GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Review Samsung Galaxy Z Flip, design dia menggoda beb!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Review Samsung Galaxy Z Flip, design dia menggoda beb! | Kita lupakan hal Covid-19 sekejap. Sebab makin dok up kisah ni, makin menyedihkan pun ada.

Kita doa diam-diam dan enjoy life masa perintah pergerakan ni... Happy kan diri dan elakkan stress.

MF enjoy, sambil layan smartphone dengan model-model terkini... Makin canggih dah.

Saja la usha HP baru bukan apa... Alhamdulillah, smartphone Redmi 4X yang MF guna ni dah masuk tahun 3. Prestasi masih power cuma bateri dah tak berapa nak tahan. Sehari sampai 2 3 kali cas la tambah musim perintah pergerakan ni... Banyak ngadap phone je la kan.

Jadi, saja la layan dengan suami, cari smartphone terbaru.

Dalam dok layan tu, terpandang satu smartphone yang buatkan MF termimpi sebab design dia comel dan menggoda. Warna feveret MF pula tu..

Smartphone yang menggoda MF tu nama dia Samsung Galaxy Z Flip...

samsung z flip specification

Review Samsung Galaxy Z Flip

MF pernah guna smartphone Samsung... itulah jenama pertama handphone jenis touchscreen yang MF guna. Lepas ngam  2 tahun, skrin dia rosak. MF terus beralih arah ke smartphone jenis lain. 

Seakan serik dengan Samsung, MF jadi tak minat dah nak beli. Tapi bila tengok Samsung Galaxy Z Flip ni... MF tergoda... memang teringat-ingat. 

Design dia cantik beb... Smartphone yang biasa, tapi bila dilipat macam bedak compact je saiz dia... Fuhh... tak tahan tengok... 

Spefikasi Samsung Galaxy Z Flip

Network : 

GSM / HSPA / LTE
Sim: Nano sim

Saiz : 

Tidak dilipat: 167.3 x 73.6 x 7.2 mm 
Dilipat: 87.4 x 73.6 x 17.3 mm

Skrin:

AMOLED
saiz : 6.7 inci
Resolusi: 1080 x 2636 pixels.

Skrin Led, tak cepat panas berbanding skrin LCD.

Platform:

Android 10.0
Qualcomm SM8150 Snapdragon 855+ (7 nm)
Octa-core (1x2.95 GHz Kryo 485 & 3x2.41 GHz Kryo 485 & 4x1.78 GHz Kryo 485)

Memang laju dengan sistem support baru dan cipset snapdragon yang baru.

Memori:

256GB 8GB RAM

Smartphone ni takde memori slot... Tapi dah besar dah dia punya memori dalam... Jadi, tak payah nak tambah memori kad dah.

Kamera:

Dual
12 MP, f/1.8, 27mm (wide), 1/2.55", 1.4µm, Dual Pixel PDAF, OIS
12 MP, f/2.2, 12mm (ultrawide), 1.12µm
LED flash, HDR, panorama

Video: 2160p@30/60fps, 1080p@60/240fps, 720p@960fps, HDR10+

Selfie kamera:

10 MP, f/2.4, 26mm (wide), 1.22µm

Bateri:

Non-removable Li-Po 3300 mAh battery

Bateri yang kecil tapi sebab ada fast charging, memang terbaik lah... 

Charging:

Fast charging 15W
Wireless charging

samsung z flip specification

Itu antara spek yang penting biasa orang tengok bila nak beli smartphone kan. Tapi tak lupa juga bab harga. 

Harga tu buatkan MF hanya mampu bermimpi... haha... jenuh nak himpun duit.. 

Rate harga MF tengok kat shopee dan Lazada antara RM6,000 hingga RM8,000. Hahaha... Jadi, marilah kita berangan kan... 

Tapi serius menggoda smartphone ni... MF memang kalau banyak duit memang beli dah... 

Smartphone ni baru dilancarkan pada bulan Februari 2020. Jadi, masih baru... Jadi, kalau nak pakai sangat kena tunggu 2 3 tahun lagi harga turun kan...baru kita beli... Tapi masa tu pasti ada yang lebih canggih kan... 

Apa pun, ini hanya review dan impian MF... tak pasti lah akan tercapai ke tak... 

Apa pun, jom layan video ni... lagi korang tergoda...

2تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ