GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan | Semalam dah bermula 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Terasa macam cepat sangat masa tu bergerak.

Walaupun berkurung dalam rumah, tak rasa macam lama pun… Pejam celik, pejam celik dengan aktiviti harian di rumah, dah masuk fasa ketiga Ramadhan.

Berbaki 10 hari lagi untuk kita menikmati pahala dan rahmat Allah yang melimpah ruah di bulan Ramadhan ini.

10 malam terakhir Ramadhan, apa aktiviti yang kita buat?

Pastinya ramai yang tengah buat persiapan raya kan… Kami sekeluarga hanya sambut secara sederhana. Nak buat kuih raya pun takde mood nih…

Moga ada datanglah mood nak berkuih raya nanti…

10 malam terakhir Ramadhan, kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah agar kita memperoleh Lailatul Qadar.

Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan
Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan
Kredit: Google images

Apa itu Lailatul Qadar

Lailatul Qadar ni siapa dapat, sungguh kaya, sungguh bertuah. Orang yang dapat malam tu, ibarat dia beribadah 1000 bulan… Bayangkan 1000 bulan tu berapa banyak. Setahun pun ada 12 bulan je. Kalau 1000 bulan? Kiralah ye.

Jadi, 10 malam terakhir Ramadhan, antara amalan yang digalakkan ialah, Tadarus al-Quran, Qiamullail, Iktikaf (tapi musim PKP) tak boleh ke masjid, jadi boleh buat amalan lain seperti solat sunat dan zikir.

Selain itu, 10 malam terakhir Ramadhan juga, kita digalakkan berdoa. Antara doa yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w Ketika 10 malam terakhir Ramadhan ialah doa daripada hadis sahih, Riwayat Aisyah r.a.

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا ؟ قَالَ : قُولِي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Dari Aisyah yang berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika saya mendapati malam lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?’ Rasulullah bersabda, ‘Bacalah: Allahumma innaka ‘afuwwun kariimun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).’” (HR. Al-Tirmidzi)

Jadi perbanyakkan doa ini, Ketika kita dah melalui 10 malam terakhir Ramadhan:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya :
“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku”

Pendek je doanya, moga kita dapat hafaz dan dapat amalkan Bersama.


Cara amalkan doa 10 ini ialah:

Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan
Doa 10 Malam Terakhir Ramadhan

  1. Baca sendiri-sendiri dengan nada yang merendah diri.
  2. Banyakkan membacanya di malam hari, sebab dugaan nak buat ibadah bulan puasa ni ialah waktu malam. Dugaan nak makan, hiburan, dugaan tidur, malas dan sebagainya.
  3. Tiada jumlah tertentu, boleh dibaca selepas solat, dalam solat Ketika sujud atau pun selang waktu dengan zikir. 
  4. Boleh juga dibaca pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
  5. Bacalah dari hati dan renungkan maksud doa tu dalam-dalam. Doa sungguh-sungguh agar Allah makbulkan. 

Semoga bermanfaat, dan kita semua dapat kejar pahala terakhir Ramadhan tahun ini. Insha Allah.

0Ulasan