GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kenal Pasti Fake Akaun!

Sumber: google images

Di media sosial ini macam-macam boleh berlaku. Ada baik ada buruknya. Sejak dunia siber mula menguasai banyak pekara-pekara buruk seperti di rogol sahabat siber , menjadi mangsa penipuan sendiket duit dan sebagainya berlaku. Rata-rata yang menjadi mangsa adalah remaja terutamanya golongan perempuan.

Bagaimana semua ni boleh terjadi ?

REMAJA tak nafikan, semua ini kerana adanya pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar di sebalik gambar-gambar palsu mereka.

Yang disangkakan kucing rupanya harimau! Memang menakutkan. Tetapi kamu juga perlu bijak membuat perbandingan.

Jom ketahui beberapa ciri-ciri fake akaun

-          GAMBAR LIMITED
Perhatikan gambar ‘Display Picture’  atau DP miliknya. Jika si dia miliki rupa paras yang menawan adalah mustahil jika si dia hanya muat naik beberapa keping gambar sahaja akaunnya betul tak ?. Bukan itu sahaja, bila di klik gambar-gambarnya semua bersaiz kecil dan pecah-pecah, nampaknya ada yang copy gambar orang lain!

-          TIADA GAMBAR TERKINI
Perhatikan dalam beberapa bulan adakah pemilik akaun itu suka tukar DP atau tidak atau adakah si dia sering menggunakan gambar yang lama sahaja ? Jika ya, besar kemungkinan dia bukanlah pemilik akaun sebenar. Mana tidaknya, cuba ingat semula berapa kali kamu tukar DP  kamu dalam setahun ? Jadi adakah logik jika seorang itu tidak menukar DP dalam masa setahun ?

-          GAMBAR TAG YANG MEREPEK
Cuba lihat gambar-gambar yang di tag oleh kenalannya. Jika banyak gambar-gambar yang merepek dan tidak berwajah itu bermakna si dia memang berselindung di balik DP. Jangan tertipu dengan orang-orang seperti ini kerena jika berlaku apa-apa  mereka sukar dikesan.

-          MAKLUMAT DIRI YANG TIDAK JELAS
Nampaknya bukan sahaja gambar yang dia sembunyikan, maklumat diri seperti bekerja di mana dan sekolah di mana juga tidak di jelaskan di wallnya. Hmmm, nampaknya pemiliki akaun itu benar-benar merahsiakan kebenaran tentang dirinya. Cuba fikirkan sejenak mengapa dia lakukan seperti itu ?

-          FRIENDLIST YANG MINIMA
Nampaknya bilangan friendlist di akaunnya tidaklah seramai seperti yang di sangkakan. Malah boleh di kira dengan jari sahaja atau akaun kawan-kawannya yang lain amat mencurigakan itu cukup menggambarkan akaun itu bukanlah akaun rasminya.

-          TARIKH AKAUN DI TUBUHKAN
Selidik dahulu bila akaunnya di tubuhkan, jika baru itu bermakna akaun ini hanyalah akaun tambahannya. Fikirkan sejenak mengapa kini akaun ini baru di tubuhkan ? tak mungkin pemiliknya baru sahaja nak tubuhkan akaun melainkan jika akaun lamanya mempunyai masalah kan ?

-          STATUS YANG DI MUAT NAIK
Lihat sahajalah status yang di muat naik olehnya. Jika lebih banyak kata-kata yang kosong berbanding update tentang dirinya kamu harus berhati-hati. Oh ye, jangan lupa lihat sekali siapakah yang respond setiap statusnya. Jika ada yang berborak seperti mengenalinya mungkin kamu boleh pertimbangkan tetapi jika tidak jangan berani-berani melangkah ke hadapan. 

Oleh itu, sebelum kamu mula berkenalan dengannya pastikan kamu selidik dahulu latar belakangnya dan beberapa ciri-ciri seperti yang di nyatakan di atas, jangan dekatkan diri dengan bahaya.

Memang kena hati-hati juga, orang yang dikenali ramai seperti artis, pendakwah atau ahli politik, biasa ada orang yang cipta akaun palsu ni... sehingga susah nak kenal mana yang asli yang mana palsu... tapi tak mustahil orang biasa macam kita ni pun orang boleh buat juga, untuk balas dendam atau mempergunakan gambar mungkin , jadi hati-hati upload gambar peribadi... sebab musuh alam maya lebih bahaya dari musuh di alam nyata!!!

8Ulasan

  1. terima kasih berkongsi maklumat.. sekarang nie semakin banyak scam

    BalasPadam
  2. Wah ada CSI kat sini..yang penting hati-hatikan..ramai je yang tak jujur kat alam siber ni...

    BalasPadam
  3. hihi, memang ramai yang tak jujur... semuanya menipu je

    BalasPadam
  4. ciri-ciri fake account tu macam kena pada diri aiza je.. hehe.. tapi aiza punya fb original, sayangnya aiza tak suka update dan gambar pun banyak aiza private.. hehe..

    BalasPadam
  5. Mmg kena lebih berhati2 skrng ni.. dah bnyk sgt perkara yg buruk terjadi...

    BalasPadam
  6. dunia cyber sgt bahaya jika tak berhati-hati ;)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ