GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara pakai dan guna mask yang betul!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara pakai dan guna mask yang betul! | Mask atau topeng muka bagaikan satu kemestian sekarang. Dah jadi normal orang pakai mask. Kalau dulu pelik, sekarang tak lagi.


Memakai mask muka menjadi salah satu cara untuk mencegah penularan wabak penyakit berjangkit.

Tapi ramai lagi yang salah cara pakai dan salah guna mask muka ni.


Kenapa dikatakan salah?

Sebelum nak pakai mask, kena tahu kenapa kita pakai?
Siapa yang sepatutnya pakai?
Mask yang mana kena pakai? sebab mask muka ada banyak jenis.
Cara pakai mask yang betul
Cara pakai dan guna mask yang betul.
Apa perlu buat lepas pakai mask.


Ini yang sepatutnya kita tahu sebelum nak guna mask dengan betul.

Siapa yang kena pakai mask?

1. Individu yang ada gejala penafasan (batuk, bersin)
2. Frontliner KKM - petugas kesihatan yang jaga pesakit
3. Frontliner seperti Polis, Tentera, RELA dan anggota keselamatan yang bertugas.

Jadi, orang sihat tak perlu pakai. Orang yang sakit kena asingkan diri sendiri dari orang ramai... Tapi situasi sekarang terbalik ye... Yang sihat dok rumah, yang sakit keluar beli barang... Hahaha...

Pilih mask yang betul.


Mask ada banyak jenis, pilih dan guna yang betul. Kalau nak guna jenis kain tu boleh, tapi ianya tidak betul-betul mencegah penyakit. Masih boleh tembus virus dan bakteria. Melainkan sekarang ni dah ramai pembuat mask kain guna filter.

Kalau guna yang mask kain, kena basuh selepas 3 jam.

Cara pakai dan guna mask yang betul.



1) Pilih topeng muka yang betul, mempunyai kepingan logam yang mengikut bentuk dan dapat menutup keseluruhan mulut dan hidung bagi mengelakkan topeng terbuka ketika sedang digunakan.

2) Pastikan ia berwarna biru di luar kerana ia adalah kalis air dan mempunyai bahagian yang berwarna putih disebelah dalam untuk penyerapan jika terbatuk atau terbersin.

3) Pastikan topeng muka digantikan dengan yang baru kerana ianya hanya boleh digunakan selama 8 jam sahaja ataupun apabila ia sudah menjadi lembab.

4) Membuang ‘face mask’ yang telah digunakan juga sangat penting. Harus diingat bahawa topeng muka yang telah digunakan adalah kotor dan jangan sentuh topeng tersebut selepas ia dibuang. Elakkan daripada menyentuh bahagian hadapan topeng muka tetapi pastikan untuk meleraikan ikatan daripada belakang.

5) Koyak topeng muka yang telah digunakan, masukkan ke dalam beg plastik dan ikat dengan kemas sebelum dibuang.

6) Pastikan untuk mencuci tangan selepas membuang ‘face mask’.

Tapi ingat, walaupun memakai topeng muka, kita juga disarankan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan kerap mencuci tangan.

Korang boleh tonton video ni untuk lebih jelas tentang cara pakai dan guna mask yang betul.



Inilah adalah usaha kita untuk mencegah. Tapi yang utama tetap kena amalkan:
1. Kurangkan keluar rumah kecuali jika perlu
2. Penjarakan sosial sekurangnya 1 meter.
3. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun selama 20 saat.
4. Banyakkan minum air dan amalkan pemakanan sihat.
5. Sebagai seorang Islam, doa pelindung daripada Allah apabila keluar rumah, dan tawakal.

Semoga bermanfaat.

0تعليقات