2018 - Maria Firdz - Lifestyle Blogger

Disember 31, 2018

Travelog Cuti 2018 Part 2 – Perjalanan Bermula, Banyak Persinggahan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Travelog Cuti 2018 Part 2 – Perjalanan Bermula, Banyak Persinggahan | Biasanya kami travel malam... tapi kali ni, pepagi lagi kami dah bersiap...

Berangan nak bergerak awal.. Tapi... main dengan ragam anak-anak jam 11 pagi jugalah baru gerak dari rumah.

Memandangkan dah nak tengah hari... kami rancang makan tengah hari di Restoran Kari Kambing 40 hari.

kari kambing 40 hari

Sebab utama pilih restoran ni, sebab dah sejalan je nak menuju ke utara kan... jadi.. terus aje...
Seperti sebelum ni... MF dah pernah review di entry ini:


Kali ni pun kami beli bungkus juga... sebab ramai orang.

Cuma komen MF, rasanya dah semacam dulu... dan daging kambing sedikit liat... Mungkin banyak faktor la kan rasa tak sama kan...

Apa pun... selesai isi perut... singgah solat di RnR berdekatan sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.

Singgah Bermalam di Bentong, Pahang

Perjalanan diteruskan... Lepas singgah solat Jamak dan Qasar di RnR, kami teruskan perjalanan.
Perjalanan hampir waktu maghrib...

Layan jalan jem di Kuala Lumpur...
Seperti biasa.. kami exit tol Serdang, lalu Sg. Besi dan masuk ke MRR2 untuk tembus ke Highway Karak.

Alhamdulillah... menggamit memori...

Kenangan 5 tahun di Kuala Lumpur dulu... selalu sangat layan Highway Karak... Tapi lepas pindah dah tak lalu...

Banyak perubahan dah jalan tu...
Dah ada KFC la... stesen minyak pun bertambah... macam kehairanan dah memasing... haha...

Sambil suami layan corner, MF misi mencari hotel...

Memula nak inap di hotel biasa kami inap di Bentong... Tapi, MF saja cadangkan hotel lain.. ubah selera kan..

Akhirnya, kami pilih Hotel Tras Mutiara di Bentong, Pahang.

hotel bajet

Selamat sampai jam 7 malam... selesai check in, kami rehatkan diri di hotel...

Next entry MF akan review hotel ni ye..

Stay tune... 

Yang terlepas kisah Travelog 2018 kami... Boleh baca di sini:




Disember 30, 2018

Cara Mudah Buat Steamboat Sendiri Kat Rumah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Mudah Buat Steamboat Sendiri Kat Rumah | Gara-gara bosan makan nasi... Semalam tekad nak makan selain nasi...

Alhamdulillah... Bertahan tak makan nasi... Haha...

Rasa nak terkeluar balik kalau makan nasi... Ntah kenapa kan... Opss.. Tapi bukan sebab mengandung ye.. Jangan nak fikir lain... Haha...

Mungkin niat nak amalkan diet sihat dan kurangkan makan nasi tu.. Menjadikan otak set macam tu...

Sekarang ni, makan nasi sikit je... Sesenduk je.. Lauk banyak.. Sayur banyak... Nak amalkan #sukusukuseparuh katanya..

Jadi, cakap dengan suami.. Apa kata kita buat Steamboat.

Suami pun ikut je.. Dan terus belikan bahan.

MF pula ready bahan untuk buat sos steamboat...

MF buat Steamboat yang paling mudah dan ringkas.

Nak makan Steamboat tak susah... Cuma kena buat sos dia tu aje...

Cara buat Steamboat mudah
Sumber : Google images 

Cara Mudah Buat Steamboat Sendiri Kat Rumah

Cara buat sos steamboat

Bahan-bahannya :

  • 10 biji cili besar merah (buang biji) 
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar cuka epal (guna cuka biasa pun boleh tapi kurangkan sukatannya sebab nanti terlebih masam)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sunquick oren
  • 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air untuk elakkan berketul)
  • 1 Cawan air
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Bijan yang disangai (goreng tanpa minyak)
  • Daun ketumbar (optional - MF tak letak pun sebab terlupa nak beli)

Resepi sos steamboat

Cara membuatnya

  1. Kisar cili besar dan bawang putih hingga halus.
  2. Kemudian, masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga semua bahan-bahan yang lain kecuali bijan. 
  3. Masak atas api, hingga kuah jadi pekat.
  4. Dah pekat, boleh lah masukkan bijan dan daun ketumbar. 
  5. Siap untuk dimakan bersama sup... 


Untuk sup MF buat perisa Tom yam..

Caranya pun mudah sangat...

  • Didihkan air... 
  • Kemudian masukkan pes tom yam dan sedikit garam. 
  • Kemudian masukkan aje bahan-bahan seafood macam bebola ikan, fishcakes, koktail ayam, bebola daging, isi ketam, sayur kangkung atau apa sahaja je bahan-bahan yang kita rasa nak makan kan.. 


Kemudian didihkan dalam 3 minit hingga masak.

Cara Mudah Buat Steamboat Sendiri Kat Rumah

Dah siap boleh dimakan.

Celur mee atau bihun dan hidangkan bersama sup dan sos steamboat...

Siap...

Memang simple je...
Tapi... Alhamdulillah.. Kenyang...
Berkali mengulang makan hingga ke malam... Puas rasa buat sendiri..

Nak pergi makan kat restoran... Al maklumlah... #makanak4 ni... Ada yang terjun dalam sup nanti... 😂😂😂

Jadi buat sendiri puas hati dan dapat makan berulang kali...

Bahan pun banyak lebih lagi... Insha Allah... Buat lagi lain kali....

Kot ada yang nak cuba.. Boleh lah mencuba ya.. Simple saja kali..

Homemade steamboat dengan Sos steamboat yang mudah...

Disember 29, 2018

Travelog Cuti 2018 Part 1 – Persediaan Baju Sedondon dan Family Car

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Travelog Cuti 2018 Part 1 – Persediaan Baju Sedondon dan Family Car | Setelah setahun menunggu anak membesar, akhirnya kami suami isteri bertekad nak jenjalan lebih sikit cuti sekolah hujung tahun ni.

Asalnya tiada perancangan lain, melainkan nak balik kampung di Baling, Kedah aje.

Namun, setelah difikirkan... MF suarakan impian nak jenjalan ke Kelantan... Sebab MF tak pernah sampai lagi ke Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Harapan MF disambut baik oleh suami.

Diakhir-akhir nak cuti banyak pula baju orang tempah... sekali lagi, kami cadang nak buat baju sedondon... Tapi tak lama pun... akibat sibuk urusan seharian, perancangan tu tergendala.

Tapi, sehari dua lagi nak bercuti, kami teruskan perancangan buat baju sedondon.

Buka laci, cari aje baju dengan saiz yang semua ada... akhirnya gabungan merah dan aqua blue menjadi pilihan baju sedondon kami.

Dari pagi hingga ke malam, gigih en.suami siapkan baju ni...

Baju MF diubah jadi baju t-shirt potongan kembang ke bawah...

Baju anak-anak perempuan kami tambah dengan lengan panjang dan labuhkan.

baju family day

Siap akhirnya bab baju sedondon.

Travelog Cuti 2018 Part 1 – Persediaan Baju Sedondon dan Family Car

Kemudian, persediaan family car..

Asalnya nak naik viva je untuk jelajah ke Kelantan...

Tapi setelah difikirkan.. akhirnya naiklah MPV juga... Exora je pun...

Selepas ditelek dan difikirkan cara untuk anak-anak selesa... Akhirnya, kami ambil keputusan untuk kosongkan bahagian tengah. Seat tengah dicabut... tinggal seat belakang je..

Dihamparkan toto dua lapis dan diletakkan bantal kiri kanan...

Alhamdulillah.. siap dah Baju dan kereta...

Next step... tunggu part seterusnya...

Stay tune... to be continued



P/s: baru datang mood nak up kisah cuti... insha Allah.. ada banyak part cuti kali ni.. simpan sini sebagai kenangan terindah

Disember 28, 2018

Serum dan Pencuci Muka Hanya Dalam Satu Dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Serum dan Pencuci Muka Hanya Dalam Satu Dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser | Satu rutin kecantikan yang MF tak boleh tinggal ialah guna pencuci muka bila mencuci muka.


Bila dah berusia ni, lagilah terasa nak guna pencuci tu dengan kerap sebab dah pandai tempek macam-macam kat muka (make-up).


Bila ada yang kata bila usia 30-an dah kena belajar pakai serum, hadoii.. nak pakai serum apa pula ni... mana reti nih...


Tapi, bila nampak produk dari Althea, yang dikatakan ada fungsi 2 dalam 1, serum dan pencuci hanya dalam satu, memang MF teruja nak mencuba.

serum dan pencuci


Serum dan Pencuci Muka Hanya Dalam Satu Dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser

Pertama kali mencuba, wow!... rasa macam lembut kat kulit... sejuk je...

Dan MF cuba lagi jadikan rutin harian mencuci muka selepas make up dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni...


Memang best giler... Rasa macam serum dan cecair pencuci bertindak segera... Memang terasa...


Rasa bersih muka lepas gunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni... Sebab memang dia cuci terus dari dalam.

Serum sekali dengan pencuci
Bintik-bintik hitam dan kesan bedak kita pakai, tertanggal dengan mudah.


Produk dari korea ini, memang tak payah risau... diorang tak guna bahan kimia... Tak kan rasa iritasi atau pedih pada kulit... rasa sejuk dan ringan ke kulit lepas guna Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni.


Memang tak menyesal lah guna produk ni... Memang MF pun cadangkan kawan MF guna... sebab bagi yang suka make up tu, bagus sangat... dia boleh rawat kulit dari dalam... Kulit lagi bersih dan segar.

Botolnya pun cantik dan comel... senang nak bawa ke mana-mana. Baunya pun wangi dan menenangkan.

Antara Bahan dan Kandungan

Ekstrak daun pudina 
Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan

Minyak benih Jojoba 
Melembapkan dengan teruk apa-apa kekeringan tanpa merasa berat

Ekstrak daun pokok teh 
Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit

Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

Berat produk
150ml

Harga produk
RM33.00

Untuk dapatkan produk Althea Pore Purifying Serum Cleanser, boleh KLIK SINI

Biarlah Kulit Tak Cerah, Asalkan Tak Kanser Masa Akan Datang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biarlah Kulit Tak Cerah, Asalkan Tak Kanser Masa Akan Datang | Sekarang ni orang sibuk nak putihkan kulit.

Kalau kita orang Asia ni.. Kulit kita kebanyakan jenis sawo matang... Warna coklat cerah. Kalau yang berkulit putih tu kebanyakan dah ada campuran atau kacukan bangsa lain.

Tapi, orang kita tak boleh.  Sebab pengaruh citer Korea kuat sangat... Usaha nak jadi putih melepak macam orang Asia Latin, tak pun orang Korea.

Sanggup aje makan dan sapu pelbagai krim pemutih.
Lebih ekstrem sanggup cucuk sana sini sebab nak putih...

Tapi... Buat yang sedang usaha nak putih kan kulit atau nak kulit cerahkan kulit..  Baik korang fikirkan semula..

Ada sebab Allah jadikan kita berkulit macam tu...

Biarlah Kulit Tak Cerah, Asalkan Tak Kanser Masa Akan Datang

Biarlah Kulit Tak Cerah, Asalkan Tak Kanser Masa Akan Datang

Tahukah anda, setiap ciptaan dan kejadian Tuhan itu memang ada kepentingan dan keperluannya.

✅ Melanin adalah sejenis pigmentasi kulit yang menentukan warna kulit manusia. Ia berfungsi untuk melindungi kulit dari bahaya sinaran UV dari matahari.

✅ Apabila anda menggunakan produk pemutihan, ia berfungsi dengan mengurangkan melanin untuk menjadikan kulit kelihatan lebih cerah.

✅ Namun, ia  mengakibatkan kulit anda “hilang” perlindungan semulajadi ini lalu menyebabkan risiko kanser kulit meningkat.

✅ Selain itu, Obsesi sesetengah wanita kepada kulit cerah juga mengakibatkan mereka tidak keluar dari teduhan dan langsung tidak mahu keluar dari rumah/ pejabat pada siang hari.

✅ Hal ini mengakibatkan badan kekurangan Vitamin D yang dihasilkan oleh tubuh dari sinaran cahaya matahari pagi.

✅ Kekurangan vitamin D mengakibatkan banyak masalah kesihatan termasuk penyakit metabolik, masalah mental, kerapuhan tulang dan banyak lagi.

✅ Kulit sawo matang (yang menjadi kegilaan wanita eropah) sebenarnya adalah satu “Kurnia” buat masyarakat asia.

Hargainya dan tampil yakin dengan kurnia Tuhan buat kita semua  😘

Kredit : Page Public Health Malaysia

Hidup kita dinilai bukan dari cantiknya rupa paras.. Kalau muka cantik putih pun perangai tak elok... Tetap tak elok juga. 


Disember 27, 2018

Doa Diberikan Hidayah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Doa Diberikan Hidayah

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى


Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta)." (HR Muslim No: 2721) Status: Hadis Sahih


 Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf dan ghina.

2. Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.

3. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.

4. Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.

5. Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: mengatakan, “”Afaf bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al-ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.”

6. Berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita seperti:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan serta tidak meminta-minta)


Rasulullah mengajar kita agar meminta empat perkara dalam doa ini:

a. Al-huda iaitu petunjuk dalam ilmu dan amal.

b. Al-taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.

c. Al-afaf iaitu dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.

d. Al-ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qonaah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.

 JOM amalkan doa ini. Moga Allah menganugerahkan kita dengan petunjuk yang akan memandu kita menjadi orang yang bertakwa serta memiliki sifat yang menjauhkan kita dari yang haram dan sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada.

Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Jangan rasa kita lahir sebagai orang Islam, mati pun sebagai Islam. 

Iman kita boleh berborak balik jika kita tak jaga hati, tak jaga amalan dan jaga iman kita. 

Jadi, sentiasalah mohon hidayah Allah... Agar kita istiqamah. Dan mati dalam keadaan husnul qatimah. 

Disember 26, 2018

Motivasi Pagi - Positif Dengan Allah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Motivasi Pagi - Positif Dengan Allah

Positif Dengan Allah

 Dalam menjalani hidup yang berbagai bentuk mehnah dan tribulasinya, satu perkara yang penting bagi kita namun sering kita lupa, iaitu untuk senantiasa berbaik sangka terhadap Sang Maha Pencipta, Allah Yang Maha Esa lagi Maha Sempurna.

Berbaik sangka kepada Allah adalah kunci bagi menghadapi segala kekangan dan rintangan hidup.

Manusia yang penuh kekurangan, seribu satu kelemahan, pun kita dituntut oleh agama untuk sentiasa berbaik sangka. Lalu, apalagi terhadap Allah Yang Maha Sempurna Dan Maha Suci daripada segala sifat kekurangan?

Mungkin kita lupa, satu kisah yang selalu kita baca dan disebutkan sendiri dalam al-Qur'an, kisah Ibu Musa a.s.

Dalam surah Thaha (surah ke 20, ayat ke 39), Allah menyebutkan (yang bermaksud):

"(Iaitu) letakkanlah dia (Musa) di dalam peti, kemudian hanyutkanlah dia ke sungai. Maka biarkanlah (arus) sungai itu membawanya ke tepi. Dia akan diambil oleh (Fir'aun) musuhku dan musuhnya".

Ketika Fir'aun menitahkan supaya anak-anak lelaki Bani Israil ditangkap dan dibunuh, ibu Nabi Musa a.s mengambil langkah menghanyutkannya ke sungai. Apa yang mendorong beliau untuk berbuat sedemikian? Padahal, jika menghanyutkan anaknya ke sungai, risikonya tetap sama dengan menunggu Fir'aun datang membunuhnya. Boleh jadi anaknya mati tenggelam dan lemas, boleh jadi anaknya dimakan binatang buas. Lalu, kenapa ibu Musa a.s begitu tekad melakukan sedemikian?

Semua itu adalah kerana dia berbaik sangka pada Allah 'Azzawajalla. Hasilnya, Musa menjadi Nabi yang terulung dalam kalangan Bani Israil. Semua itu bertitik tolak daripada berbaik sangka terhadap Allah Ta'ala.

Sekalipun permulaannya kelihatan berat dan memerlukan pengorbanan yang besar, korbankan jiwa dan perasaan. Namun, natijahnya adalah kemenangan.

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Ahmad dan lain-lain daripada Abi Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya berbaik sangka terhadap Allah Ta'ala termasuk sebaik-baik ibadah". (Hadith tersebut dinilai hasan oleh al-Muhaddith al-Syeikh 'Abd al-Qadir al-Arnauth. Lihat: Jami' al-Ushul oleh al-Imam Ibn al-Atsir, juz 11 m/s 693, hadith no 9331. Tahqiq oleh al-Syeikh 'Abd al-Qadir al-Arnauth. Cetakan tahun 1392 H/1972 M. Maktabah al-Hilwani, Helwan)

Al-Imam Sufyan al-Tsauri ketika menafsirkan ayat (yang bermaksud):

"Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik". (Surah al-Baqarah, surah ke 2, ayat ke 195)

Kata al-Imam Sufyan al-Tsauri menafsirkan maksud "berbuat baik" tersebut:

"Berbaik sangkalah kamu terhadap Allah". (Husn al-Zhan Bi Allah oleh al-Imam Ibn Abi al-Dunya, m/s 85, riwayat no 140. Tahqiq oleh 'Abd al-Hamid Syanuhah. Cetakan pertama, tahun 1413 H/1993 M. Muassasah al-Kutub al-Tsaqafiyyah, Beirut)

Mulakan langkah awal kita dalam menuju kemenangan dengan bersangka baik dan positif terhadap Allah!👍🏻

Wallahua'lam.

Kredit :Page Jalan-Jalan Cari Ilmu.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Allah tahu kita mampu.. 

Allah tahu kita kuat.. 

Semuanya atas urusan Allah... 
Allah Yang gerakan untuk jadi begitu dan begini... 

Redha dan sangka baik dengan Allah... 

Insha Allah... Semuanya akan baik-baik sahaja. 

Disember 25, 2018

Khasiat Tersembunyi Buah Markisa Yang Ramai Orang Tak Tau

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pernah makan buah markisa? Kenal ke tak...

Tak ramai yang kenal buah markisa ni. MF rasa buah ni buah hutan asalnya. Tapi sekarang dah dikomersialkan sebab ada khasiat yang tersendiri.

Dulu kat kampung MF, memang tumbuh melata je pokok ni...

Musim buah, MF petik dan terus makan.

Rasa masam-masam manis..  Nak lagi sedap... Tabur sikit garam halus dan makan. . Fuhhh.. Slruuppp... Terliur plak...

Sekarang ni payah juga nak dapatkan buah ni.

Buah ni ada dua jenis setakat yang MF tau. . Jenis kulit warna puprle dan satu lagi warna kuning. Rasanya sama je... Cuma warna kuning ni jenis airnya banyak dan sesuai dibuat jus.

Buah Markisa ni banyak khasiatnya juga... Tapi tak ramai yang tau.

Khasiat Tersembunyi Buah Markisa Yang Ramai Orang Tak Tau 


Buah Markisa atau dikenali sebagai Passion Fruit. Bahasa botaninya ‘Passiflora edulis’. 

Ia bukan ubat, tetapi bagus diamalkan kerana mengandungi banyak vitamin terutama mereka yang ada masalah penyakit kronik. 

Ambil secara bersederhana. Jika berlebihan ia mungkin memudaratkan. 

Ia  sangat kaya dengan vitamin vitamins A (1274 IU 43%) dan vitamin C 30 mg 50%), potassium (348 mg 7%) , dan fiber (10,40 g 27%) dan mempunyai 16 calories dalam setiap biji. 

Ia boleh dimakan begitu saja, atau sebagai jus atau dijadikan salad dicampur dengan sayur-syuran yang lain.

Sangat baik untuk pesakit terutama yang ada mengalami masalah saraf.

Kredit: Facebook Dr Zubaidi
#dietdrzubaidi 
#nutrisidrzubaidi 

(Sumber: USDA National Nutrient data base)

Jadi, yang ada masalah saraf... Sakit lutut ke... Sakit lengan... Selalu ada masalah sakit urat bagus amalkan buah ni... Cuma jangan tanya kat mana nak beli.. MF pun tak pasti... Hehe...

Tapi kat Johor ada satu ladang Markisa di UK Farm... Boleh makan dan beli kat sana... 

Disember 24, 2018

Jangan Nak Puji Lebih-lebih

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Puji lebih dipanggil bodek...

Puji boleh tapi pada perkara yang benar sahaja...

Kalau tak benar... Jangan memuji semata-mata nak ambil hati...

Puji nampak bagus tapi ada kesan tak bagusnya juga...

Puji boleh menjadikan diri seseorang itu ujub dan riak dalam tak sedar....

Walaupun asal niat kita bukan nak dipuji... Tapi bila orang puji. . Akan datang syaitan mencucuk... Nauzubillah..

Orang beriman akan takut dengan pujian. . Kerana pujian boleh menggelincirkan niat yang suci...

Jadi, Hati-hati dengan pujian... Dan jangan puji berlebihan dan dusta...

Sekian,. Semoga bermanfaat... 

Disember 23, 2018

Berapa Banyak Masa Kita On Facebook? Ini Caranya Kalau Nak Tau!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berapa Banyak Masa Kita On Facebook? Ini Caranya Kalau Nak Tau! | Setiap hari mesti tak lepas dari kita on Facebook kan... Kecuali lah Facebook kita ditutup kan...

Tapi kalau blogger, media sosial influencer atau online seller, pasti akan bukan Facebook setiap hari.

Hari-hari buka Facebook, tau tak berapa banyak masa kita boleh habis kat Facebook aje..

Sekarang ni boleh tengok dah.. Berapa banyak masa kita habis kat Facebook.

Caranya mudah je...

Kat sebelah kanan tu... Ada 3 garis tu.. Klik situ..

Lepas tu klik kat Setting & Privacy

Kemudian klik kat Your Time On Facebook.

Lepas klik situ, dapatlah tengok masa purata yang kita on Facebook.



Moga setiap masa yang terdetik di Facebook.  Beri manfaat untuk kita dan orang lain.

Gunakan Facebook dengan bijak dan berpahala.

Semoga bermanfaat. 

Gulai Asam Kepala Ikan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Gulai Asam Kepala Ikan | Lama betul tak share resepi kat blog ni.

Memang mood memasak ke laut sejak mula cuti hari tu... Ni dah lepas cuti dah.. Jadi kenalah memasak semula.

Lama tak memasak, boleh hilang skill... Jadi, kena rajin balik memasak... Kalau tak jenuh la kan nak asah semula.

Hari minggu, tiada apa yang istimewa... Bila suami bawak balik kepala ikan dari pasar.. Takde menu lain yang terlintas melainkan kari.

Tapi rasa bosan makan kari... Dan nak kurangkan menu yang berlemak kan.. Jadi, MF tukar kepada menu Gulai Asam.

Tak susah menu ni... Sama macam kari cuma takde guna santan.

Jom tengok bahan dan cara nak masak menu ni.

Gulai Asam Kepala Ikan

Gulai Asam Kepala Ikan
Gulai Asam Kepala Ikan

Bahan-bahannya:


  • Kepala ikan (cuci bersih, guna asam jawa atau limau untuk hilangkan bau hanyir kepala ikan)


  • Bawang merah (ditumbuk) 
  • Bawang putih (ditumbuk) 
  • Rempah ratus (kulit kayu manis, jintan, buah pelaga, bunga cengkih, lada hitam, bunga lawang dan ketumbar)
  • Daun kari
  • Serbuk kari ikan + 2 sudu besar serbuk kari daging (bancuh dengan air suam hingga jadi pes kari) 
  • Air asam jawa
  • Tomato (dibelah 4)
  • Air 
  • Gula dan garam sebagai perasa.


Cara memasak :


  1. Tumiskan rempah ratus dan daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang yang ditumbuk dan tumis lagi hingga agak garing.
  3. Kemudian, masukkan pes kari, dan tumis hingga agak garing.
  4. Kemudian masukkan kepala ikan dan kacau rata. Lepas tu baru masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih. 
  5. Kemudian, masukkan air asam jawa. 
  6. Masukkan tomato, gula dan garam sebagai perasa.
  7. Renehkan hingga tomato agak layu. 
  8. Sedia untuk dihidangkan. 


Senang kan... Tak renyah mana pun..
Rasanya macam gulai... Tapi lain sikit... Rasa masam-masam pedas gitu...

Gulai asam ni kalau makin dipanaskan, makin sedap.

Cubalah... 😊

Disember 22, 2018

Sebab Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist Aku Kena Kebas…

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sebab Althea  Stay Fresh Body Sparkling Mist Aku Kena Kebas… | MF ni dah lama tau tak pakai benda yang wangi-wangi atau spray-spray kat badan ni tau.

Kalau ada pun just pakai minyak wangi jenis golek-golek kat lengan tu aje…

Sebab apa tak pakai…
Sebab dok cari yang wangi dan tahan lama tu susah.
Kalau ada pun tahan kejap, lepas tu bila badan kita mula bergerak dan berpeluh, dah hilang dah bau tu.

Tapi kan… dalam dok belek-belek apps Althea kan.. MF tertarik dengan satu pewangi badan ni… Jenis spray-spray kan… dia kata wangi bunga… MF pun try la dapatkan.. Mana tau kan wangi…
Sekali dah sampai rumah.. tak sempat nak rakam MF buka box pink  dari Althea tu… terus je zapp zapp… koyak plastic… sebab nak cuba body spray tu…

Zettt… sembur sikit kat badan… fuhhh…. Menusuk hidung hingga ke qalbu ko…
Wangi gilerr… tapi pelik.. tak bau kuat… ringan-ringan je…
Bila bau tu macam terbuai-buai je gitu…
Ahhh…. Fresh… melayang-layang je… rasa macam sedang terbaring kat lading yang penuh bunga…
Boleh bayang tak bau wangi bunga tu macam mana kan…

Sebab Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist Aku Kena Kebas… 

Althea  Stay Fresh Body Sparkling Mist
Althea  Stay Fresh Body Sparkling Mist

Pastu nak citer la ni…
Sekali letak aje atas meja…
Encik somi dating…mana barang dalam kotak pink tu katanya…
Dia pun ambil je terus belum sempat nak jawab soalan tu…

ZApp… zettt… dia spray terus kat badan dia..
Lepas je spray… tau apa kata dia..
“Bagi kat saying terus la ye… B mana boleh pakai wangi-wangi”.

Cett… haha… kan dah kena kebas…
Jadinya.. itulah kisah Body Spray Mist by Althea ni kena kebas…
Sebab apa dia kena kebas, sebab wangilah… orang lelaki pun suka..

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist 

Apa lagi yang best dengan Body Spa ni..
Meh sini MF nak kasi tau…

Body mist terbaru dari Althea colloborate dengan artis terkenal dari Indonesia iaitu Titi Kamal.
Bau dia adalah hasil gabungan fruity dan floral iaitu orange, peach dan rose memang ngam! Baunya rasa segar dan bertenaga.

Sesuai bagi orang yang aktif dan suka bersukan…  Tapi kalau orang kerja pejabat, boleh guna juga… sebab bau dia menjadikan kita segar dan bertenaga.. rasa kuyu je, ambil body mist ni dan spray sikit… Pasti segar lepas tu.

Saiz yang comel dan sesuai dibawa ke mana saja.

Berminat untuk mencuba Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist?

Boleh dapatkan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist ini di << my.althea.kr >>. Sekarang ni  ada promo iaitu BUY 1 FREE 1 sementara stok masih ada!

Untuk maklumat lanjut serta pelbagai promosi menarik, layari :
Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea

#TitixAltheaKorea #AltheaAngels #AltheaKorea

Huggies Dry Pants Diaper Seluar Cepat Serap dan Selesa Untuk Anak Kami

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Huggies Dry Pants Diaper Seluar  Cepat Serap dan Selesa Untuk Anak Kami | Bila ada anak, sememangnya segala pasal barang baby dan anak kita akan survey di pasaraya sama ada online atau offline.

Salah satunya lampin pakai buang... Orang kita biasa panggil pampers... Sedangkan pampers ni juga merupakan salah satu jenama Diapers yang pernah popular satu ketika dulu.. Sebab tu semua jenis lampin pakai buang orang kita panggil pampers.

Diaper sekarang ni dah macam-macam jenis dah…

Ada jenis tebal, nipis, mahal, murah dan paling penting ada dua kategori… Jenis tape atau pelekat dan satu lagi jenis seluar… Terus sarung je.

Diapers jenis sarung ni, sebelum ni pernah pakai pelbagai jenama untuk anak. Tapi disebabkan anak bongsu MF ni lelaki, jadi MF kena cari Diapers yang cawat labuh sikit. Pepaham la kan sebab apa… hehe

Masa anak belum boleh merangkak dan bergerak sana sini senang pakai yang tape aje…

Tapi sekarang ni, MF kena cari jenis seluar… sebab… lepas mandi atau salin diapers, nak pakaikan diapers semula, macam nak berperang gayanya…

Susah yang amat… dia punya meronta… aduii… macam kena dera… adehh…
Tu, MF cari juga lah diapers yang cawatnya labuh dan potongnya bagus serta mampu milik..

Belek pun belek… tilik punya tilik akhirnya MF cuba Huggies Dry Pants.

Pilihan MF tepat.



Diapers seluar jenama Huggies ni kena dengan citarasa MF… sebab… ada 3 sebab utama..

Huggies Dry Pants Diaper Seluar  Cepat Serap dan Selesa Untuk Anak Kami

1. Cepat serap


Huggies Dry Pants ni cepat serap betul berbanding diapers biasa lain… Dan ini ada orang buat demo kat pasaraya. Korang boleh tengok video kat bawah ni.




Padanlah dia pakai hashtag #HuggiesMyFastest sebab memang pantas menyerap pun…

2. Ada 1000 Lubang Mikro Pantas Serap

Inilah sebab kenapa Huggies Dry Pants ni cepat serap.


Sebab ada micro halus yang berfungsi menyerap cecair dengan cepat. Bila anak kencing, diapernya terus serap, dah serap terus lubang mikro tu akan lock cecair tu tadi…

Jadi takdelah cecair tu naik ke permukaan diapes tu tadi.  jadinya diapers sentiasa kering dan anak pun tak mudah meragam.

3. 5 Langkah Untuk Keselesaan Anak

Apa ke benda pula la 5 langkah tu?
Senang kata, 5 langkah tu adalah rekaan atau design Huggies Dry Pants ni memang sesuai untuk keselesaan anak kita. Terutama yang tengah melasak bagai nak rak tu…


Rekaan pada pinggang yang grip tapi elastik… memeri dengan elok je pada pinggang tak melorot bila diapers penuh. 

Lepas tu, rekaan getah lembut pada celah kelangkang, jadi tak mudah nak bocor walaupun anak kerap berjalan dan berlari.

Boleh kata, memang bestlah diapes ni… dan sesuai dengan anak.
Sebab dia cepat serap dan kering, anak MF tak mudah nak alah atau naik ruam.

Memang Huggies Dry Pants ni pilihan terbaik untuk anak yang tengah melasak kan… Tapi kalau tak lasak pun boleh pakai juga terutama bila kita travel.. senang nak pakaikan diapers anak dalam toilet, kat RnR dan sebagainya.

Bagi mak-mak yang dok pening nak cuba Diaper apa untuk anak yang tak reti diam ketika nak salin diapers… MF suggest Huggies Dry Pants ni… Harga pun mampu milik… kakak MF pun guna jenama ni untuk anak-anak dia…

Kalau nak harga lebih murah… Boleh je klik kat link ni  http://bit.ly/2LgcBwt … jimat dan berbaloi…

Disember 21, 2018

Sinopsis dan Pengajaran Drama Selafaz Cinta

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sinopsis dan Pengajaran Drama Selafaz Cinta | Susah nak lekat dengan drama bersiri kalau drama tak betul-betul best.

Selepas tamat drama "Cinta Tiada Ganti", MF dan suami sekali lagi terjebak dengan drama bersiri.

Cinta Tiada Ganti tu pun tengok sebab mak mentua tengok... Pastu kami laki bini pun layan sampai habis.


Sinopsis dan Pengajaran Drama Selafaz Cinta

Tapi drama "Selafaz Cinta" ni, dari mula promo tu dah nampak best sebab papar kisah rumahtangga dan suami isteri, menjadikan kami laki bini mula tunggu kat TV setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 hingga 7 petang. Kalau terlepas, kami layan online je lah.

Kenapa kami boleh layan drama ni?

Sebab dalam drama ni banyak sangat ilmu rumahtangga yang kita boleh pelajari dan ambil pengajaran.

Sebelum tu... ini sinopsis ringkas drama ni..

Sinopsis Selafaz Cinta

Reza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.

Zahratul Jannah seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah.

Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza

Kalau baca sinopsis tu nampak macam biasa je... Tapi sebab ianya berkisarkan dengan rumahtangga dan suami isteri, jadi drama ni bagus jika ditonton oleh suami isteri untuk sama-sama ambil pengjaran. Tapi MF yakin, tak ramai para suami layan drama TV kan..

Drama ni belum habis lagi ditayang. Sebab ada 30 episod keseluruhannya. Lebih kurang ada 2 minggu tayangan lagi.

Namun, apa yang menarik... drama ni dari awal hingga sekarang, banyak konflik, main dengan perasaan dan penuh pengajaran buat suami isteri. Dari awal tengok rasa geram je.. sedih pun ada...

Apa pun MF cuba la kongsi sikit pengajaran dari drama ni... selebihnya korang boleh ajak suami/isteri layan drama ni sama-sama... untuk belajar macam mana nak jadi suami atau isteri yang baik. Macam mana nak pertahankan rumahtangga dan hadapi fitnah dalam rumahtangga.

Sinopsis dan Pengajaran Drama Selafaz Cinta
Sinopsis dan Pengajaran Drama Selafaz Cinta

Pengajaran dari drama "Selafaz Cinta"

1. Jangan terlalu exposed kisah cinta dan rumahtangga di media sosial

Seperti Jannah yang suka exposed pasal diri, keluarga dia yang bahagia hingga mengundang dengki dalam diri bekas kekasih Reza. 

2.  Jangan ada rahsia antara suami isteri kecuali aib sebelum kahwin.

Suami isteri jangan ada rahsia. Bila salah seorang berahsia, itu yang jadi punca.

3. Suami atau Isteri Jangan berkawan dengan berlainan jantina bila dah berkahwin.

Sikap Reza yang kembali berkawan dengan bekas kekasihnya mengundang padah.

4. Fitnah dalam rumahtangga

Jangan buka ruang untuk orang fitnah dalam rumahtangga kita. 

5. Setiap manusia boleh berubah



Itu antara 5 yang boleh MF senaraikan... selebihnya... korang kena tonton.. Memang banyak pengajaran. 

Lagipun, ni drama terbitan Suhan Movies kan.. memang pasti tak mengecewakan dan penuh pengajaran. 


P/S:
Menariknya... dalam drama ni... MF puji lah kat pengarah dan penerbit drama ni... tiada lakonan pegang atau sentuh tangan ke walaupun berlakon suami isteri.. masing-masing menjaga batas tu.. Walaupun tak menutup aurat sempurna kan.. sebab biasalah artis kan... apa pun bagus lah masih jaga batas sebagai isteri dan suami orang dalam berlakon. 

Doa Makbul Pada Hari Jumaat Pada 4 Waktu Ini

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jumaat, sering di nanti...

Bagi yang kerja swasta...
Hari Jumaat hari yang pendek masa kerja dan masa rehat yang panjang.

Bagi guru,
Jumaat hari untuk bersama keluarga...

Bagi anak remaja,
Jumaat hari untuk keluar dengan kengkawan ke masjid...

Namun...
Bagi yang beriman...
Jumaat dinanti kerana hari termakbulnya doa.
Digandakan amalan dan selawat.

Jumaat... Makbul ya doa pada 4 Waktu Ini...



Rebutlah 4 Waktu ini..
Kerana Jumaat hanya seminggu sekali...
Belum tentu lagi. .
Kita akan Jumaat akan datang... 

Masa Yang Mencemburui Kita Ya Blog - 'I'm Sorry'

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tiada apa yang istimewa Entry ni... Saja entry luahan...

Sebab lama tak mencoret isi hati Kat blog ni kan.

Blog ni... Sayang sangat... Salah satu aset MF sekarang ni..

Nampak biasa berblog ni... Tapi luar biasa hasilnya tau.

Nilai domain dan market di luar negara dah cecah puluhan  ribu ringgit dah... Mana mungkin tak sayang.



Tapi sayang dan sedih sebab masa begitu mencemburui nak update Blog macam dulu.

Ya.. Family first kan.. Wajib utamakan anak dan suami dulu.

Blog jadi yang kedua...

Apa pun..suami tak lekang bagi sokongan dna idea untuk tulis... Cuma tu lah.. Masa...

Tak sempat langsung nak up entry... Bila penat.. Otak pun penat. . Alihnya.. Tidur je la...

Sekian...  Bebelan di awal pagi. .

Moga dapat kembali berblog macam dulu.. 

Disember 20, 2018

Biasakan Sebut 6 Kalimat Ni Pada Situasi Yang Betul

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bila kita terkejut, gembira, sedih ada kalimah atau zikir ringkas yang akan kita sebut...

Sebutan itu bukan sahaja menambah pahala... Tapi itulah yang diajar oleh Nabi s.a.w.

Namun, ada kalanya kita guna kalimah yang tak betul pada situasi yang salah.

Contohnya... Kita sebut Masya Allah pada perbuatan maksiat dan perkara yang tidak elok. Sedangkan Masya Allah itu pujian bila melihat kebesaran atau keagungan Allah.

Jadi... Jom sebut 6 kalimah ni pada tempat dan situasi yang betul.



Disember 18, 2018

Motivasi Pagi - Hidup Bukan Perlumbaan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Hidup kita ditentukan Allah dengan satu jalan hidup yang unik dan berbeza. 

Tiada satu pun sama.. 

Tiada siapa yang dikira berjaya dan bahagia hidupnya hinggalah dia sebenarnya berjaya ke syurga Allah... 

Sebab itulah pengakhiran dan matlamat hidup kita di dunia ni. 

Perjalanan hidup kita berliku... Dan setiap liku tak sama dengan orang lain. 

Tak perlu berlumba dengan orang lain... 
Tapi.. 

Syukuri dengan nikmat yang ada... 

Bahagia dengan apa yang kita ada... 

Dan berusaha moga kita berjaya di pengakhiran yang baik dan mulia. 


Hentikan... 
Bandingkan hidup kita dengan orang lain... 
Look forward.... 

Jika perbandingan itu buatkan kita lebih bermotivasi untuk lebih baik... Silakan... 

Tapi jika perbandingan itu buatkan kita lemah dan cemburu dengan hidup orang lain... Baik hentikan... Jangan peduli orang... Pandang depan dan ikut jalan kita sendiri... 

Moga jalan yang kita pilih mendapat redha Allah untuk menuju ke syurga Dia. Insha Allah.... 

Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady in Red Planner

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




HADIAH
Pemenang 1 hingga 4 akan memenangi Mini Designer Perfume.
Seorang pemenang Hadiah Misteri.


TEMPOH PENYERTAAN
14 Disember 2018 hingga 23 Disember 2018

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Giveaway The Berkat Di Mialiana.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.


Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.




Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Disember 17, 2018

7 Tips Guna Online Banking Yang Selamat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Tips Guna Online Banking Yang Selamat | Online banking sesuatu yang memudahkan. Memang mudah… segala urusan di hujung jari. Tanpa perlu penat nak beratur panjang dikaunter.

Tapi dalam mudah-mudah ni, ada banyak juga risiko. Antaranya risiko hilang duit dari bank.
Banyak kes, duit hilang dari bank dan dipindahkan secara online dengan mudah.
Tapi sebenarnya, kes ni bukan hanya melibatkan orang yang guna online banking, yang tak pernah guna pun boleh kena je sebenarnya.

Namun, bagi yang selalu guna online banking, ini 9 tips untuk pastikan online banking kita selamat. Insha Allah… Ini usaha kita… selebihnya doalah kepada Allah kan… Allah pemilik segalanya.

7 Tips Guna Online Banking Yang Selamat

7 Tips Guna Online Banking Yang Selamat
sumber: google images

#1 Jangan Guna Rangkaian WiFi ditempat awam

Menggunakan rangkaian Wifi untuk melakukan perbankan internet adalah tidak selamat. Ini disebabkan kita berkongsi rangkaian dengan orang lain. Banyak teknik yang dilakukan penggodam dalam rangkaian untuk mencuri kata laluan anda seperti teknik Man In The Middle Attack (MITM) dan lain-lain.

WiFi hotel atau di kedai mamak, elakkan guna… Takpe guna internet sendiri asalkan segala data kita selamat.

#2 Jangan Menggunakan Komputer Awam di Cafe Cyber

Tidak digalakkan melakukan transaksi perbankan internet di Cafe Cyber. Apa yang perlu dibimbangkan adalah jika Cafe Cyber tersebut memasang perisian Keylogger, dimana setiap apa aktiviti kita akan dirakam untuk tujuan tidak baik.

Kena juga  berhati-hati menggunakan komputer yang dipinjam dari orang lain. Adalah lebih selamat jika melakukan perbankan internet menggunakan komputer sendiri dan menggunakan sambungan Internet peribadi.  Jangan lupa membuang cookies atau browser cache setiap kali sesi.

Caranya dengan clear je history setiap kali lepas selesai guna online banking. Nak selamat boleh juga guna Incognito Tab…atau Private Tab pada browser.

#3 Jangan Login Ke Akaun Bank Melalui Link Yang Di berikan Dalam Email

Perhatian! Pihak bank tidak akan sesekali menghantar email kepada. Pihak bank selalunya akan menghantar surat berdaftar dan meminta kita ke bank berdekatan dan bukannya melalui email.
Jika ada terima email daripada pihak bank yang menyuruh anda mengemaskinikan maklumat akaun dan meminta kita klik pada link yang diberikan di dalam email tersebut. JANGAN KLIK!. Ia sebenarnya adalah email palsu atau cubaan mencuri identiti anda seperti username dan password perbankan internet kita.

#4 Taip Secara Manual Website Adress Bank Di Web Browser

Sentiasa taip secara manual di browser www.maybank2u.com.my untuk mengakes Maybank2u atau menaip www.cimbclicks.com.my untuk mengakses Cimbclicks. Jika malas untuk menaip di web browser dan menggunakan search engine seperti Google dan Yahoo untuk log in, sila pastikan alamat website itu betul.

#5 Jangan Dedahkan Username & Password

Username dan password  hendaklah dirahsiakan. Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau di mana sekalipun. Selalu menukar kata laluan atau nombor PIN dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.

Sekarang ni bank menggunakan system TAC iaitu Transaction Authorization Code dimana pemilik perlu mendaftar nombor telefon bimbit mereka di mesin ATM terlebih dahulu. Sebelum membuat sebarang transaksi online, kita perlu meminta nombor TAC terlebih dahulu. Nombor ini akan disms ke telefon bimbit. Ia adalah angka 6 digit. Transaksi tidak dapat dilakukan jika tiada nombor TAC ini. Jadi jangan serahkan telefon bimbit kepada sesiapa yang mengetahui maklumat perbankan internet.

Aktifkan Firewall dan pasangkan perisian Antivirus yang boleh dipercayai.

Pastikan perisian Antrivirus dan Web Browser sentiasa di kemaskini untuk mendapatkan ciri-ciri perlindungan terbaru.

Kat smartphone pun sama… Pastikan ada antivirus dan selalu clearkan cache dan history web browser.

#6 Berhati-hati Apabila Muatturun Sebarang Perisian

Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang diketahui atau memasuki link yang dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali.

Pembukaan fail sedemikian boleh mendedahkan sistemanda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi kita, termasuk kata laluan atau nombor PIN.

#7 Log Out Selepas Guna

Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet, pastikan log keluar. Padamkan browser cache selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun bank. Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Elakkan juga guna debit card dalam buat online banking…

Nak kata bank itu tak selamat, bank lain pun ada yang tak selamat.

Mana-mana bank pun tak selamat sebab yang buat system ni manusia.

Jadi, kita boleh usaha… selebihnya doa dan berserah kepada Allah je lah.. Allah sebaik-baik pelindung dan pemelihara.
Memang risau juga kes CIMB tu … tapi tawakal je.. Allah kan ada…

16 Cara Rawat Diri Dengan Buah dan Sayur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Allah jadikan tumbuhan  itu sebagai nikmat untuk manusia. 

Selain untuk makan dan kenyang, tumbuhan seperti buah dan sayur ada khasiat tersendiri terutama kalau kita sakit. 

Apa kata... Kita rawat diri sendiri dengan Buah dan sayur bila badan kita ada yang tak kena. 

Buah dan sayur

Ini ada 16 rawatan untuk sakit badan hanya guna buah dan sayur je... 

Maksud rawatan ni... Bila kita sakit..  Banyak kan ambil buah atau sayur ini untuk rawat secara alami. 

Bila secara natural ni... Kesannya pun tak lah sepantas kilat... Ambil masa... Tapi insha Allah selamat tanpa kesan sampingan. 

Jom... Banyak kan peti sejuk rumah kita dengan sayur dan buah. 

Kalau tengok carta di atas.. 
Buah yang banyak manfaat untuk pelbagai masalah badan ialah carrot, timun, apple, bayam Dan beberapa yang lain pun boleh diperbanyakkan ambil dalam diet seharian. 

Jom makan sayur dan buah banyak-banyak. 

Disember 16, 2018

Doa Bermusafir

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Doa Bermusafir


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اسْتَوَى عَلَى بَعِيرِهِ خَارِجًا إِلَى سَفَرٍ كَبَّرَ ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ: سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ


Daripada Abdullah bin Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW apabila Baginda duduk di atas tunggangannya dengan tujuan untuk keluar bermusafir, Baginda akan bertakbir sebanyak tiga kali (Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!) Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah! Kami mohon kepada-Mu agar permusafiran kami ini di atas kebaikan dan ketaqwaan, dan ia dikira sebagai amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! kami mohon agar permusafiran ini menjadi mudah ke atas kami, Engkau lipatkanlah jaraknya (supaya menjadi pendek). Ya Allah! Engkaulah Peneman ketika permusafiran dan Penjaga bagi ahli keluarga (yang ditinggalkan). Ya Allah! aku mohon berlindung daripada-Mu agar Engkau peliharalah kami daripada kesusahan ketika musafir, pemandangan yang mendukacitakan dan kepulangan yang buruk pada harta dan keluarga kami.” (HR Muslim No:1342) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:

1.  Rasulullah mengajar adab ketika kita melakukan permusafiran dengan membaca doa dan zikir tertentu.

2.  Imam Nawawi berkata: berdasarkan hadis ini, sunat memulakan permusafiran dengan membaca doa ini di samping membanyakkan zikir dan doa agar dipermudahkan permusafiran. Antara doa bermusafir:

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالْأَهْلِ


3.  Imam al-Baidhawi menyatakan, hadis ini adalah doa bagi tujuan memohon perlindungan daripada segala pemandangan yang mengakibatkan kekecewaan dan daripada kepulangan yang teruk kerana berlaku kekurangan pada harta atau ahli keluarga (seperti kerosakan atau kematian).” [Lihat: Tuhfah al-Abrar, 95/2]

4.  Syeikh al-Sa’di menyatakan di dalam doa ini terkandung permohonan agar dilindungi daripada sebarang kesusahan dan kepayahan, juga dijauhkan daripada perkara yang menyedihkan. Selain itu juga, memohon agar Allah SWT menjaga baginya setiap yang telah ditinggalkan dan setiap yang terpisah disebabkan permusafiran ini daripada ahli keluarga serta harta. [Lihat: Bahjah al-Qulub, 197]

Setiap insan yang beriman memerlukan kepada doa agar setiap perkara yang dilakukan dipelihara oleh Allah SWT serta doa juga merupakan senjata dan kekuatan buat orang yang beriman.

Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram

Disember 15, 2018

Doa Malaikat Kepada Mereka Yang Rajin Bersedekah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Sedekah bila disebut orang bayangkan bagi duit, atau harta yang bernilai kepada seseorang yang miskin atau tak mampu... 

Tapi maksud sedekah itu luas.. 

Setiap sendi kat tubuh kita boleh jadi sedekah. 

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat dhuha.” (HR Muslim 1181)


 فِي الْإِنْسَانِ سِتُّونَ وَثَلَاثُ مِائَةِ مَفْصِلٍ فَعَلَيْهِ أَنْ يَتَصَدَّقَ عَنْ كُلِّ مَفْصِلٍ مِنْهَا صَدَقَةً قَالُوا فَمَنْ الَّذِي يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ النُّخَاعَةُ فِي الْمَسْجِدِ تَدْفِنُهَا أَوْ الشَّيْءُ تُنَحِّيهِ عَنْ الطَّرِيقِ فَإِنْ لَمْ تَقْدِرْ فَرَكْعَتَا الضُّحَى تُجْزِئُ عَنْكَ

“Dalam tubuh manusia itu ada 360 ruas tulang. Ia harus dikeluarkan sedekahnya untuk setiap ruas tulang tersebut.” Para sahabat bertanya: ”Siapalah yang mampu melaksanakan seperti itu, ya Rasulullah?” Beliau bersabda: ”Dahak yang ada di masjid lalu dipendam ke tanah, dan membuang sesuatu gangguan dari tengah jalan, maka itu bererti sebuah sedekah. Akan tetapi jika tidak mampu melakukan itu semua, cukuplah engkau mengerjakan dua rakaat sholat Dhuha.” (HR Ahmad 21920)

Sedekah dan dhuha saling berkait... 

Dhuha tanda kita syukur bukan point untuk kita minta rezeki lebih... 

Bila kita makin syukur Allah akan gandakan lagi rezeki dan rezeki yang berganda kita boleh sedekahkan kepada yang lebih memerlukan. 

Tak mampu sedekah harta... 
Sedekah lah kebaikan... 

Disember 14, 2018

14 Etika Makan Cara Rasulullah SAW

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Punya lah lengkapnya Islam sampai cara makan pun diajar dengan cara yang betul.

Kalau nak ikut makan semua orang boleh makan ikut cara yang disukai. Tapi, binatang juga makan.. Tak kan kita sebagai manusia nak ikut macam binatang kan.

Jadi, Nabi s.a.w ajar kita 14 Etika Makan Mengikut Sunnah.

Dan setiap etika ni pasti ada hikmah yang tersembunyi dan sememangnya hikmah itu adalah untuk menjaga diri kita dan kesihatan kita.

Sumber : Google images

14 ETIKA MAKAN CARA RASULULLAH S.A.W.

1. Makanan mesti halal.
2. Makan apabila perlu dan lapar.
3. Berniat apabila makan.
4. Baca Basmallah.
5. Makan makanan yang paling hampir terlebih dahulu.
6. Tidak mengkritik makanan.
7. Makan secara berjemaah, lebih berkat.
8. Tidak bersandar ketika makan.
9. Menjilat jari bagi mencari barakah.
10. Menimbang makanan terlebih dahulu ketika membeli. Tanda perlu perancangan.
11. Membaca Alhamdulillah dan doa selepas makan.
12. Makan dari bahagian tepi terlebih dahulu.
13. Makan 1/3, simpan 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk pernafasan sihat.
14. Beli makanan dengn wang dan harta halal.

Menurut tulisan Dr. Zaharuddin...
Makanan sunnah adalah yang memberi kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud pada zaman Nabi. Jenama makanan sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi.

Menjual produk makanan dengan jampi adalah hars dengan syarat pada harga biasa produk yang sama, contoh air mineral biasa RM 1.50, air mineral jampi juga RM 1.50. Ini kerana dalam hadis yang menyebut sahabat mendapat upah atas jampian, adalah apabila terbukti berkesan, justeru selagi belum berkesan, menaikkan harga makanan tersebut adalah dikira syubhah yang membawa penipuan.

Kredit : #DrZaharuddinAbdRahman

Disember 13, 2018

Bacalah Ayat Kursi Pada 2 Waktu Ini

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


BACALAH AYAT KURSI.

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

“Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi-Nya tanpa seizin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar.” (QS. Al Baqarah: 255)


Di sunnahkan membaca ayat kursi:

1. Selepas solat.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca Ayat Kursi setelah selesai solat, maka tidak ada yang menghalanginya masuk syurga kecuali kematian” (HR. An Nasa-i, dinilai shahih oleh Syaikh Al-Albani)

2. Sebelum tidur.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda, “Apabila engkau hendak tidur (di malam hari), bacalah Ayat Kursi, nescaya Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga waktu pagi” (HR. Al-Bukhari).

Lazimi membaca ayat kursi semoga kita mendapat manafaat dari kelebihan ayat kursi. Amalkan sunnah dan jangan adat mematikan sunnah. Wallahualam.

Kredit : Page Jalan-jalan Cari Ilmu