GuidePedia

6
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Awas! Dalam Tandas Pun Ada CCTV

MENJAGA TANDAS AWAM.

Tandas awam di anggap sesuatu yang remeh sebab itu ramai orang tidak begitu cuba menjaga kebersihan. Kebersihan tandas samada tandas itu di rumah kita atau awam, kita patut sama-sama menjaga kebersihan agar orang lain tidak geli untuk menggunakan.

Adakah kita suka sisa-sisa najis kita dilihat orang? Jika tidak, jagalah kebersihan. Prinsip asal kebersihan ialah pakaian. Dari pakaian seterusnya sekeliling kita. Firman Allah taala:-

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

“Dan pakaianmu, bersihkanlah."
(Al-Muddatstsir : 4)

Sesungguhnya jika ada perasaan malu kita tidak akan membuat sesuatu dengan sesuka hati kita. Perasaan malu membuat kita akan berhati-hati untuk melakukan sesuatu yang melawan arus.

عَنْ أَبِيْ مَسْعُوْدٍٍ اْلأَنْصَاريِ الْبَدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ((إِنَّ مِـمَّـا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِِ النُّبُوَّةِ اْلأُوْلَى : إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ ؛ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ)). رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Dari Abu Mas’ûd ‘Uqbah bin ‘Amr al-Anshârî al-Badri radhiyallâhu ‘anhu ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, "Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu." (HR Sahih Bukhari, no. 3483, 3484, 6120)


Jangan kita lupa "cctv" Allah sentiasa merakam apa yang kita lakukan. Mungkin sekarang orang tidak tahu apa yang kita lakukan namun di akhirat nanti, apa yang kita buat akan dipertontonkan di khalayak ramai. Adakah masa itu kita perlu rasa menyesal?????

Jagalah kebersihan itu yang di ajar oleh agama kita. Jangan jadikan kebersihan itu sebagai sesuatu yang remeh dan hanya untuk setengah-setengah keadaan tetapi biarlah kebersihan itu menjadi tabiat kita semua. Wallahualam.

Kredit: Page Kempen Semak Hadith Sebelum Sebar

Lebih malang, tandas masjid pun kotor... Kadang rasa tandas dan surau kat shopping mall yang tauke nya dah tentu bukan Islam, lagi bersih dari tempat orang Islam. Bukan nak back up kan.. Tapi realiti nya begitu kan....

Sikap ambil berat bab kebersihan kat Malaysia ni masih rendah... Sebab tu kita susah nak maju.. Bab sampah dan jaga kebersihan tandas pun tak settle kan.... Macam mana nak settle hal yang lebih besar...

Memalukan Islam itu sendiri... Sedangkan Islam ni agama yang suci dan sangat pentingkan kebersihan.

Kebersihan itu sebahagian daripada iman...



Jika tak bersih tak sah ibadah... Jadi, kenapa tidak kita didik didik diri, anak kita keturunan kita supaya jaga kebersihan...


Bukankah itu yang dituntut agama...


Jika kita sedar CCTV ALLAH itu ada di mana-mana, pasti kita malu dan takut nak buat dosa... Hatta nak tinggalkan najis Kat tandas awam kan...


Sumber gambar : Google images 
Thanks for reading: Awas! Dalam Tandas Pun Ada CCTV

Catat Ulasan

  1. em..,mereka yang kurang iman je kot yang selalu lakukan perkara lagha ni.Mudah mudahan kita semua tak terjebak begitu.

    BalasPadam
  2. betul tu, ada some masjid yang saya singgah tapi bila gunakan tandas masjid tersebut...erm susah nak komen

    BalasPadam
  3. Betul...sepatutnya kita dah ada sikap sensitif terhadap kebersihan dari awal lagi. It's normal bila kita dah guna tandas kita kena bersihkan balik. Walaupun dah ada sticker peringatan tapi still tak boleh nak ikut.

    BalasPadam
  4. Menarik betul kartun2 tu. Mana boleh baca lagi ye

    BalasPadam
  5. Kebersihan tanggungjawab bersama..kalau semua org amalkan kehidupan yang bersih, pastinya CCTV yang dimaksudkan tak perlu dipasang..

    BalasPadam
  6. bab tandas masjid n surau yang kotor tu memang takleh nak sangkal. minoriti tapi wujud. hopefully makin lama mentaliti makin okay =(

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

 
Top