GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Lecehnya Check Up Mengandung di KKIA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lecehnya Check Up Mengandung di KKIA | Mengandung seronok, tapi yang tak seronoknya nak kena pergi buat check up setiap bulan kat KKIA.

Bagi yang mengandung anak sulung ok lagi buka buku di KKIA awal kan... Tapi bila anak dua tiga empat dan seterusnya mula dah rasa nak culas dan malas tu... Maka, makin lewat buka buku pink kat KKIA... Paling awal pun dah 3 bulan mengandung kan... Dan tak kurang juga rela pergi swasta asalkan tak cerewet dan tak menunggu lama...

Tapi tahu tak... Kenapa check up kat KKIA tu leceh dan cerewet sangat... Rutin yang sama je bila kita pergi klinik.. Check air kencing, timbang berat, check tekanan darah, ukur perut dan macam-macam lagi... Tu tak termasuk mimpi ngeri minum air gula...

Ini rahsianya... Kenapa check up kat KKIA tu cerewet sangat. Ikuti penulisan doktor ni untuk rungkaikan rungutan check up kat KKIA cerewet.

Lecehnya Check Up Mengandung di KKIA


Sumber: Google images

Secara purata, ibu akan menghadiri lebih kurang 8  pemeriksaan antenatal ketika tempoh kehamilan. Tetapi, jika ibu hamil berisiko tinggi atau mempunyai komplikasi seperti penyakit sedia ada , akan memerlukan lebih banyak pemeriksaan antenatal. Yang paling penting adalah pemeriksaan yang berkualiti, oleh itu adalah penting bagi bakal ibu mengetahui butiran-butiran pemeriksaan mereka.

Di Malaysia, ibu-ibu mengandung biasanya mendaftar untuk pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12 kehamilan. Takda masalah untuk bukak buku pink kehamilan disahkan. Lebih awal lebih baik. 

Penjagaan yang betul boleh dimulakan lebih awal untuk memastikan perkembangan janin dan kesihatan ibu yang optimum.

Ketika lawatan pertama, ibu-ibu akan didaftarkan ke dalam sistem dan butiran asas diperlukan seperti umur, alamat, nombor telefon, bangsa, pekerjaan, jumlah kehamilan terdahulu dan butiran kelahiran- sama ada kelahiran hidup, meninggal atau keguguran. butiran suami - nama, pekerjaan dan turut diperlukan.

Bukan nak menyibuk, tapi butiran ini diperlukan kerana -

🌸Alamat dan nombor telefon: Memudahkan lawatan rumah

🌸Umur: Menentukanun faktor-faktor risiko berkaitan umur ibu dan kehamilan

🌸Pekerjaaan : Untuk menilai status sosio-ekonomi

🌸Bangsa: Untuk mengenalpasti amalan budaya ketika kehamilan

Kemudian anda akan diminta memberikan butiran-butiran sejarah perubatan termasuk obsterik, ginekologi, sejarah pembedahan, dan sejarah masalah perubatan keluarga. 

Bagi sejarah obsterik, soalan-soalan berikut biasa ditanya : 

✅Jumlah anak, kehamilan, dan tahun kehamilan-kehamilan sebelumnya – jarak kelahiran merupakan petanda penting risiko yang mungkin berlaku. Ibu yg mempunyai jarak kelahiran kurang 2 tahun dikira mempunyai risiko yang lebih tinggi, dan jarak kelahiran lebih 5 tahun akan dianggap seolah-olah sama seperti ibu hamil kali pertama.

✅Tempoh kehamilan sebelumnya – sama ada kandungan cukup bulan, pramatang, atau lebih hari.

✅Apa-apa penyakit atau komplikasi ketika kehamilan sebelumnya – untuk mengenalpasti dan menjangka masalah yang mungkin berlaku untuk kandungan sekarang.

✅Cara bersalin untuk kehamilan sebelumnya dan tempat bersalin

✅Keadaan bayi sebelumnya – hidup dan sihat, atau kematian sewaktu lahir
Sama ada bayi sebelum ini disusukan badan atau diberi susu formula.

Untuk sejarah ginekologi, jangkakan soalan-soalan berikut:

🍀Sejarah kitaran haid – tempoh haid terakhir (LMP), iaitu tarikh hari pertama haid kali terakhir, digunakan untuk mengira tarikh dijangka bersalin (EDD) serta umur kandungan. Ini hanya untuk wanita-wanita yang mengalami kitaran haid yang teratur.

☘️Keputusan ujian Pap smear sebelumnya.

Sejarah perubatan dan pembedahan adalah penting bagi doktor pesakit. Sekiranya anda pernah mengalami penyakit seperti diabetes mellitus, tekanan darah tinggi, sakit jantung, penyakit buah pinggang atau lain-lain dan sedang dalam rawatan, maklumat-maklumat ini sangat penting bagi doktor  kerana sesetengah rawatan atau ubat-ubatan mungkin tidak sesuai digunakan ketika hamil.

Jururawat akan bertanyakan keadaan anda ketika kehamilan terkini. Jangan takut atau malu untuk memberitahu apa-apa simptom yang dialami kerana pekerja kesihatan terlatih dan boleh merujuk kepada doktor sekiranya perlu. Mereka juga mungkin mempunyai nasihat-nasihat berguna untuk cara-cara menangani masalah-masalah ketika kehamilan.

Pemeriksaan fizikal 

🌼Tinggi ibu
Ketika lawatan pertama, ukuran ketinggian ibu mengandung akan diambil. Ukuran ini diperlukan untuk menganggarkan saiz pelvis. Ibu-ibu bersaiz kecil , terutama sekali mereka yang berketinggian kurang 145cm mungkin mempunyai saiz pelvis yang kecil yang mungkin bermasalah ketika kelahiran secara normal. Jika hal ini demikian, ibu-ibu tersebut akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan pelvis untuk menilai kesesuaian kelahiran secara normal.

🌼Berat badan
Berat badan ibu diambil ketika lawatan pertama sebagai titik rujukan bagi pemeriksaan-pemeriksaan antenatal yang berikutnya. Pertumbuhan dan perkembangan janin ditaksir melalui berat badan yang direkodkan ketika setiap lawatan. Pertambahan sebanyak 0.5kg setiap bulan ketika separuh awal tempoh kehamilan adalah normal. Dalam tempoh separuh akhir kehamilan, pertambahan 0.5kg seminggu dijangkakan. Jika terdapat pertambahan berat badan yang mendadak penyiasatan perlu dilakukan untuk mengetahui sebabnya . Begitu juga dengan pengurangan berat badan yang memerlukan penyiasatan lanjut.

🌼Tekanan darah
Ukuran dan rekod tekanan darah adalah penting pada setiap pemeriksaan. Keadaan seperti tekanan darah tinggi ketika hamil atau keadaan yang lebih bahaya dinamakan boleh membawa mudarat kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Selain daripada yang disebut di atas, jururawat juga akan membuat pemeriksaan fizikal dari hujung rambut ke hujung kaki ke atas bakal ibu. Selain menjadi baseline untuk pemeriksaan seterusnya, pemeriksaan fizikal boleh menentukan ujian atau penjagaan tambahan yang mungkin diperlukan oleh si ibu. Di fasiliti kerajaan, jururawat berpengalaman akan menjalankan ujian-ujian tersebut. Jururawat juga akan merujuk ibu kepada doktor gigi untuk pemeriksaan rutin.

🌻Pemeriksaan abdomen - 
Saiz dan bentuk uterus;
Pemerhatian pergerakan bayi;
Anggaran tempoh kehamilan berdasarkan saiz rahim
Menentukan kedudukan jantung janin dan degupan jantung bayi

Sekiranya masih pada peringkat awal kehamilan ada  sesetengah langkah pemeriksaan tidak akan dijalankan, tetapi dengan meningkatnya umur kehamilan, jangkakan langkah-langkah tersebut dilakukan ketika setiap lawatan.

Ujian Saringan Rutin

Apabila pemeriksaan fizikal telah dibuat adalah rutin bagi lawatan antenatal disertai ujian-ujian saringan seperti berikut :

🌺Ujian air kencing untuk mengesan kehadiran glukosa (gula) dan albumin (protein) – gula digunakan untuk mengesan diabetes ketika kehamilan manakala protein boleh disebabkan beberapa perkara. Kehadiran protein dalam air kencing menjandi petanda mungkin terdapat masalah pada buah pinggang. Dalam kehamilan, kehadiran protein dalam air kecing mungkin menandakan pre-eklampsia. Kedua-dua ujian ini akan diulang pada setiap lawatan.

🌺Kumpulan darah dan rhesus – status rhesus ibu perlu diketahui untuk mengesan kemungkinan ketidakserasian antara faktor rhesus ibu dan anak.

🌺Ujian darah untuk menentukan paras hemoglobin – ini adalah untuk memeriksa kadar hemoglobin, pembawa oksigen dalam darah. Seringkali ibu-ibu mengalami anemia dan boleh dielakkan dengan diet yang betul dan pengambilan makanan tambahan kesihatan.

🌺Ujian saringan HIV - untuk menentukan sama ada ibu menghidap HIV kerana rawatan khusus

🌺Ujian makmal penyelidikan penyakit kelamin (VDRL) akan dijalankan untuk mengesan sifilis, sejenis penyakit bawaan hubungan kelamin (STD) di peringkat awal kehamilan.

🌺Rutin ultrasound biasanya dijalankan dua kali: sekali pada trimester untuk mengesahkan tempoh kehamilan dan mengenalpasti sebarang kecacatan dan jumlah fetus; kali kedua ialah semasa trimester terakhir bagi memastikan perkembangan optimum bayi yang belum lahir serta kedudukannya dan lokasi uri.

Sesetengah ujian yang disenaraikan di atas akan diulang dalam tempoh kehamilan sebagai cara mengesan keadaan yang biasa berlaku pada wanita hamil, terutama sekali ujian kecing untuk gula dan albumin serta ujian darah untuk hemoglobin.

Tahap imunisasi 

Ibu yang mengandung perlu menjangkakan suntikan anti-tetanus. Jika ini kali pertama anda hamil, suntikan ini akan diberikan sebaik sahaja anda merasakan pergerakan pertama janin dalam rahim antara minggu ke-16 hingga minggu ke-20 kehamilan. Namun ini tidak bermaksud anda perlu bergegas ke klinik untuk menerima suntikan. Beritahu kepada jururawat pada lawatan seterusnya dan beliau akan memulakan suntikan imunisasi. Dos kedua akan diberikan 4 hingga 6 minggu selepas dos pertama. Sekiranya bukan kehamilan pertama, anda hanya memerlukan suntikan booster. Jika kehamilan terakhir lebih 5 tahun lalu, anda akan menerima dua dos suntikan.

Makanan tambahan kesihatan

Selepas penilaian ke atas ibu hamil, vitamin biasanya akan diberikan untuk memastikan perkembangan optimum janin dalam kandungan serta mencegah anemia kurang ferum seperti zat besi asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks.

Tak kesah mana anda nak follow up - private atau klinik kesihatan panduan yang dijelaskan di atas adalah keperluan asas seorang ibu hamil sepatutnya terima. 

Bergantung kepada keadaan ibu, misalnya jika ibu tergolong berisiko tinggi atau mempunyai beberapa masalah kesihatan serentak, anda mungkin dirujuk kepada O&G. Maka, lebih banyak follow up diperlukan.

Yang penting jangan MALAS pegi follow up.

Kredit:
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Lecehkan... Memang leceh.. Menunggu kat klinik tu bukan main lama.. Paling cepat pun sejam lah... Paling lama makan masa 3 jam...

Tapi demi anak, Alhamdulillah... MF lalui juga walaupun rasa leceh tu... Aduhai... MF tak pergi swasta.. Sebab bukan sayang duit tapi klinik kerajaan ni cerewet tapi ada kepentingannya... Detail check up bulanan dan mingguan tu.. Jadi, walaupun lama menunggu tapi detail check up nya...

Jadi, check up yang leceh ni juga sebenarnya nak mendidik ibu jadi seorang yang penyabar... Insha Allah anak yang bakal lahir nanti juga akan jadi penyabar... Jadi, relax dan layan aje moment tu walaupun leceh.. Nanti anak dah besar bukan nak kena check up macam ni dah.

Apa pun, untuk kurangkan rasa leceh tu ada perkara yang MF excited nak tahu setiap kali temujanji tu... Iaitu berat badan dan Hb... Suka kalau naik... Sebab keduanya tu memang dijaga sangat waktu mengandung... Jadi, setiap kali mengandung dan temujanji tertunggu yang tu la...

Ibu yang tengah mengandung tu jangan rasa leceh sebaliknya enjoy the moment yeah!!!... Suatu hari ianya akan jadi kenangan indah untuk dikenang...

Semoga bermanfaat... 

1Ulasan

  1. Good info untuk ibu mengandung kak Maria. Gv setuju dengan details check up dan bulanannya. Mmg com plete check upnya kan kak. GV tahu pun sebab my sis dah dua kali beranak. hihi.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ