media kultur yang digunakan kerana ia boleh tercampur ke dalam mentega.


🌺 SHORTENING/LEMAK SAYURAN:-

Shortening adalah 100% lemak dan padat (solid) pada suhu bilik. Shortening adalah sangat sinonim dengan lemak haiwan, tetapi sejak penciptaan minyak sayuran hidrogenasi dalam abad ke 20, shortening telah sering dikenali sebagai lemak sayuran. 

Ia biasanya dibuat daripada minyak sayuran yang dihidrogenasikan (hydrogenated) tetapi kadang-kadang juga mengandungi lemak haiwan. 

Tekstur 'flakey' pada biskut dan produk pastri  datang dari lemak padat atau 'lard' (lemak khinzir) yang diuli dalam lapisan tepung/doh. Dalam sesetengah resepi, shortening dipukul dengan gula untuk memerangkap udara, menghasilkan produk yang gebu. 

Terdapat juga pengemulsi (emulsifier) ditambah dalam shortening yang membenarkan ia mengemulsikan shortening dengan cecair. Ini bermakna ia membolehkan minyak dan cecair untuk bersatu, mewujudkan keserataan rasa dan tekstur di dalam adunan doh biskut dan produk pastri.


🌺 MARJERIN:-

Marjerin dibuat terutamanya daripada satu atau lebih sayuran terhidrogenasi atau lemak haiwan atau minyak. Marjerin adalah produk bukan tenusu dicipta sebagai pengganti mentega.

Walaupun asalnya diperbuat daripada lemak haiwan (termasuk lemak babi) pada tahun 1800, hari ini bahan-bahan utama marjerin termasuk minyak sayur-sayuran, air, garam, pengemulsi, dan ada juga merangkumi bahagian susu.
  
Marjerin di Malaysia lazimnya adalah dari sumber minyak kelapa sawit. Namun begitu, penilaian terhadap status halal bahan ramuan yang ditambah ke dalam marjerin perlu diambil perhatian seperti

sumber bahan pengawet ( contoh: biasanya potasium sorbat dan sodium benzoate), bahagian susu seperti whey protein, bahan asidulan (contoh: asid laktik) dan bahan pengental seperti gelatin.


🌺 BAKING POWDER:-

Salah satu bahan tambahan yang cukup sering digunakan saat membuat biskut dan pastri adalah baking powder. Fungsi baking powder adalah sebagai bahan pengembang atau penaik bagi biskut yang diadun dan dimasak.  

Ia boleh terdiri daripada beberapa bahan, tetapi biasanya mengandungi baking soda (natrium bikarbonat, NaHCO3), krim tartar / cream of tartar (kalium Bitartrate, C4H5KO6), dan tepung jagung. 

Sekiranya krim tartar terkandung dalam baking powder, maka ia akan menjadi kritikal dan perlu diteliti kerana sumber krim tartar biasanya adalah bahan sampingan dalam proses pembuatan arak wine (by-product of wine production).


🌺 BAHAN PERISA BISKUT:-

Terdapat pelbagai jenis perisa biskut di pasaran. 

Antara yang kritikal adalah :

🌿 Keju (Cheese) :-

Dalam penghasilan keju, terdapat penggunaan sejenis enzim yang lazim digunakan dan dikenali sebagai rennet.  

Enzim rennet boleh diperolehi dari lapisan perut anak lembu dan babi. Terdapat juga rennet daripada sumber tumbuhan dan sintesis mikroorganisma.


🌿 Coklat : -

Seperti yang telah dikongsikan dalam info tentang ramuan kritikal coklat sebelum ini, kita perlu berhati-hati dengan kandungan ramuan coklat yang digunakan seperti gelatin, lesitin, gliserin/gliserol , asid lemak lain dan perisa ( tidak halal seperti rum dan wine) yang terkandung dalamnya.

🌿 Perisa:-

Perisa yang digunakan dalam pelbagai produk biskut juga boleh menjadi salah satu titik kritikal Halal apabila pelarut bagi bahan perisa boleh diperoleh daripada pelbagai sumber seperti lemak haiwan atau pelarut universal seperti air.

Walau bagaimanapun, bagi produk2 yang telah mempunyai pensijilan Halal,status bahan perisa ini telah dikenalpasti tidak mempunyai unsur keraguan (syubhah) atau haram


Justeru, jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk biskut yang mempunyai Logo/Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Ianya bukan sahaja dijamin HALAL malah TOYYIBAN iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut standard dan garis panduan halal yang telah ditetapkan.


#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
Sumber: @MyJakim

Jadi jangan mudah terpedaya dengan dakwaan lain seperti biskut ada plastik dan sebagainya... Mana-mana biskut kalau dibakar memang akan terbakar... Harap takde lagi orang sebarkan Info tak betul pasal sesuatu isu... 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ