GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Aksi 'Sweet' Yang Di-Pertuan Agong Dengan Isteri Semasa Hari Pertabalan YDPA

Hari pertabalan Agong, antara sejarah yang tak kan dilupakan.


lelaki terbaik, hari pertabalan agong, aksi sweet YDP Agong, viral pertabalan agong,

Dari hari Isnin, MF tengok Majalah 3 Khas tentang hari pertabalan... Dan sambung ke hari yang sebenar kejadian. 

Tak lepaskan peluang untuk lihat moment ni... Sejarah negara kita... Yang bukan selalu ada. 

Dalam banyak-banyak moment, yang paling MF teruja dan tersenyum sendiri bila lihat reaksi dan gelagat YDP Agong kita berjalan masuk ke dalam Dewan selepas habis majlis di Dataran Istana.

Memula macam pelik, apasal  Agong asyik tengok ke belakang, rupanya YDP Agong nak isterinya berjalan beriringan bukan di belakang.

Aksi 'Sweet' Yang Di-Pertuan Agong Dengan Isteri Semasa Hari Pertabalan YDPA


Dan aksi YDPA yang memegang tangan isterinya antara moment yang betul-betul sweet... Kalah drama cinta kat TV dan novel... Serius!!!

Memang, setiap moment MF lihat, betapa mahabbahnya pasangan ini... Dan dapat melihat juga betapa hormatnya isteri YDPA kepada suaminya. 

Allahu rabbi... Moga Allah merahmati pasangan ini... Dan memberkati usia mereka.

Lelaki Terbaik Menurut Rasulullah s.a.w

Inilah ciri lelaki yang terbaik kata nabi.. Iaitu, lelaki yang berbaik kepada isterinya...

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.” [HR. Ahmad]

4تعليقات

  1. loving sangatkan sbb tu anak2 dia dgn bekas artis tu pun sayang kat dia kann..

    ردحذف
  2. Hehe sweetnya. Terlepas tengok part ni semalam. Rupanya dah trending hehe

    ردحذف
  3. sweet...suka sgt dgn permaisuri yg kali ni.....mesra rakyat sgt.
    daulat tuanku...

    ردحذف
  4. Memang sweet sangat. Tengok berkali-kali pun buat kita sama tersenyum =)

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ