GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bukan Mudah Jadi Pemimpin!

sumber: google images

Hadis Rasulullah s.a.w tentang pemimpin

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه

Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar, daripada Nabi SAW, beliau bersabda: “Ketahuilah Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga,suami dan anak-anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu pimpin.”

(Imam Muslim, Kitab Kepimpinan ,Bab keutamaan pemimpin yang adil, ancaman terhadap pemimpin yang tidak  adil dan galakan berlemah lembut terhadap rakyat serta larangan menyusahkan mereka,  no.hadith 3408.)

Syarah hadith:

Hadith di atas menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul dan ditunaikan dengan sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya seseorang itu menjadi pemimpin untuk dirinya sendiri agar tidak terjemus dan lalai dengan maksiat apatah lagi sekiranya seorang bapa hendaklah menunaikan haknya sebagai ketua keluarga dengan memimpin anak-anak dan isteri-isterinya dengan baik dan begitulah juga perumpamaan terhadap ketua atau pemimpin sesebuah negara.

Walaupun begitu, setiap yang dipimpin hendaklah atau wajib mematuhi segala apa yang diperintahkan oleh pemimpin atau ketua selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat kerana sesuatu organisi tidak akan sempurna sekiranya ia berjalan secara berasingan. Oleh itu, pemimpin mestilah menjalankan amanah sebagai seorang pemimpin  manakala rakyat atau yang dipimpin hendaklah mematuhi segala arahan yang menjalankan tugas sebagai seorang rakyat.

Pemimpin adalah seorang yang memegang amanah bertanggungjawab ke atas tanggungjawab yang dipikulnya, dan apa yang terletak dibawah naungannya. Maka apa yang terletak dibawah perlindungannya adalah dituntut untuk berlaku dengan adil dan membangunkannya dengan menjaga kepentingan dan kemaslahatan dalam agama dan dalam kehidupannya serta yang berkaitan dengannya.

Pengajaran:
  1. Setiap pemimpin hendaklah menjalankan tugas secara adil dan beramanah serta tidak membebankan bebanan yang tidak dapat dilaksanakan oleh rakyat
  2. Pemimpin atau pemerintah hendaklah mematuhi dan mentaati segala perintah Allah serta memimpin mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
  3. Seseorang individu hendaklah melantik pemimpin yang mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin atau pemerintah.
  4. Hendaklah memetuhi dan mentaati segala perintah pemimpin salagi mana tidak bertentangan dengan syariat.
  5. Hendaklah menilai atau mengukur diri sendiri terlebih dahulu sekiranya diangkat atau dilantik menjadi pemimpin samaada dapat melaksanakan amanah dan tugas dengan sempurna atau tidak.
  6. Hendaklah melantik pemimpin dikalangan orang yang mengetahu ilmu-ilmu agama (alim).

Di akhir zaman ramai yang berebut-rebut nak jadi pemimpin... Berlumba-lumba untuk naik pangkat. Sanggup buat apa sahaja, demi pangkat dan nama yang dikejar. Sebelum bergelar pemimpin, tepuk dada, tanya iman.. "adakah diri kita sendiri terpimpin???" jika diri sendiri pun kita susah nak pimpin ikut syariat Allah, apatah lagi kita nak didik, nak bentuk orang lain ikut arahan kita. Kita mungkin boleh arahkan itu ini, kerana kita punyai kuasa...tetapi, adakah ikhlas orang yang melaksanakan kerja??? Seronok kah kerja orang itu buat untuk laksanakan tanggungjawabnya? 

Renungkanlah... Jika kamu seorang pemimpin kepada orang lain, jadilah pemimpin yang punyai TELADAN yang terbaik! Orang tak tahu ilmu yang kita ada, tetapi Orang akan HORMAT kita jika adab dan tahu hormat orang lain. Janganlah jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. 

Kepimpinan melalui teladan, bukan melalui kuasa yang kamu ada... Orang suka, jika kita sama-sama bekerja, dan tak siapa suka, jika kita kerja atas arahan dari atasan yang tak bertimbangrasa... Jika kamu seorang pentadbir fikirkanlah orang dibawahmu, jika kamu seorang guru fikirkanlah anak didikmu, jika kamu seorang bapa dan ibu fikirkanlah anak-anakmu, Jika kamu seorang abang, kakak fikirkanlah adik-adikmu... 

Setiap dari kita adalah pemimpin... dan paling utama kita adalah pemimpin untuk diri sendiri... Jika kita tak mampu nak pimpim diri untuk ikut undang-undang dunia dan akhirat, bagaimana mungkin kita nak pimpim orang lain... Renungkanlah... 

7Ulasan

  1. betul tu maria..bukan calang-calang orang boleh jadi pemimpin yang baik

    BalasPadam
  2. haah... maria. besar tanggungjawabnya dan bukan senang nak jadi pemimpin ni... huhuh

    p/s: Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #8. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/09/senarai-url-blog-8.html

    BalasPadam
  3. Betul tu..memang tak mudah nak jadi pemimpin.. setiap daripada kita adalah khalifah Allah di muka bumi ini...

    BalasPadam
  4. Betul tu Maria..Besar tanggungjawab pemimpin ni sebenarnya..Dipersoalkan bukan hanya didunia malah di akhirat lebih besar..

    BalasPadam
  5. betul! tanggungjawab berat nak jadi pemimpin ni..

    BalasPadam
  6. memang bukan mudah untuk jadi seorang pemimpin..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ