GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Khasiat Makan Kuaci!

Bila layan mid night movie dengan en.somi mesti la ada kudapan... Kalau tak mengantuk...  Pilihan MF, layan kuaci dan kopi... Fuhh... Memang layan...

Kuaci ni bukan sekadar kudapan... Tapi jajan yang ada khasiatnya...  Antara khasiat kuaci yang perlu kita tahu...

1. Menjaga Kesihatan Kardiovaskular (Jantung dan Pembuluh Darah)
Biji bunga matahari kaya akan vitamin E yang berperanan penting dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Vitamin E adalah antioksidan yang membantu mencegah oksidasi kolesterol oleh radikal bebas. Jika kolesterol teroksidasi oleh radikal bebas maka kolesterol akan menempel pada dinding pembuluh darah dan menyebabkan aterosklerosis (penyumbatan pembuluh darah oleh plak kolesterol) yang dapat mengakibatkan penyumbatan arteri, penyakit jantung dan stroke. 

2. Membantu Pertumbuhan
Biji bunga matahari merupakan sumber protein yang baik. Protein sangat diperlukan tubuh untuk membangun otot sehingga sangat baik untuk dimakan oleh kanak-kanak dikala usia pertumbuhan. 100 gram biji bunga matahari mengandung sekitar 21 gram protein (37% protein harian yang dicadangkan). 

3. Mengurangi Risiko Diabetes
Biji bunga matahari mengandung asam klorogenat yang membantu mengurangkan kadar glukosa darah dengan cara membataskan pemecahan glikogen dalam organ hati. 

4. Melindungi Saraf
Vitamin B1 memperkuat lapisan saraf yang berfungsi melindungi saraf. Kekurangan vitamin B1 dapat menyebabkan kerosakan lapisan saraf dan mengganggu fungsi saraf. 

5. Sumber Antioksidan
Vitamin E yang terdapat dalam biji bunga matahari merupakan suatu antioksidan yang berperanan menangkal radikal bebas sehingga mencegah kerosakan sel dan mutasi sel akibat radikal bebas. 

6. Mengurangi Risiko Kanser
Biji bunga matahari merupakan sumber mineral selenium yang baik. Selenium menunjukkan sifat melawan kerosakan sel dan berperanan dalam perbaikan DNA sel. Selenium menunjukkan kemampuan mengurangi risiko kanser kolon, kanser rahim dan kanser prostat. 

7. Menjaga Kesihatan Kulit
Vitamin E yang terkandung dalam biji bunga matahari juga sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan kulit. Vitamin E diketahui dapat mencegah kerosakan sel kulit kerana sinar ultraviolet. 

8. Menyihatkan Otak
Biji bunga matahari mengandung folat yang merupakan nutrisi penting bagi otak, sehingga menjaga kesihatan otak dan membantu fungsi otak. 

9. Menjaga Kesihatan Tulang
Biji bunga matahari kaya akan mineral magnesium dan fosforus yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat dan sihat. 

10. Menyihatkan Rambut
Setiap 100 gram biji bunga matahari mengandung 5,25 mg zat besi (63% keperluan harian) dan 5 mg seng (45% keperluan harian). Kedua mineral ini sangat penting untuk menjaga kesuburan rambut.

Sumber: Internet

Jadi, kuaci antara jajan yang berkhasiat... Tapi nak beli kuaci belilah yang kurang garam... Macam yang MF beli ni..  hanya rasa lemak dan masin mentega je.. Sedap dibuat kudapan... Paling penting... Makan kuaci jangan sepah kulit merata... Nanti sakit jiwa orang yang membersihkannya..


5Ulasan

  1. wahhhhhhhhhhhhhh banyak jugak ya khasiat kuaci...seblom ni pandai makn je.....hehehhee...nice sharing!

    BalasPadam
  2. saya pun suka kauci
    selalu beli yg siap dikupas dan ada perisa honey

    BalasPadam
  3. Salam singgah sini sis...baru diana tau rupanya kuaci ni banyak khasiatnya....terima kasih sis atas peekongsian ini...

    BalasPadam
  4. kurang suka makan kuaci. mesti gatal tekak pas makan. hehehehe.

    BalasPadam
  5. Lissa suka makan kuaci ! bertambah lah suka lissa kalau kebaikannya macam ni. hehe :D

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ