GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[Tutorial] Cara Buat Kehadiran Guna QR Code Scan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Buat Kehadiran Guna QR Code Scan | Zaman semakin canggih, buat apa nak ikut cara lama. Tapi tak salah guna cara lama cuma kita upgrade bagi nampak mudah lagi.

MF sepanjang berkhidmat, jawatan yang tak boleh nak lari ialah sebagai setiausaha. Antara tugas penting setiausaha ni ada mencatat minit mesyuarat serta menyediakan borang-borang tertentu yang diperlukan terutama borang kehadiran.

Jika di Johor, segala ni disusun oleh SPSK, agak sistematik cuma pening nak ingat kod dia. Tapi mudah sebab dah siap template semua. Jadi, kat Johor memang selaras semua sekolah lah... Guna SPSK yang diberi oleh pihak JPN.

Template kehadiran secara manual pun ada. Tapi kena tulis nama dan tandatangan kehadiran secara manual ketika mesyuarat.

Untuk mesyuarat akhir tahun ni, MF rasa nak cipta sedikit kelaian dengan buat kehadiran online melalui scan QR Code.

Ilham ni timbul sebab semua kursus dan mesyuarat peringkat PPD dan JPN kebanyakan guna Scanner QR Code ni aje. Terus link dan masuk ke website SPLKPM iaitu portal key in 7 hari kursus bagi guru-guru dalam setahun. Memang mudah cara ni.  Setiausaha tak perlu nak key in satu persatu lagi.

Jadi, so mesyuarat kali ni pun nak buat camtu gak lah.. mudah sikit.

Caranya pun tak susah, cuma guna Google Drive dan Google Sheet aje. segalanya percuma.

[Tutorial] Cara Buat Kehadiran Guna QR Code Scan

Part 1 : Sediakan borang kehadiran online dengan menggunakan Google Form

Caranya;
Pergi ke Google Drive <<<https://drive.google.com>>>

Klik NEW >>> MORE >>> GOOGLE FORM >>> BLANK FORM



Lepas tekan blank form tu, akan terus ke new tab iaitu google form.

Korang isi je semua yang diperlukan pada Google Form tu seperti Tajuk Borang tu,

Rename 'Untitled Form' dengan tajuk yang sesuai.
Taipkan 'Form Description' yang sesuai. Contohnya nak letak tarikh/masa/tempat ke...
Kemudia tekan Enter




Klik pada 'Untitled Question' untuk mula membina borang mengikut maklumat yang dikehendaki. Klik butang (+) untuk menambah soalan. Buat pilihan bentuk jawapan yang akan diterima (short answer / paragraph (untuk jawapan yang lebih panjang), checkboxes untuk pilihan jawapan, dll).

Biasa kalau nama gunalah jenis 'Short answer', dan untuk Jawatan boleh guna Multiple Choice.


Butang 'required' adalah untuk mewajibkan mereka menjawab soalan. Selagi mereka tak isi bahagian ni, selagi tu la mereka tidak boleh menghantar 'Form'.

Dah siap isi semua, maka Klik SEND.



Akan keluar satu popup di mana terpapar link google form yang kita buat tadi.

Korang pilih yang tengah tu (simbol link), yang MF highlight dengan kotak merah tu...

Kemudian klik COPY.


Part 2: Bina QR CODE

Seterusnya, nak buat QR Code. 

Pergi ke website ni >>> https://www.qr-code-generator.com <<<

Kemudian PASTE kan link korang copy tadi tu kat ruang yang disediakan.. Sebelum tu klik "URL" dulu. (Rujuk gambar di bawah).



Lepas tu ke sebelah kanan, korang pilih frame yang disediakan... ada banyak tu... tapi ambil yang free aje..

Kemudian, tekan DOWNLOAD.

Lepas tu, tunggu sehingga siap di download... maka jadilah QR Code untuk minit mesyuarat tu.

Print dan minta lah ahli mesyuarat scan masa masuk meeting.


Part 3 : Lihat senarai kehadiran


Untuk lihat senarai kehadiran, korang boleh rujuk semula kat Google Drive tadi. Ianya automatik save di Google Drive.

Korang klik je, pastu tengok Responde. So, dah boleh tengok siapa yang hadir.

Boleh juga transfer kan data tu ke dalam Google Sheet... Mungkin nak tambah colum untuk ditandatangan dan sebagainya sebelum di print untuk masuk dalam file.

Update

MF tak dapat hadir mesyuarat tapi dapat lihat status kehadiran hari ni dengan smartphone saja. 

So, memudahkan untuk buat laporan dan sebagainya. 



2تعليقات

  1. Thanks ats ilmu yang sangat berguna ni, sekolah saya pun dah mula memperkenalkan sistem kehadiran dengan QR Code, sangat mudah dan mesra ibu bapa dan guru:) saya nak apply untuk unit spbt saya di sekolah pula nanti:)

    ردحذف
  2. terima kasih.. saya dah buat. . nanti nak try untuk mesyuarat di hospital . .

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ