GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Beza Label Guna Sebelum dan Baik Sebelum Pada Produk Makanan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Beza Label Guna Sebelum dan Baik Sebelum Pada Produk Makanan | Satu kemestian beli produk makanan mesti tengok tarikh luput.

Tapi kalau perasan, pada label tu ada beza tulis "Guna Sebelum" dan "Baik Sebelum"

Apa bezanya?

Beza Label Guna Sebelum dan Baik Sebelum Pada Produk Makanan

Jadi, ini penjelasannya:

GUNA SEBELUM 

Beza Label Guna Sebelum dan Baik Sebelum Pada Produk Makanan



Selepas tarikh yang dinyatakan, makanan tersebut tidak lagi mengekalkan ciri-ciri kualitinya walaupun disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang telah ditetapkan.

Selalunya label ini digunakan pada produk yang mudah rosak seperti; susu, yogurt, produk telur dan jus buah. Antara perubahan yang dapat dilihat pada makanan ialah berkulat, tengik, masam atau basi.

Sekiranya produk telah melebihi tarikh yang dinyatakan, makanan itu tidak boleh dimakan atau dijual kerana boleh menimbulkan masalah risiko kesihatan apabila dimakan.

BAIK SEBELUM 

Beza Label Guna Sebelum dan Baik Sebelum Pada Produk Makanan

Tarikh terakhir produk tersebut mampu mengekalkan sifat kualitinya pada tahap terbaik, selagi ia disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang ditetapkan dan tidak dibuka.

Selepas tarikh tersebut, produk mungkin masih selamat dimakan, tetapi kualitinya merosot. Contohnya perubahan warna, rasa, tekstur, atau tersirat seperti kesegaran makanan.

Kemerosotan kualiti yang berlaku selepas tarikh tersebut, tetapi makanan masih boleh dimakan, dengan syarat makanan tersebut masih elok dan selamat untuk dimakan.


Kesimpulannya:

Barang ada label Baik Sebelum jangan dibuang dulu, gunalah selagi tak rosak walapun dah tamat tarikh luput. Macam MF tak tau bab ni, dah terbuang satu pek serbuk kari tak buka lagi... Sebab salah faham ni...

Tapi kalau yang Guna Sebelum tu, buang aje lah walaupun masih tak buka contohnya roti... Bau pun dah tak sedap. Kalau roti gardenia, MF makan je walaupun dah lepas tarikh luput... hehe... asalkan tak berubah bau, warna dan tak berkulat.



Kredit : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

1تعليقات

  1. Sha pun sama kak maria kalau yang xbuka, nampak elok lagi Sha makan sampai habis..sayang pulak kalau membazir kan... kalau yang nampak sangat tak boleh pakai tu barulah buang.. good info kak maria.

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ