GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

13 Fakta Menarik Anak Ketiga

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


13 Fakta Menarik Anak Ketiga | Sejak ada anak ketiga... Rasa macam baru ada anak... Sebab rasa mencabar.. masa mengandung memang dah cabaran yang memang lain dari nak sebelumnya.. tapi anggap itu satu perkara biasa.. tapi rupanya, lepas bersalin ni lagi terasa betul perbezaannya... 

Siapa anak ketiga dan ada anak ketiga... Agak-agak kornag ada tak 13 ciri ni... 

1. Anak Ketiga Paling Berbeza
Walaupun kecik nampak ketara beza sungguh dengan kakak dia.. perangainya pun lain dari yang lain... 


2. Anak Ketiga Sensitif dan Mudah Menangis
Yang ni mungkin ada betulnya... Pantang la salah sikit... Tersenggol sikit... Menangis macam kena dera... Pening kepala dibuatnya... 


 3. Anank Ketiga Sering Menggangu
Biasanya anak ketiga sering kali menggangu saudara-saudara lainnya dalam keluarga. Kakaknya akan paling sering merasakan gangguannya. Haha... walaupun paling bongsu tapi kakak geram dengan adiknya yang kecik ni...walaupun baru tahap bayi... Hehe

4. Anak Ketiga Keras kepala
Nampak juga bab ni... Walaupun masih bayi... Kalau nakkan sesuatu memang akan tantrum la jawabnya.. seram juga bab ni... Sebab dah sampai tahap guling-guling dah tantrum dia... Seram nak bawa jenjalan ke rumah orang....


5. Anak Ketiga Tidak Peduli Kata Orang Lain
Memang tak peduli dan kecil-kecil ni nampak la tak berapa nak makan pujuk... Pening juga... 


6. Anak Ketiga Muka Garang Tapi Mengambil Berat
Watak ni tak nampak lagi... Tapi wajah baby kan cute je... Moga begitulah.. muka garang tapi hati baik bila besar nanti...

7. Anak Ketiga Selalu Mengagumkan
Anak ketiga mempunyai sifat yang selalu ceria sehingga orang akan memandangnya sebagai seorang yang luar biasa. Ye lah.. memang ceria.. dalam geram sebab tantrum dia... Bila waktu dia ceria memang terhibur.

8. Anak Ketiga Suka Menyimpan Amarah
Anak ketiga MF masih bayi lagi... Tak reti lagi nak simpan marah... Jadi, kalau nak marah tu memang habis mainan dibaling dan diserahkannya.

9.Anak Ketiga Manja
Fakta ni rasa betul.. manjanya tu lain macam.. ni masa kecil dia agak manja dengan Abi dia berbanding Ummi... Nak tidur pun dengan Abi juga.. mungkin sebab dia banyak masa dengan Abi berbanding Ummi... 

10.Anak Ketiga Pemalu Tapi Jika Sudah Kenal Akan Sangat Akrab
Tak nampak lagi la bab ni kan... Tapi apa pun ianya satu yang positif.. moga besar nanti akan jadi seorang yang pemalu... 

11. Anak Ketiga Harapan Berbakti Kepada Orang Tua
Waktu muda anak ketiga memang agak mencabar,  namun paling berbakti ketika sudah besar. Moga harapnya begitulah.

12. Anak Ketiga Tidak Suka Cerita Masalah Pada Orang Lain
Yang ni rasanya agak bahaya ketika remaja.. maknanya kalau remaja nanti kita sebagai ibu bapa kena selalu dekati anak ini dan jadikan dia kawan karib supaya dia tak pendam masalah sendiri...

13. Anak Ketiga Tidak Suka Dibanding-bandingkan
Mana-mana anak pun tak suka dibandingkan bukan hanya anak ketiga... Dan sepatutnya memang Anak-anak tak perlulah dibandingkan... Kerana masing-masing ada keistimewaannya... 


Betul atau kebetulan.. wallahua'lam... Apa pun sekarang memang rasa kelainan anak ketiga ni... Malam semalam dia tantrum jam 1 pagi... Jam 3 pagi baru dapat tidurkan semula.. 

Jadi semalam MF ambil pendekatan lembutkan hati dia dengan zikir Ya Latiff untuk lembutkan dia supaya senang tidur dan tak tantrum lagi... Alhamdulillah... Doa ibu tiada hijab dengan Allah... Memang berkesan... InshaAllah akan dijadikan amalan supaya fakta yang negatif untuk anak ketiga diatasi dari awal ini... 


P/s: sebelum ni tengok je anak orang tantrum teruk.. sekali kena kat anak sendiri ni.. seram betul rasa... 

1تعليقات

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ