GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 Tanda Kemurungan yang tak boleh diabaikan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


8 Tanda Kemurungan yang tak boleh diabaikan! | Tadi pagi terbaca satu berita seorang adik kena bunuh oleh abang yang alami kemurungan. 

Kemurungan bukan satu lakonan, tapi sebenarnya satu penyakit mental yang tak boleh diabaikan dan dipandang ringan.

Kalau kita tengok macam normal je orang yang sakit ni... Tapi sebenarnya mereka alami kemurungan. 

Jom kita tengok 8 tanda kemurungan yang tak boleh diabaikan. Mungkin 8 tanda ini ada pada diri kita sendiri tanpa sedar.

1. Cepat marah

Mudah marah dan marah pada benda yang remeh. Ini juga terjadi sebab tekanan yang keterlaluan. 

2. Hilang minat kepada perkara rutin

Orang yang alami kemurungan dah tak minat buat hobi yang dia suka. Apa yang dibuat rasa semuanya tak kena. 

3. Rasa bersalah, gagal dan malang pada diri sendiri

Sering menyalahkan diri sendiri. Ini selalu terjadi kerana punca kepada kemurungan yang dialami.

4. Sukar untuk fokus dan buat keputusan serta kerap lupa

Orang yang ada kemurungan akan hilang fokus dan sukar but keputusan. Dia juga boleh jadi kerap lupa walaupun pada benda-benda yang simple saja.

5. Hilang selera makan

Orang yang selalu dan kuat makan tetiba tak de selera makan hingga susut berat badan, mesti ada sesuatu sangat kan. Mungkin itu juga salah satu tanda kemurungan.

6. Sedih yang berpanjangan

Orang yang ceria tetiba mudah sedih ... Benda yang remeh rasa jadi berat bagi orang yang alami kemurungan ni 

7. Gangguan tidur

Kemurungan buatkan seseorang sukar untuk tidur malam. Bahkan menjadikan dia tak cukup tidur. 

8. Gangguan pada fizikal

Lenguh, mudah letih, lesu serta gangguan pencernaan yang berpanjangan walaupun mendapatkan rawatan.
 
Jangan Abaikan 8 Tanda Kemurungan Ini!
Jangan Abaikan 8 Tanda Kemurungan Ini! 

Wanita mudah alami penyakit kemurungan . Kemurungan ni satu penyakit yang bahaya kalau tak dikawal.

Sebab tu wanita ni.. Kena dekatkan diri dengan Allah.. Zikir jangan lekang dari bibir...

Cari kawan yang positif... Kena cukup tidur dan rehat dan kena ada tempat luahan perasaan. Bukan apa.. Takut melekat dengan penyakit kemurungan ni.

Jangan Abaikan kalau ada salah 1 atau lebih dari 8 Tanda di atas. Dapatkan rawatan segera. 

3تعليقات

  1. akak baca ni terus teringat adik akak, ada sorang yg selalu murung, selalu berkurung dlm bilik...
    masa kami balik kg pun dia selalu berkurung kt bilik, kadang kami ajak mkn sama pun dia asik tido je... dia selalu mcm rasa rendah diri.... dia sorang je yg tak msk U tp dia sambung tingkatan 6, n ada bebrapa perkara yg bt dia terlalu rendah diri...

    pastu kadang dia suka up status yg mcm org kemurungan... tp sbb akak jauh susah sikit, blh wassap or call tp dia tak angkat pun... risau jgk

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ