GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Legaaa.... Gaji Bulan Julai 2018 Diawalkan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Legaaa.... Gaji Bulan Julai 2018 Diawalkan | Berita gaji bulan Julai di awalkan dah heboh masa belum raya lagi.

Tapi seperti biasa, berita macam ni payah nak di percaya... Jadi, MF biar je la.. Tau sendiri je...

Tapi lepas raya baru tanya kat kerani, dan kerani sahkan bahawa berita tu betul dan dah keluar surat pekeliling dari pihak Jabatan Akauntan Negara.

Legaaa.... Gaji Bulan Julai 2018 Diawalkan

Gaji awal Julai 2018
Legaaa.... Gaji Bulan Julai 2018 Diawalkan

Alhamdulillah... Dan insha Allah gaji penjawat awam diawalkan dari 25hb Julai 2018 kepada 18 Julai 2018.

Diawalkan seminggu sebab jarak masa yang lama sangat antara gaji bulan Jun dan Julai.

Alhamdulillah, pasti berita ni memberi senyuman kepada yang memang 100 peratus makan gaji...

Bagi yang ada side income tak payah kecam orang yang menunggu gaji ni...

Bila sebut bab gaji ni kira nak kecam orang je..

Syukurilah dengan rezeki masing-masing. Tak perlu nak mendabik dada gaji korang tak berusik kerana side income atau bisnes korang ye... Kesian sangat orang begini...

Bagi MF, alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah... Gaji awal ke gaji biasa ke.. MF yakin rezeki dari Allah tu ada untuk anak-anak kami. Insha Allah...

Kerana Allah sebaik-baik pengatur rezeki... 

3تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ