Budaya Menganjing

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Menganjing adalah istilah baru zaman sekarang... Lebih kurang sama makna dengan maksud memerli atau mengejek.

Budaya ni nampak macam biasa, sebab dah jadi budaya... Tapi sebenarnya, budaya negatif ni wajib dielak dalam budaya kita sebagai orang Islam sebab hukumnya berdosa.


Macam mana dikatakan Menganjing tu?


"Saiful, saiful... Kawan kita Amir nak kahwin dah bulan depan. Dia jemput kau datang kendurinya"

- " Amir? Amir yang mana satu ni? Aku ramai kawan nama Amir lah..."

" Alahhh kau ni, Amir classmate kita dulu lah. Yang macam ni (sambil buat gaya mulut jongang kerana Amir itu jongang)."

- " Ohh, Amir tuu...hahaha" okay mekasih Ali, nanti aku datang. Kita gerak sekali la okay"

_______

Al-Muhakah, Umpatan Keji Yang Tersembunyi.

Biasa berhadapan dengan situasi diatas?

Situasi dimana kita nak menggambarkan/describe seseorang lalu kita meniru/melakonkan aib, keburukan atau kekurangan yang ada pada diri seseorang.

Dalam dialog diatas Ali membuat gaya gigi jongang untuk menggambarkan keadaan kawannya amir yang bergigi jongang.

Contoh lain;

Buat gaya berjalan seseorang yang tempang, meniru gaya cakap sengau, buat gaya gagap dan sebagainya untuk menggambarkan atau nak describe keadaan peribadi seseorang.

Perbuatan ini disebut Al-Muhakah. Ia adalah bentuk mengumpat tapi lebih keji & berdosa dari mengumpat.

Walaupun niat untuk describe seseorang, perbuatan ini tetap tidak dibolehkan. Dalam hadith riwayat Al-Tirmizi, Aisyah pernah decribe Safiyyah dengan buat isyarat tangan yang menunjukkan Safiyyah itu pendek orangnya dan Nabi membenci perbuatan itu.

Buat isyarat tangan sebegitu pun dilarang, apatah lagi kalau menggayakan kekurangan orang seperti yang selalu kita lihat hari ini.

Kenapa lebih keji dan berdosa dari mengumpat?

Kerana kita bukan saja bercakap mengenai aibnya malah menggayakan/melakonkan pula aib tersebut di hadapan orang lain hingga ia menjadi suatu bentuk penghinaan yang melampau. 

Apabila empunya badan mengetahui atau ternampak perbuatan itu terhadap dirinya, tentu dia lebih membenci aksi tersebut berbanding jika sekadar bercakap mengenainya.

Al-Muhakah ni dalam bahasa modennya boleh lah difahami sebagai "menganjing orang"

Selalu kita buat kan?

Semoga Allah ampuni salah silap kita jika telah melakukan keburukan ini dan moga kita lebih berhati-hati di masa hadapan.

*Tips:

Kalau kita nak describe seseorang, tak perlu mention aib diri dia. Cakaplah perkara yang mana kita suka jika orang lain cakap yang sama jika describe tentang diri kita.
_____

Kredit
Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir via Page Jalan-jalan Cari Ilmu

Ada juga jenis perangai Menganjing ni kalau typo atau tersasul... Dijadikan bahan Menganjing sampai menghina dan merendahkan maruah orang lain.


Dan lebih malang kalau ada ahli agama yang turut ada perangai macam ni. 

Kita nak Menganjing kan orang, kita tanya balik.. Suka tak kita kalau orang anjing kan kita balik... 

Renungkan.... 

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Kalau kita jaga aib orang, in shaa Allah, Allah akan jaga aib kita.. Sentiasalah mengingati Dia. Amin :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama