GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kisah Toilet 50 sen

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kisah Toilet 50 sen

Kisah Toilet 50 sen
Sumber: Google images 


Pemuda: Pakcik perlu bayar 50 sen untuk masuk ke tandas.

Orang Tua: (menitikkan air mata)

Pemuda: Eh pakcik, janganlah menangis. Kalau pakcik tiada duit, saya boleh bayarkan. Pakcik masuk sahaja.

Orang Tua: Aku menangis bukan kerana tiada duit, malah aku ada banyak duit sehingga tandas inipun mampu aku beli.

Pemuda: Jadi, mengapa pakcik menangis?

Orang Tua: Aku menangis kerana tempat sebusuk dan sehina inipun ada harga yang perlu dibayar untuk masuk..

apatah lagi syurga yang begitu indah, berapa pula bayaran yang harus ku bayar.. cukupkah amalanku untuk membayar harga sebuah syurga..

Pemuda : (menangis pula)

“Sesungguhnya Allah swt telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”  (At Taubah: 111)

Kredit : Telegram channel

Sama juga kisahnya.... Orang sanggup bayar tiket mahal untuk masuk stadium dan pergi ke kelab malam serta Shopping... Tapi masjid yang percuma tak ramai yang nak ke sana... 

1تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ