GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Petua: Jaundice / Demam Kuning

Salam selamat petang...

Ramai, ibu2 diluar sana, gusar dan risau takut baby akan terkena demam kuning.. kat sini nak kongsi sikit petua moden dan tradisional tentang jaundice...

Petua 1:
Petua paling mujarab, iaitu susu ibu... susukan bayi sebaik sahaja lahir, jangan campur dgn air masak atau susu tepung. Susu ibu adalah penawar yang paling baik. Kerana, Allah kurniakan susu ibu utk bayi yang baru lahir lengkap dengan segala nutrition yang diperlukan.

Daun kucai
Petua2:
Daun kucai.. ramas daun kucai, dan mandikan bayi yang kena demam kuning dengan air ramasan daun kucai hingga demam kuningnya berkurang.

Pokok Dukung Anak
Petua3:
Daun Dukung Anak. Caranya sama juga macam daun kucai... cuma daun ni mmg susah nak dapat melainkan kat kampung2 je...

Petua 4:
Daun Sekentut. Daun ni kat kg sy ada.. tetapi skrg dh mmg susah nk dapat. daun ni antara ramuan utk wat nasi ulam. Caranya, dengan letak bawah tempat pembaringan bayi.. bawah tikar bayi tido... 

Tebu Hitam
Petua5:
Air Tebu Hitam. Caranya dgn beri minum pada bayi... tetapi bukan bgi byk, setitik dua shaja..

Petua6: 
Air Sengkuang Cina. Sama juga cara mcam air tebu hitam. bgi minum pada bayi... 

Petua7:
Susu kambing hitam. Memang susah nk dapat susu kambing hitam. Tetapi bukan byk pun bagi.. Sekadar buat ubat. 
Petua 8.
Petua ni, diamalkan semasa hamil. Yang ni mmg sy ikut apa yg mak saya cakapkan. Jangan makan kunyit. Spenjang hamil, saya masak mmg x letak kunyit. jika goreng ikan letak serbuk kari. Alhamdulillah, anak saya memang xde kuning. 

Petua 5, 6,7, dan 8 mmg x digalakkan sgt sebab susu ibu sudah mencukupi. Lagipun usus bayi tidak dapat menampung semua jenis minuman tu, kerana masih lembut dan kecil lagi.

Segala petua adalah dari turun temurun org tua. Kita hnya berusaha, dan selebihnya doa dan tawakallah pada Allah... 

Gambar kredit from google image
~See U Next Entry~ Wassalam...

4Ulasan

  1. teringat masuk kandang kambing ngan pak mertua semata2 nk perah susu kambin hehe...skunk anak sy dh pon 11 tahun

    BalasPadam
  2. Lendir lidah buaya pon oke. Sejuk. Ank sy mujarab. :-)

    BalasPadam
  3. Tebu hitam hiasan memang mujarab tp kena bagi selama 3 hari sebaik lahir. Semua 4 anak saya dan 2 anak adik saya bebas jaundice.. Kawan abah dh cuba pada 7 anaknya sebelum beri petua pada abah. Kena tapis betul2 dan beri satu sudu kecil selepas dicampur satu pertiga air masak..semoga Allah izinkan..

    Neil Don

    BalasPadam
  4. Sekadar berkongsi. Anak saya pun pernah mengalami jaundice, dan saya telah diberikan beberapa petua dan sememangnya berkesan ke atas anak saya.

    Petua mengurangkan demam kuning

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ