GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Suka Betul Mu'allim Dibelai Dengan Asmak Babycare

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Suka Betul Mu'allim Dibelai Dengan Asmak Babycare | Mu'allim, anak bongsu MF dan satu-satu anak lelaki dalam keluarga kami. Dia ni lain dari yang lain sikit... sebab  ada alergik kulit dan ada alergik pada sabun, dan telur masa dia bayi.


Bila macam tu, MF memang cukup hati-hati bab pemakanan dan bab nak belikan sabun, bedak, syampoo untuk bayi... Pernah cuba produk mandian untuk bayi... si kakak pakai ok je.. sekali, bila dia pakai... habis naik ruam dan gatal satu badan... Fuhh... seram...


MF cuba mencari, produk baby yang sesuai dan bebas bahan kimia... Dalam mencari tu, ternampak produk dari MHAM. MF kenal MHAM ni sebab MF memang pengguna setia sejak 3 tahun dahulu. Iaitu sejak anak MF ketiga iaitu Muasyira ada asma. Jadi, MF guna je minyak keluaran MHAM ni sehingga kini.

Owhh.. bagi yang belum kenal... MHAM ialah singkatan bagi Minyak Herba Asmak ... Minyak ni la MF gunakan kalau anak batuk, demam dan selesema... Ada juga MF sapu kalau anak jadi gatal-gatal kat celah-celah badan.


Jadi, bila MF tau ada produk untuk bayi, MF terus nak cuba, sebab kualiti minyak tu MF dah tau kan... Jadi, MF yakin dan dengan izin Allah, produk untuk bayi ni juga bagus.

Suka Betul Mu'allim Dibelai Dengan Asmak Babycare

Alhamdulillah... bila sampai je produk,,, serius... excited... Memang excited sebab satu set siap dengan kotak... Macam dapat hadiah... haha... hadiah untuk diri sendiri...




Terus, buka ada 5 produk penjagaan bayi yang lengkap... Ada syampu (Asmak Baby Care Shampoo), ada bedak bayi (Asmak Baby Powder), ada EO (Asmak Baby Care Essential Oil), ada minyak rambut  (Sevenis Hair Oil), dan ada losyen badan  (Asmak Baby Care Lotion).

Fuhh... cukup lengkap...


Hari tu juga, MF terus gunakan semua produk ni pada Mu'allim... dia pula excited bila tunjuk kat dia.

Mudah je nak guna produk ni... Kalau syampoo tu dah siap sabun sekali... Jadi, tak perlu nak cari lagi sabun badan yang lain sebab memang dikeluarkan syampoo dengan sabun badan dari kepala hingga ke kaki...

Cara Guna Asmak Babycare

Step 1: Asmak Baby Care Shampoo


Mandikan baby dengan Mandian Bayi Asmak dari hujung rambut hingga hujung kaki. Mandian ni pekat tau, jadi picit sikit je dah cukup untuk seluruh badan. Mandian ni memang wangi dan tenang sebab ada bauan ros dan chamomile. Dan ada juga campuran minyak kayu putih, minyak aprikot dan vitamin E yang memang bagus untuk kulit bayi. Memang lembut.

Alhamdulillah, kulit Mu'allim serasi dengan mandian ni... selesa dan tak gatal lagi lepas mandi... sebab tu cukup je time, dia nak mandi... tunjuk je mandian ni, menggelupur dia nak mandi... hehe..


Step 2: Asmak Baby Care Lotion


Dah sudah mandi dan lap baby, sapu pula dengan Losyen Bayi Asmak Baby Care ke seluruh tubuh bayi. Urut dengan kasih sayang sentuhan ibu. Bagus urutan macam ni, bonding antara anak dan ibu. Losyen ni wangi dan menenangkan sebab mengandungi ekstrak minyak halia, bunga portulaka dan minyak cengkih.

Losyen ni juga tak melekit dan terus meresap dalam kulit. Memang melembapkan kulit kering baby, terutama kat lutut, belakang leher dan siku... bukan bayi je, MF pun suka losyen ni.


Step 3: Asmak Baby Care Essential Oil


Lepas dah sapu losyen, sapu pula dengan Essential Oil Asmak di beberapa bahagian badan untuk merangsang emosi bayi terutamanya. Titiskan beberapa titis kat tapak tangan dan sapu kat belakang telinga dan urut perlahan, sapu juga kat tapak kaki disebelah hujung jari dan sapu juga kat pergelangan tangan atau nadi tangan.

Bau EO ni memang fresh dan rasa tenang je... Anak pun selesa dan tak mudah nak meragam dan menjadikan anak mudah tidur.

Dikatakan minyak ni boleh digunakan untuk ibu menyusu untuk merangsang pengeluaran susu ibu. EO ni adalah campuran dari Clove oil (minyak cengkih, nutmeg oil, peppermint oil dan sweet almond oil. Memang sedap bau dia.. MF suka sangat.


Step 4: Asmak Baby Powder


Lepas dah sapu losyen dan EO, sapukan pula Bedak Bayi Asmak pada badan baby. Bau memang wangi sebab bau Lavender essential oil. Bedak ni tak kesat... lembut pada kulit sebab diperbuat dari tanah liat jenis kaolin yang memang bagus untuk kulit.

Antara bahan lain, campuran ekstrak betik dan ekstrak bunga portulaka... Bagus bedak ni untuk anak yang gatal dan rimas berpeluh. Memang kena betul la dengan musim panas sekarang ni kan.


Step 5: Sevenis Hair Oil


Dah siap rapikan badan, akhir sekali rapikan rambut dan kepala baby dengan Sevenis Hair Oil Asmak untuk rambut yang sihat, kuat, bersinar dan lembut. Dan paling penting bau wangi dan fresh tenang je.

MInyak rambut ni diperbuat dari pada campuran light mineral oil, tea tree oil, babassu oil, VCO, olive oil, argan oil. Hah.. semua minyak ada ni... dan semua minyak ni memang bagus untuk kulit dan rambut... So, satu minyak Sevenis Hair Oil ni dah cukup lengkap dah.. tak yah beli yang lain dah.


Memang puas hati dengan produk penjagaan bayi dari Asmak Babycare ni... Dah la complete semua dari hujung rambut hingga hujung kaki, wangi pula tu... Harga pun berpatutan... memang best betul la...

Paling penting, semua produk ni takde campuran bahan kimia... semua bahan semulajadi yang dijamin selamat untuk bayi... Takde paraben, takde pewarna sintetik dan bahan kimia lain yang berbahaya.


MF memang rekemen sangat la bagi yang tengah survey barang penjagaan bayi ni. Bagi yang tengah tunggu hari nak bersalin tu kan... boleh beli ni satu set... Nanti dapat 1 kotak macam kotak hadiah... Best apa... terapi tu kan.. mesti lagi eksited nak bersalin... hhaha...

Atau bagi yang nak bagi hadiah kat kawan yang baru bersalin pun sesuai sangat sebab kotak tu memang cantik dah... dengan harga RM159 beli, sangat berbaloi set penjagaan bayi Asmak Babycare ni...


Kalau korang nak beli, boleh contact info kat bawah ni:

Website -
https://Asmakbabycare.com
https://mham.com.my
https://asmak.com

FB page – Asmak Baby Care
IG – asmak.babycare
Hotline – 019-9708897
www.wasap.my/60199708897


1تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ