GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Khasiat Teh Serai Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Khasiat Teh Serai Yang Mungkin Ramai Tak Tahu | Serai, semua orang tau dan kenal kan..

Serai ni satu dari bahan masakan sebagai penambah perisa dan pewangi dalam masakan.

Tapi, kita sendiri tak tau... Rupanya ada khasiat yang baik untuk badan si serai ni rupanya.

Khasiat Teh Serai Yang Mungkin Ramai Tak Tahu


Siapa sangka, tumbuhan yang tumbuh merimbun di tepi jalan di Malaysia ini mendapat perhatian hebat di Israel!

Benny Zabidov, seorang ahli botani berasa hairan mengapa begitu ramai pesakit kanser dari seluruh Israel datang menyerbu ladangnya untuk mendapatkan serai.

Rupa rupanya, ia merupakan respon dari penemuan pengkaji dari Ben Gurion University yang menemui kesan antikanser pada serai. Kajian tersebut mendapati aroma dari herba citrus seperti serai mampu membunuh sel kanser tanpa menjejaskan sel sel yang sihat.

Kajian makmal tersebut mendapati, sel kanser yang di kaji di dalam tabung uji "bunuh diri" mengunakan mekanisma apoptosi iaitu sejenis program yang membunuh sel sel secara semula jadi.

Sejak itu, ladang serai beliau perlu menghasilkan beratus ratus kilo serai setiap minggu untuk memenuhi kehendak pasaran tempatan.

⚠ Kajian ini masih di peringkat awal ya, jangan ada pesakit kanser yang enggan dapatkan rawatan semata mata mahu mengambil serai 🙏
.

Selain dari potensi fungsi antikanser, serai juga memiliki pelbagai manfaat dan khasiat lain. 

Manfaat lain serai adalah;

✅ Membantu penghadaman
✅ Mencegah ulser perut
✅ Membantu gejala PMS
✅ Membantu mengawal tekanan darah
✅ Mengurangkan berat badan
✅ Antioksidan
✅ Antikuman
✅ Antiradang

Khasiat Teh Serai Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Cara dapatkan khasiat serai

Tak perlu membeli supplement khas atau jus campuran serai, kita boleh dapatkan manfaat serai dengan hanya mengamalkan teh serai setiap hari.

Sediakan 1 cawan air panas, masukkan 1-3 sudu hirisan serai (segar atau kering). Biar selama 5 minit dan teh serai telah sedia untuk di minum!

Serai tumbuh dengan mudah dan boleh didapati dengan harga yang murah di pasar.

Ianya juga SELAMAT diambil dalam bentuk pemakanan, sapuan ke kulit dan sebagai terapi aroma.

Amazing sungguh khasiat serai !

* Walaubagaimanapun, masih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengetahui keberkesanan serai kepada kesihatan khususnya dalam fungsi anti kanser.

Kena dapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan tips ini.

Sumber:
https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-719/lemongrass
https://www.thieme-connect.com/DOI/DOI?10.1055/s-2005-864146
https://www.israel21c.org/fresh-lemon-grass-fields-in-israel-become-mecca-for-cancer-patients/

Kredit: Facebook Public Health Malaysia 

Tak sangka pula ada sifat anti kanser dalam serai ni.

Kalau serai wangi... Tau la.. Khasiatnya untuk halau serangga dan haiwan perosak seperti lipas dan tikus...

Tapi rupanya serai biasa pun berkhasiat juga untuk kita.

Lepas ni nak try pula la teh serai.. Hmmm.. Apa rasanya agaknya... 

1تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ