GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Menu Bajet Hujung Bulan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cadangan Menu Bajet Hujung Bulan! | Bila hujung bulan, terasa sesak??? Kos sara hidup memang meningkat zaman sekarang ni... Pergi kedai bawa RM50 tak tau boleh beli apa... 

Walaupun buat kerja part time itu hanya untuk cukup makan, tapi bukan untuk bermewah... 

Jadi, hujung bulan mesti fikir juga nak masak apa??? Nak makan apa??? Kalau boleh puasa, puasa aje... Tapi puasa pun kena berbuka juga. 

Jadi, minggu lepas menu bajet kami buat... Tapi sihat dan lengkap tau dengan lauk dan sayur... Iaitu telur bungkus dan salad... 


Telur bungkus mudah sangat nak buat... Guna aje bahan yang ada.. seperti carrrot, bawang dan kentang... Kalau ada isi ayam boleh letak, kalau tak boleh aje gantikan dengan ikan bilis. 

Salad pula gunakan salad dan campur dengan tomato... Lepas tu salut dengan mayonis dan letak garam sebagai perasa... Memang menu bajet yang sihat dan mengenyangkan.. 

Tapi sebenarnya, menu yang lebih bajet sekarang ni tak tau la nak makan apa... Ikan bilis, kicap, sardin pun mahal dah sekarang ni... Cuma makanan sebegitu boleh beli di kala gaji sebagai stok hujung bulan... Sebab tahan lama... Biasanya gitulah kami... Jadi, bahan kering dan dalam tin tu wajib ada untuk stok hujung bulan... Paling tidak pun pasti lauk telur mesti ada... Sebab telur tu boleh dipelbagaikan dengan pelbagai resepi berasaskan telur... 

Bagi keluarga kecil mungkin tak kisah kan... Tapi bagi keluarga yang besar, sebaiknya masa anak kecil ni ajar anak makan, makanan biasa-biasa je... Ajar makan lauk telur kicap, makan ikan masin sesekali... Supaya boleh survival bila waktu mendesak... Jangan ikutkan sangat kehendak anak-anak nak makan apa... Sebab kadangkala mereka perlu diajar hidup susah dan sederhana. 

3تعليقات

  1. Betul tu. Kena jugak ajar anak-anak hidup susah dan sederhana. Apa-apa keadaan pon nanti boleh survive. Menu bajet pon nampak macam sedap juga telur bungkus tu 😋

    ردحذف
  2. Kadang-kadang makan yang budget pun dah cukup sedap dah kak.
    Setuju sangat. dulu boleh la nak makan sardin kalau sempit sangat.
    Tapi sekarang ni sardin pun dah mahal.

    ردحذف
  3. rumah saya kak, maggi dengan telur mesti ada...penting tu untuk stock hujung bulan, tengah bulan pun ada jugak. ye la kadang2 kita ada peranjangan jadi maybe kena allocate sedikit duit setiap bulan :)

    ردحذف

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ